E-Bincang

Bacaan Ayat Al-Quran

Khamis, 19 September 2013

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013 Bahagian B

Bahagian B
[100 markah]
[Masa dicadangkan 1 jam 30 minit]

4. Akhir-akhir ini isu kebanjiran buruh asing yang datang bekerja tanpa permit semakin serius dibincangkan kerana telah mengundang banyak masalah terutama yang melibatkan kegiatan jenayah. Pelbagai langkah dilakukan oleh kerajaan untuk menyekat kebanjiran kumpulan ini, namun banyak kekangan yang dihadapi.
 
Huraikan kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut serta langkah-langkah untuk mengatasinya.

 Cadangan jawaban

4. Perbincangan dan pendapat
 
Isi –
• Kekangan – kawasan yang luas dan kawasan perairan yang tersorok.
• kekurangan kakitangan dalam pasukan keselamatan.
• kurang pemantauan
• penyalahgunaan kuasa dan terdapat dalang dalam sistem keselamatan.
• Langkah mengatasi – kuatkuasa undang-undang dan tiada had kuasa terhadap orang yang terlibat.
• undang-undang yang lebih ketat dan tegas serta hukuman yang lebih berat.
• Tambah bilangan kakitangan

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013 Bahagian B

Bahagian B
[100 markah]
[Masa dicadangkan 1 jam 30 minit]

3. Kesesakan lalulintas merupakan satu isu yang sering menghantui penduduk terutama di bandar-bandar besar. Salah satu usaha untuk mengatasinya ialah dengan meningkatkan keupayaan dan kecekapan sistem pengangkutan awam.
 
Bincangkan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Cadangan jawaban

3. Perbincangan
 
Isi –

• pengangkutan awam contohnya bas, kereta api, dan teksi.
 
• tingkatkan keupayaan dari aspek ketepatan masa, keselesaan tempat duduk, kemudahan membeli tiket, kemudahan untuk gologan OKU, keselesaan sistem pengudaraan, dan jaminan keselamatan.
 
• tingkatkan kemudahan tempat menunggu awam, tandas dan telefon awam yang bersih dann berfungsi, kekerapan kenderaan awam berhenti, stesen yang mempunyai kemudahan awam dan sistem keselamatan.
 
• perkhidmatan pemandu yang berdisiplin dan berhemah, khidmat kaunter yang mesra pelanggan, dan jaminan keselamatan kenderaan awam yang disediakan.

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013 Bahagian B

Bahagian B
[100 markah]
[Masa dicadangkan 1 jam 30 minit]

2. Unit beruniform sekolah anda telah mengadakan aktiviti perkhemahan di Taman Negara Pahang. Selaku setiausaha persatuan, anda diminta menulis laporan berkenaan aktiviti tersebut.
 
Tulis laporan itu selengkapnya.

Cadangan jawaban

2. Format laporan –Tajuk laporan, tarikh, masa, tempat, jumlah peserta, guru pengiring, objektif aktiviti, aktiviti yang dilaksanakan, faedah yang diperoleh dan nama setiausaha.
 
Isi-
• objektif untuk menerapkan sikap kepimpinan, bekerjasama, hubungan yang akrab, nilai berdikari.
• aisbreaking/permainan/ceramah/aktiviti jati diri@berdikari
• faedah - sikap berdikari, bekerjasama, hormat-menghormati, perpaduan, dan kepimpinan
• penutup – harapan pada masa-masa akan datang.

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013 Bahagian B [100 markah] [Masa dicadangkan 1 jam 30 minit]

Bahagian B 
[100 markah] 
[Masa dicadangkan 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.
 
1. Generasi remaja hari ini didapati kurang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti serta program keagamaan dan kemasyarakatan. Fenomena ini dikaitkan dengan kewujudan teknologi komunikasi.
Tuliskan satu rencana yang lengkap bertajuk ‘Mendekatkan Remaja dengan Program Keagamaan dan Kemasyarakatan melalui Teknologi Komunikasi’.

Cadangan jawaban

1. Format rencana – Tajuk dan nama pengarang.
 
Isi –

• Menggunakan alat komunikasi seperti internet untuk menyebarkan tips-tips yang berguna untuk diamalkan oleh remaja. Contohnya keburukkan mengambil dadah atau minum alkohol, seks bebas dan penyebaran fitnah. Remaja hari ini cenderung berhubung melalui twitter, muka buku (face book), skype, line, weechat, face time, yeepi (laman sosial Islam), linked in, dan sebagainya, oleh itu golongan dewasa boleh mengambil kesempatan dengan menghubungi remaja melalui laman sosial untuk menyalurkan dakyah agama.
 
• Menguar-uarkan melalui ruangan laman sosial aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang akan diadakan sama ada di peringkat kebangsaan maupun setempat
 
• Memuat turun ruangan keagamaan atau kemasyarakatan dalam ruangan seperti Youtube, clip video dan sebagainya.
 
• Mengadakan ruangan untuk pedebatan dan kemusykilan kerana ada remaja yang malu untuk mengutarakan masalah mereka secara berdepan dengan orang lain.
 
• Mengajak remaja menjadi ahli pertubuhan sukarela melalui pendaftaran atas talian (online) dengan memberi sijil-sijl keahlian dan penyertaan agar mereka merasakan diri mereka diiktiraf.

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013 Bahasa Melayu Kertas 1

Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan 45 minit]

Lihat gambar di bawah dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang tanggungjawab seseorang terhadap komuniti. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Contoh Jawapan : Bahagian A
 
[30 markah]
Tanggungjawab terhadap komuniti:

• Masyarakat perlu prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik seperti orang kurang upaya, hilang keupayaaan kerana kemalangan, orang yang ditimpa penyakit, anak yatim piatu atau yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa boleh mendidik anakanak agar simpati terhadap nasib golongan ini, memberi bantuan mengikut kemampuan dan tidak menghindari atau mengejek mereka.
 
• Masyarakat setempat perlu ambil tahu apa yang berlaku terhadap jiran tetangga mereka terutama apabila jiran ditimpa musibah seperti menghidap penyakit, kecurian, rumah terbakar, atau kemalangan dan banjir. Memberi bantuan berupa barang atau sokongan moral.
 
• Orang ramai juga boleh bergotong royong meringankan beban jiran yang memerlukan seperti membaiki rumah jiran yang kurang berkemampuan, membersihkan kawasan setempat agar bebas daripada penyakit dan binatang berbahaya dan sama-sama membantu dalam majlis-majlis yang diadakah di kawasaan berkenaan agar hubungan antara masyarakat bertambah erat tidak kira apa agama dan bangsa jiran kita.

Sumber : www.afterschool.my

Isnin, 9 September 2013

Pemeranan untuk menghidupkan cerita._Soalan latihan novel persediaan menghadapi peperiksaan spm Bahasa Melayu 2013

Soalan: 
Watak dalam novel berperanan untuk menghidupkan cerita. Huraikan dua perwatakan
watak utama dalam.novel yang telah anda pelajari.

Cadangan jawapan
Berdasarkan novel Kabus di Perbukitan hasil karya Mohamad Kholid Hamzah,
pengarang memaparkan Faridah sebagai watak utama. Antara perwatakan yang 
paling menonjol dalam diri watak utama ialah seorang yang tabah/cekal.
Faridah tabah dalam mengharungi dugaan hidup. Sebagai contoh, Faridah yang 
telah  kehilangan adik kembarnya, iaitu Rahayu akibat kanser paru-paru. Faridah 
juga telah kehilangan ibunya, Mak Salmah dan suaminya, Ghazali.  Walau 
bagaimanapun, dia  tetap tabah meneruskan kehidupannya sebatang kara ketika 
menyambung pengajiannya di New Zealand.

  Seterusnya, watak utama juga seorang yang memiliki jati diri yang tinggi. 
 Perwatakan ini dapat dilihat ketika Faridah hidup menetap di New Zealand. Faridah 
masih mengekalkan budaya Melayu seperti menanggalkan kasut ketika masuk ke  
rumah,memakai baju kurung  dan memasak masakan Melayu iaitu kari ayam. Hal 
ini membuktikan bahawa  Faridah tetap mengekalkan nilai-nilai kemelayuannya 
walaupun telah menetap di New Zealand selama 25 tahun.

Selain itu, watak utama merupakan seorang yang prihatin. Faridah bertugas sebagai  tenaga pengajar di PDK Suria, bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat . Faridah menganggap bahawa menjalankan khidmat kepada kanak­-kanak istimewa dianggap sebagai satu ibadah.

Persoalan pengorbanan yang dilakukan oleh watak-watak ._Soalan latihan novel persediaan menghadapi peperiksaan spm Bahasa Melayu 2013

Soalan: 
Huraikan dua contoh persoalan pengorbanan yang dilakukan oleh watak-watak berdasarkan novel yang telah anda pelajan.
Cadangan jawapan
Berdasarkan novel Kabus di Perbukitan, antara persoalan pengorbanan ialah persoalan pengorbanan seorang ibu tunggal membesarkan anak-anaknya. Contohnya, semenjak Mak Salmah bercerai dengan suaminya Kamaruddin, Mak Salmah menyara kedua-dua anak kembamya dengan cara bersawah padi di samping menjual pisang goreng di Kampung Sungai Haji Dorani.  
Selain itu, terselit juga persoalan pengorbanan seorang ayah untuk memastikan keselamatan anaknya. Contohnya Mejar (B) Kamaruddin telah bertekad untuk meneruskan usaha mencari anaknya, Faridah yang hilang dalam kemalangan di Bukit Fraser. Setelah operasi mencari dan menyelamat diberhentikan, Kamaruddin dengan bantuan Buyung meredah hutan Bukit Kutu sehinggalah ke perkampungan Orang Asli Suku Temuan di Sungai Dua.Berdasarkan petunjuk yang diberikan oleh Rahayu, pencarian Kamaruddin akhimya berjaya menemui anaknya, Faridah dan kanak-­kanak OKU, Iqbai.

Cara watak utama menyelesaikan due konflik ._Soalan latihan novel persediaan menghadapi peperiksaan spm Bahasa Melayu 2013

Soalan:
Berdasarkan satu novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama menyelesaikan dua konflik yang dihadapinya.
 
Cadangan jawapan
Berdasarkan novel Kabus di Perbukitan,, terdapat beberapa konflik yang dihadapi oleh watak utama dan cara watak utama menyelesaikannya. Antaranya ialah konflik Faridah degah masyarakat kulit putih di Roswood, Christchurch, New Zealand yang menyangka Faridah sebagai orang Maori, rakyat pribumi New Zealand. Hal ini memandangkan wama kulitnva yang sawo matang. Faridah menyelesaikan konflik tersebut dengan cara menjalin hubungan baik dengan penduduk di kejiranan dan di masyarakat setempat. Faridah mengambil peluang memperkenalkan diri dan asal usulnya dalam satu majiis ramah mesra komuniti.

Faridah hampir-hampir menghadapi tekanan perasaan dan sakit jiwa. Mujurlah tawaran untuk berkursus selama enam bulan di New Zealand yang ditawarkan oleh Ibu pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat datang selepas kejadian itu. Faridah mengambil keputusan untuk menerima tawaran itu dan melakukan hijrah buat dirinya. Hasilnya, keputusan yang diambil oleh Faridah telah memberi impak yang sangat positif kepada masa depannya. 
 

Dua peristiwa yang meninggalkan kesan mendalam kepada anda._Soalan latihan novel persediaan menghadapi peperiksaan spm Bahasa Melayu 2013

Soalan : 
Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang meninggalkan kesan mendalam kepada anda.

Cadangan jawapan
Berdasarkan novel Melunas Rindu dan novel Kabus di Perbukitan, terdapat peristiwa-peristiwa yang meninggalkan, kesan kepada pembaca. Dalam novel Kabus di Perbukitan, peristiwa Faridah yang naked untuk meninggalkan tanahair tercinta untuk melanjutkan pelajarannya di New Zealand. Peristiwa ini meninggalkan kesan terhadap perasaan saya kerana keberanian Faridah untuk berhijrah ke Bumi Kiwi yang asing kepadanya merupakan suatu tribulasi /cabaran yang sangat besar kepada seorang gadis Melayu sepertinya. Tambahan pula keputusan untuk berhijrah ke negara asing bermakna bahawa Faridah akan menjalani kehidupan sebatang kara di negeri di negara asing.

Seterusnya, peristiwa yang meninggalkan kesan mendalam kepada saya/pembaca ialah peristiwa keteguhan Faridah mengamalkan adat ,budaya dan kesucian agama. Contohnya, walaupun sudah menetap di Christchurch, New Zealand dan berkahwin dengan Soleh Johnsons serta dikurniakan dengan sepasang anak kembar, Melina dan Anne. Peristiwa ini meninggalkan kesan kepada saya/pembaca kerana keteguhan Faridah mengamalkan adat dan budaya Melayu serta memelihara kesucian agama Islam yang dianutinya. Antaranya, Faridah memasak masakan Melayu seperti kari ayam untuk anak-anaknya, menuturkan Bahasa Melayu dan menanggalkan kasut ketika masuk dalam rumah. Disamping taat menunaikan solat dan ibadah-ibadah lain, Faridah tidak mengabaikan pendidikan agama kepada anak-anaknya dengan menghantar mereka mempelajari agama di An Nur Islamic Centre.

Ahad, 8 September 2013

Nilai semangat setia kawan_Soalan latihan novel persediaan menghadapi peperiksaan spm Bahasa Melayu 2013


Soalan:
Berdasarkan novel Kabus di Perbukitan hasil karya Mohamad Kholid Hamzah,terdapat beberapa nilai semangat setia kawan yang ditonjolkan oleh penulis yang dapat dijadikan teladan oteh pembaca.

Cadangan jawapan

Antara nilai semangat setia kawan yang terdapat dalam novel ini ialah nilai semangat setia kawan antara rakan sepengajian/sekuliah (1m) yang dapat dilihat daripada watak Rahayu dan Azrul.Contohnya,Rahayu yang sanggup bangun pagi untuk bertemu Azrul di perpustakaan walaupun berasa kurang sihat. Mereka saling berbincang tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah serta program Kempen Save Our River yang akan dijalankan oleh Azrul di KLCC. (1 m) 

Selain itu,terselit juga nilai semangat setia kawan antara bekas rakan sejawat (1m) yang ditonjolkan oleh penulis melalui watak Buyung. Misalnya, Buyung bekas seorang askar tetap setia membantu Mejar (B) Kamaruddin mencari Faridah yang hilang di Bukit Kutu walaupun pencarian telah diberhentikan. Buyung menunjukkan semangat setiakawan dengan sanggup mengharungi hutan di Bukit Kutu yang pernah diisytiharkan sebagai kawasan merah akibat aktiviti komunis.(1m) 

Akhir sekali, penulis memaparkan nilai semangat setia kawan antara rakan niaga (1m) yang diperlihatkan menerusi watak Soleh Johnson dan Datuk Azrul.Sebagai contoh, Soleh Johnson sepakat dan berkerjasama dengan Datuk Azrul untuk membangunkan kawasan tanah tinggi Lojing di Cameron Highlands sebagai kawasan agro pelancongan.(1m)

Sumber : Guru-guru Bahasa Melayu SMK Tawau  
 

Photo Collage Max 2.2.2.8

Image 

-Arrange your photos to be a collage easily and creatively
-Finely designed templates for all kinds of occasions Built-in -backgrounds, frames, cliparts make your collages the most -unique onesEasily manage collages, photos, layers, shadows, size or position, personalize your works
-Save your collage, print it or share it with family and friends
 
Code:

Jumaat, 6 September 2013

Surat Al Baqarah Full by Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

Fadhilat Surah Al-Baqarah

Imam al-Baihaqi dari Imam Shalshal berkata: 
“Barangsiapa membaca Surat Baqarah maka dipakaikan kepadanya mahkota disyurga.” 

 Imam Ibnu Zanjawai dari Imam Wahab ibn Munabih menyatakan: “Barangsiapa membaca Surat Baqarah dan Ali Imran pada malam Jumaat maka baginya nur cahaya membentang antara Arsy dan dasar bumi.” 

 UNTUK PERLINDUNGAN DARI SEGALA KEJAHATAN: 
Abu Mas’ud Albadri r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda; “Barangsiapa membaca dua ayat dari surat Al-Baqarah, maka cukuplah baginya (dari hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat : sama dengan bersembahyang malam).” (Riwayat Bukhari & Muslim) 

UNTUK MEMOHON AGAR DIKABULKAN: 
 Ibnu Abbas r.a. bercerita: Pada suatu ketika Malaikat Jibrail berada disisi Nabi Muhammad SAW , tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata: “Ini sebuah pintu dilangit, pada hari ini dibuka dan turun seorang malaikat memberi salam dan berkata: “(Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah SWT kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelum kamu iaitu: FATIHUL KITAB dan akhir SURAH AL-BAQARAH. Tiada engkau membaca suatu huruf daripadanya melainkan pasti permintaanmu diberi).” (Riwayat Muslim)


PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

· Intihanya,

· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas

 · Konklusinya, 

· Dengan ini diharapkan
  
· Bukan itu sahaja 

· Mudah-mudahan perkara ini 




· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa 

· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan « 

· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

· Sebagai contohnya
  
· Biar kita lihat  

· Biar kita ambil contoh

 · Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah 

· Sebagai analoginya,

 · Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

· Berdasarkan    perangkaan    terkini   yang     diperoleh       didapati      sebanyak

 · Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan 

· Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian « 

.pada tahun « 

.menunjukkan bahawase banyak «

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN


· Bagi sesetengah orang «

· Begitu juga dengan « 
· Begitu juga halnya dengan « 

· Bertitik tolak daripada itu «

· Bukan itu sahaja « 

· Dalam hal ini «
· Dalam konteks ini .. 

· Pada zaman yang serba canggih ini «

· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa «

· Dengan adanya « 
· Dengan berbuat demikian «
 · Dengan perkataan lain ..

 · Disebabkan hal itu 
· Disebabkan keistimewaan inilah kita .. 

· Hal/Perkara ini berlaku kerana 
· Hal/Perkara ini penting dalam 
· Hal/Perkara ini serupa dengan 
· Hal/Perkara ini yang serupa berlaku apabila 
· Hal/Perkara ini membuktikan bahawa 
· Hal/Perkara ini menggambarkan bahawa
 · Hal/Perkara ini secara tidak langsung akan 
· Hal/Perkara ini semua meninggalkan kesan kerana
 · Hal/Perkara ini tentu sekali membuatkan

 · Jadi kita perlu
 · Jadi kita hendaklah 

· Keadaan ini tentunya

 · Lantaran itu sehingga kini

 · Kesemua ini menyumbang kepada 

· Kita mengakui hakikat bahawa 
· Kita sering menonton di kaca televisyen 
· Kita sering membaca di dada-dada akhbar 

 · Memandangkan  keadaan yang sedemikian

 · Namun sejak kebelakangan ini

 · Oleh sebab itu, bolehlah dikatakan

 · Secara logiknya masa yang 

· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita

 · Keadaan ini seharusnya boleh

 · Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini

 · Kendatipun demikian, kita masih

 · Yang paling nyata ialah 
· Yang perlu kita pastikan ialah

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

· Kita dapat menyaksikan betapa.....
· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana...
 · Lazimnya, dalam keadaan....
 · Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan    
     ialah....
 · Pada hemat saya...
 · Pada pandangan saya...
 · Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa...
 · Sebagaimana yang kita ketahui
 · Sebagaimana yang kita maklumi 
· Sejak awal lagi
· Sejak kebelakangan ini 
 · Selain itu, pada masa ini juga
 · Seperti yang telah dinyatakan  
 · Umum   mengetahui bahawa 
· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

1. Oleh sebab itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan denganterperinci demi kebaikan bersama. 

2. Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perludiperincikan demi kebaikan bersama. 

3. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segerauntuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini. 

4. Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan««.

5. Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

1.  Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu ........

2. Era   pasca perindustrian dan  pasca globalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ....... 

3.  Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020.  Keadaan ini menandakan  titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. 

4.  Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negarayang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai  permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. 

5.  Dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini ......

6 . Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan .....

Penanda Wacana