E-Bincang

Bacaan Ayat Al-Quran

Selasa, 6 Ogos 2013

Tips untuk mendapatkan markah yang baik dalam Bahagian A.

1. Calon perlu menjawab mengikut arahan soalan. Sekiranya arahan memerlukan calon mengemukakan faktor, isi berkenaan faktor perlulah dikemukakan, begitu juga sekiranya kesan, kemukakan pendapat berkenaan kesan sebagai isi.

2. Calon dibenarkan menjawab melebihi 250 patah perkataan, walau bagaimanapun, calon dinasihatkan supaya tidak menjawab sehingga melebihi 300 patah perkataan kerana kemahiran bahasa calon dinilai melalui ketepatan calon membina ayat penanda wacana, dan
penggunaan perkataan yang variasi. Calon perlu menepati masa menjawab yang dicadangkan iaitu 45 minit agar boleh menumpukan perhatian kepada Bahagian B nanti.

3. Perlu ada pendahuluan dan kesimpulan tetapi secara ringkas sahaja.

4. Tidak perlu menulis tajuk karangan.

5. Boleh gunakan penanda wacana yang menarik serta ungkapan yang indah, namun bataskan penggunaanya supaya bahasa tidak menjadi terlalu puitis dan meleret-leret.

6. Kemukakan satu atau dua peribahasa yang bersesuaian tetapi jangan terlalu lewah dengan peribahasa sehingga menghilangkan keindahan bahasanya. Sebaik-baiknya peribahasa mengakhiri karangan supaya menjadi penutup yang berkesan terhadap isi karangan.

7. Beri perhatian terhadap arahan soalan kerana dalam arahan tersebut terkandung isi yang sepatutnya calon huraikan.

sumber : http://afterschool.my/spm/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan