E-Bincang

Bacaan Ayat Al-Quran

Sabtu, 17 Ogos 2013

Tips sebelum peperiksaan.

Kesalahan Tatabahasa

Sila ambil perhatian.

-Petikan ini membincangkan tentang faktor-faktor..... (salah)

-Petikan ini membincangkan faktor-faktor.... membincangkan ialah kata kerja transitif, jadi tak perlu sisipan
kata sendi antara kata kerja dan objek.

-Dengan kata lain, selepas KKT mesti ada objek.

-jawaban bukan jawapan

-dalam kalangan bukan di kalangan

-berbahaya bukan merbahaya

-ejaan perkara mesti ada r, bukan pekara.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Contoh seterusnya

-Antara faktor yang menyebabkan kesesakan lalu lintas ialah jumlah kenderaan yang banyak pada satu-satu masa.

Ayat di atas mengandungi kesalahan kerana perkataan antara bermaksud banyak, tetapi faktor yang anda sebutkan hanya 1.

Elakkan membuat kesalahan begini. Apa yang harus anda tulis ialah :

Satu faktor yang menyebabkan kesesakan lalu lintas ialah jumlah kenderaan yang banyak pada satu-satu masa.

Sebaliknya, ayat ini betul:

Antara faktor yang menyebabkan kesesakan lalu lintas ialah jumlah kenderaan yang banyak pada satu-satu ketika, sikap pemandu yang biadap dan sistem jalan raya yang tidak sempurna.

Sumber : http://cikguliz.blogspot.com/search/label/Tatabahasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan