E-Bincang

Bacaan Ayat Al-Quran

Selasa, 6 Ogos 2013

Aspek yang perlu diberi perhatian oleh calon. Kertas Satu – Bahagian B

Aspek yang perlu diberi perhatian oleh calon.

1. Ayat yang digunakan perlulah pendek dan jelas untuk mengelakkan berlakunya kesalahan bahasa.

2. Gunakan tanda bacaan yang betul serta penanda wacana yang bersesuaian untuk menunjukkan ada kesinambungan antara isi terdahulu dengan isi seterusnya.

3. Cuba hasilkan karangan yang melebihi 350 patah perkataan tetapi menepati kehendak soalan dan untuk menghasilkan karangan yang lengkap setiap isi memerlukan sekurang-kurangnya dua huraian beserta dua contoh.

4. Sertakan antara dua hingga tiga peribahasa dan lebih ideal sekiranya karangan ditutup dengan peribahasa yang bersesuaian.

5. Corak soalan masa kini lebih menjurus kepada laras soalan. Iaitu soalan berkaitan individu, aspek kekeluargaan, berkenaan kemasyarakatan, peringkat kebangsaan atau antarabangsa, dan soalan kelima, aspek kesusasteraan. Sekiranya calon kurang mahir atau kurang ilmu pengetahuan berkenaan isu semasa peringkat kebangsaan atau antarabangsa elakkan daripada menjawab soalan tersebut
kerana untuk menjawab soalan ini calon perlu ada pengetahuan bukan sahaja peringkat dalam negeri malah sehingga ke peringkat global. Oleh itu, pilihlah soalan yang calon paling arif berkenaannya.

6. Soalan no 5 iaitu berkaitan kesusasteraan, hanya calon yang mahir dalam bahasa yang puitis dan mempunyai imaginasi yang tinggi atau mahir mengulas sesuatu isu sahaja digalakkan menjawab soalan ini.

7. Terkini, soalan yang dikemukakan lebih menjuruskan kepada pengetahuan umum yang menyebabkan calon perlu membaca lebih berkenaan isu-isu semasa.

sumber : http://afterschool.my/spm/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan