E-Bincang

Bacaan Ayat Al-Quran

Ahad, 11 Ogos 2013

NOVEL SUTERA DALAM LUKISAN

SINOPSIS dan ANALISIS

BAB 1: SURATAN YANG PERLU KUTERIMA

Bujei sedang berada di tebing sungai di kampungnya. Sungai itu cetek dan sentiasa mengalir walaupun pada musim kemarau. Setiap hari dia pasti berkunjung ke situ untuk mengisi masa lapangnya. Dia hanya ditemani oleh agas-agas dan nyamuk yang kadang kala menguji kesabarannya tetapi semua perkara itu tidak dihiraukannya. Bujei bukan seorang sasterawan yang mencari ilham atau seorang pelancong yang menjadikan alam sekitar sebagai sumber inspirasi kehidupan mereka.
Bujei turut ditemani dua ekor kerbau yang berkubang di dalam sungai itu. Apabila terasa lapar dia akan menangkap dan membakar ikan yang dipancingnya di sungai itu lalu dimakan tanpa mengira masak ataupun tidak. Sungai itu telah sebati dengan hidup Bujei. Di tebing sungai itulah dia berehat, berbaring dan kadang-kadang terlena tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekelilingnya.
Bujei telah digelarkan oleh penduduk kampungnya sebagai seorang pemuda yang tidak berakal, bodoh, dan dungu sehingga dia tidak berdaya untuk menguruskan hidupnya dengan baik. Walau bagaimanapun dia sering menafikan cemuhan orang kampungnya kerana teringin untuk hidup seperti insan biasa tetapi dia tidak mampu mengubah nasibnya itu.
Apakah yang menyebabkan Bujei menjadi begitu (sasau)? Nasib malang yang menimpa Bujei bermula selepas kematian bapanya yang merupakan seorang askar kerana terlibat dalam satu kemalangan maut di Lebuh Raya Karak. Bujei masih kecil lagi pada ketika itu dan dia bercita-cita hendak menjadi seorang tentera sama seperti ayahnya. Selepas peristiwa menyayat hati itu Bujei tinggal bersama ibunya yang bernama Fatimah dan masih mempunyai seorang nenek. Tidak lama kemudian ibunya telah berkahwin dengan Harun seorang mandur di ladang kelapa sawit. Orang kampung tidak bersetuju dengan pilihan ibunya itu kerana mereka tahu perangai buruk Harun. Tidak lama kemudian barulah Fatimah menyedari kesilapannya memilih Harun.
Harun (bapa tiri Bujei) telah memujuk ibunya membeli sebuah kereta untuk kemudahan mereka dimana RM 15 ribu wang simpanan untuk menunaikan Haji dan belanja persekolahan Bujei telah habis dibelanjakan. Harun berpura-pura menunjukkan kasih sayangnya sebagai seorang suami yang bertanggungjawab untuk menyakinkan Fatimah.
Belum pun sampai setahun berkahwin, Harun telah menunjukkan belangnya dengan memaksa Fatimah memberikan wang kepadanya kerana dia tahu wang simpanan isterinya masih banyak lagi hasil daripada sumbangan Angkatan Tentera Malaysia. Pada suatu malam Harun meminta wang dan seuntas rantai daripada Fatimah. Ibunya enggan memenuhi permintaan itu menyebabkan dia dipukul sehingga pengsan. Bujei cuba menghalang tetapi ditendang dan diterajang oleh bapa tirinya sehingga tidak berdaya lagi untuk membantu ibunya. Tiba-tiba sebuah pelita telah terbalik dan menyalakan api yang akhirnya memusnahkan seluruh rumahnya dalam satu kebakaran yang tidak dapat dikawal lagi. Dia tidak berdaya menyelamatkan ibunya dan telah terkorban dalam tragedi malang itu. Harun kemudiannya menuduh Bujei menjadi punca kebakaran yang meragut nyawa isterinya kerana suka bermain pelita.
Selepas itu Bujei tersedar daripada lamunan itu apabila terdengar bunyi motosikal melalui atas jambatan. Dengan segera dia terjun ke dalam sungai menyebabkan Tuk Sidang Saman terkejut dengan kelakuan Bujei itu. Tuk Sidang Saman memberhentikan motosikalnya di atas jambatan sambil memandang kepada Bujei yang aneh itu, walaupun dia telah mengetahui siapa Bujei sebenarnya.

BAB 2: INILAH DUNIA CIPTAANNYA

Sidang Saman menjerit dengan kuat dari atas jambatan untuk mengetahui keanehan kelakuan Bujei yang tidak masuk akal itu tadi. Bujei menyatakan dia sudah tersilap orang kerana dia menyangkakan bunyi itu tadi adalah motosikal Alias dan dia ketawa sehingga menyingung Sidang Saman dan semakin meluat melihat perangai Bujei itu, lalu dia meninggalkannya yang masih tercegat di dalam sungai itu. Sebaik sahaja menaiki tebing sungai sekali lagi bunyi motosikal kedengaran melintasi jambatan menyebabkan Bujei sekali lagi terjun ke dalam sungai tetapi bukannya Alias.
Selepas itu Bujei pulang ke rumahnya kerana hari semakin senja sambil memikirkan makanan yang hendak mengisi perutnya yang lapar itu. Pada kebiasaanya jarang benar Bujei makan nasi kalau tidak di rumah orang mengadakan kenduri yang memberikannya sedikit juadah kerana membantu kerja-kerja di tempat memasak.
Bujei tidak perlu menagih simpati orang untuk tumpang berteduh kerana dia tinggal di rumah arwah neneknya yang masih elok. Dia ingin melihat susunan dalam rumah usangnya sama dengan rumah orang lain. Oleh itu, dia sentiasa memastiakan Gerobok buruk, almari lama, peti televisyen dan radio (rosak) tersusun seperti yang pernah dilihatnya di rumah jiran-jirannya. Bujei ingin sangat jiran-jirannya datang berkunjung kerumahnya untuk memuji kekemasan rumahnya.
Kegelapan malam itu diterangi oleh cahaya pelita minyak tanah yang telah dinyalakan oleh Bujei .Dia telah menukarkan pakaiannya dengan sehelai kain pelekat lusuh kemudian terus ke dapur untuk mencari makanan . Bujei telah menbawa pisang berangan ke ruang tengah di hadapan peti televisyen lalu memetik suis sambil menyuap pisang untuk menonton rancangan yang digemarinya . Namun, itu semua hanyalah khayalan sahaja kerana televisyen dan radio itu sudah tidak berfungsi lagi. Dunia Bujei memang begitu.
Setelah mengantuk Bujei masuk tidur dan berangan-angan akan berubah menjadi seorang yang normal, ingin memandu sebuah kereta mewah serta ingin mengahwini Same’ah. Same’ah ialah anak Tuk Sidang Saman yang baik hati dan selalu membantu Bujei supaya berubah menjadi manusia normal.Namun, Same’ah telah betunang dengan seorang pegawai dari kota besar.Perkara itu tidak sedikit pun memadamkan harapan Bujei terhadap Same’ah.
Setelah azan subuh berkumendang di udara Bujei terus bangkit dari tidurnya untuk pergi mandi dan membersihkan dirinya seperti yang di sarangkan oleh Same’ah.Bujei bersiap-siap seperti biasa dengan pakaiannya sama ada untuk ke masjid atau pergi menoreh getah.Dia menunggu di persimpangan jalan berhampiran jambatan sambil bersandar di bawah pokok sehingga terlena.Kemudian Bujei terjaga apabila mendengar keriuhan anak-anak sekolah pergi ke sekolah.Bujei melihat Kasim, Sulaiman, Sani dan Hussin sudah sampai dan dia terus menghantarnya ke sekolah sambil meminta sedikit kuih-muih yang dibawa oleh budak-budak itu.
Apabila sampai di sekolah Bujei berpesan kepada budak-budak itu supaya belajar elok-elok dan menyampaikan salamnya kepada cikgu Salabiah.Bujei terus ke kedai Pak Sulong untuk mencari sesuap sarapan pagi sekiranya ada insan yang bersimpati kepadanya.Walau bagaimana pun nasib Bujei kurang baik pada hari itu kerana tiada orang yang sudi mempelawanya makan seperti biasa termasuk Wak Kemat yang baru sahaja keluar dari kedai itu juga tidak mengajaknya seperti biasa.

Bujei kecewa lalu duduk sambil menyanyi di tepi kedai itu untuk menarik simpati orang ramai dan air matanya telah berlinangan kerana tidak tahan kesedihan mengenangkan dirinya sehinggalah dia terlena di situ.

BAB 3:MASIH ADA YANG SIMPATI

Adila sepupu kepada same’ah dari kuala Lumpur sudah dua bulan berada di rumah Same’ah.Perhatian Adila kepada bujei sangat baik kerana dia ingin membela nasib bujei dari segi sosial dan kemanusiaan.Dia cuba membicarakan soal kebaikan bujei tetapi tidak diendahkan oleh same’ah.Hal ini demikian kerana Same’ah sudah bertunang dan akan berkahwin tidak lame lagi.Malah kedatangan Adila telah meringankan tugasnya untuk membuat persiapan majlis kendurinya lebih kurang dua bulan lagi.Adila berpendapat Bujei telah menjadi mangsa alam dan manusia di sekelilingnya.Dia cuba mengali rahsia Bujei daripada Same’ah tetapi Same’ah tidak berminat lagi berbincang tentang Bujei.

Same’ah telah banyak membantu dan menolong Bujei supaya berubah menjadi insan yang normal namun dia tetap tidak berubah.Sikap bujei itu telah banyak menimbulkan kemarahan dan kebencian kepada same’ah.Adila terus malahirkan simpati kerana Bujei sering dicaci dan dipermain-mainkan oleh orang kampungnya.

Sewaktu dalam perjalanan menuju ke pekan Same’ah cuba menggingatkan kembali kisah Bujei menyerang mereka sewaktu Adila dibawa bersiar-siar mengelilingi kampung kerana baru tiba ke kampungnya .Ketika itu mereka berdua diserang oleh Bujei seolah-olah mengamuk sehingga Adila pucat dan bersembunyi di belakang same’ah.Setelah disergah Bujei beredar dari situ.Di dalam kereta itu Same’ah dan Adila ketawa kerana geli hati mengenangkan kisah tersebut.(M/S 37)

Apabila sampai di bandar Same’ah mengarahkan Adila pergi ke supermarket dahulu untuk membeli bunga-bunga kain kerana murah harganya.Adila terus mengenangkan saat hidupnya buat pertama kali bertemu dengan manusia abnomal.Dia benar-benar ketakutan dan hampir pengsan jika tidak ditemani oleh Same’ah.Malah dia pernah membuat ujian tentang manusia abnomal semasa di universiti.Sambil menghentikan kereta di tempat letak kereta Adila mengakui betul-betul takut dan cemas hari itu.Adila tersenyum dan mereka ketawa.

BAB 4: SIAPA YANG MENGERTI HATINYA

Pada suatu pagi, Alias telah memaksa Bujei mencuci atau membasuh motosikalnya yang kotor kerana pergi ke kampung Hulu semalam. Dia memberi amaran akan memukul dan terajang Bujei jika motosikalnya tercalar serta berjanji akan memberi upah RM 1 kepada Bujei. Maka Bujei terus ke belakang sambil memanggil Mak Som untuk meminta baldi, berus dan sabun untuk membasuh motosikal Alias. Ketika menunggu tiba-tiba dia telah disapa oleh Opah Arah (mentua Mak Som) menyebabkan dia kegugupan kerana Bujei merasakan Opah Arah semacam derdendam dengannya. Kemudian Mak Som memberikan segala peralatan tersebut untuk membolehkan Bujei membereskan tugasannya pada pagi itu. Bujei seolah-olah tidak pernah memikirkan kejahatan Alias terhadapnya walaupun kerapkali orang menasihatinya supaya jangan mendekati Alias itu tidak dipedulikan. Apabila Bujei terlupa dengan menyembur air paip ke udara Alias telah menengkingkan dengan kata-kata kesat ”Hoi Monyet” lalu diselesaikan kerjanya kerana takut dimarahi Alias lagi.

Alias berada di anjung rumahnya sambil berbual-bual tentang Adila sepupu Same’ah bersama-sama rakannya iaitu Sahak dan Sani. Sahak mengkhabarkan bahawa Adila seorang pelajar universiti datang ke kampung untuk melakukan kerja-kerja kampung seperti menoreh getah. Alias menuduh Adila telah gagal dalam peperiksaan di universiti sehingga lari ke sini kerana malu dan cuba mengabui pandangan orang kampungnya. Alias suka memandang lekeh kepada Adila kerana menoreh getah. Sejak dua bulan kebelakangan ini Alias sering menjadikan hal ehwal Adila sebagai topik perbualannya dengan Sahak dan Sani. Sahak meramalkan sukar untuk Alias mendapatkan Adila kerana seorang lulusan universiti, tetapi Alias menyatakan tidak lama lagi Adila akan datang kepadanya. Mereka ketawa apabila Alias menceritakan Bujei juga ada hati kepada Adila seperti juga kepada Same’ah setelah ditipu olehnya. Pada masa itu Sahak telah memuji kehebatan Alias kerana dengan mudah dapat menawan hati budak-budak perempuan di Batu Papan manakala budak-budak lelaki di sana soalah-olah mengalah kepada Alias. Sani kagum apabila mendengar cerita itu walaupun dia tidak berada di situ kerana bekerja di kilang.

Apabila selesai mencuci motosikal Bujei telah meminta Alias memberinya upah seperti yang dijanjikan sehingga menimbulkan kemarahan Alias dan dipukul lagi Bujei. Mujurlah Mak Som telah melarang Alias bertindak sedemikian terhadap Bujei dan menyuruh upah itu diberikan segera. Akhirnya Mak Som menjemput Bujei ke dapur untuk sarapan pagi dan selepas itu Mak Som memberi upah sebanyak RM 1 kepadanya kerana Bujei seorang yang kuat memegang janji yang dibuat kepadanya. Mak Som menasihati Bujei supaya jangan lagi mendekati Alias kerana dia tahu perangai anaknya itu tambahan pula disokong oleh Opah Arah yang selalu memanjakannya.

BAB 5: RAJUK YANG TAK TERPUJUK

Adila dan Same’ah sedang menghias bekas bunga telur di serambi rumahnya.Tuk Sidang Saman telah ke ladang untuk menoreh getah, Mak Lamah asyik di dapur manakala Saniah dan samsul ke sekolah.Sambil mereka berbual, Adila menyatakan kesungguhannya ingin menemu ramah Bujei untuk mengetahui dengan lebih lanjut rahsia yang terpendam di dalam hati budak itu.Hasratnya itu dibantah oleh Same’ah kerana bimbang akan menimbulkan masalah dengan masyarakat di kampungnya kerana semua orang tahu Bujei tidak normal.

Adila seorang yang optimis, dia ingin menerokai ilmu baru dengan mengkaji si Bujei.Pandanganya dimotivasikan lagi dengan galakan Islam di dalam al-quran bahawa ilmu Allah sangat luas dan apa yang dimiliki oleh insan itu sedikit sahaja.Same’ah dapat menerima pandangan Adila kerana dia pun pernah didedahkan tentang perkara itu semasa belajar di tingkatan enam dahulu tetapi budaya orang kampungnya yang dibimbangkan kerana ada orang yang mahu mendekati Bujei seperti sepupunya.

Adila menganggap Bujei sama dengan insan lain dan meramalkan suatu hari nanti Bujei akan pulih menjadi insan normal.Same’ah pada mula mencurigai sepupunya kerana secara tiba-tiba datang dan tinggal di rumahnya setelah kembali ke tanah air sebaik sahaja menamatkan pelajarannya selama lima tahun di England.Bukan Same’ah tidak suka sepupunya itu hadir di kampungnya tetapi dia ingin mengetahui rahsia disebalik tindakan Adila itu, apabila Adila cuba menceritakan rahsia tersebut tiba-tiba Sidang Saman pulang dari ladang maka dia tidak jadi meneruskan ceritanya.Mak Lamah keluar ke serambi untuk mengambil lauk yang di masak pada hari itu daripada suaminya.

Apabila Saniah dan Samsul pulang dari sekolah same’ah bertanya akan hal-hal bujei yang selalu menjadi buah mulut mereka.Namun pada hari itu tidak ada apa-apa berita yang berkaitan Bujei.Sebaliknya, Sidang Saman menceritakan bahawa Harun (bapak tiri Bujei) balik untuk memungut hasil kebun arwah ayah Bujei untuk dijualkan tetapi menurut Mak Tamah hasilnya langsung tidak diberikan kepada Bujei.Dia hanya pandai bercakap mengatakan sayang kepada Bujei sahaja.

Sidang Saman menyuruh anaknya Same’ah dan Adila pergi tidur bermalam di rumah Mak Usu Bakyah (adik Sidang Saman) .Maka selepas asar mereka berdua telah sampai di rumah Mak Usu Bakyah.Pada malam itu banyak perkara telah dibincangkan mereka bertiga.Antaranya tentang kerjaya Adila kenapa sampai datang menoreh getah, Adila menceritakan rahsia Faizal dan isu Bujei turut dibincangkan.

Setelah mendengar perihal bekas kekasih Adila itu,Mak Usu Bakyah melontarkan pandangan bahawa sukar untuk mencari orang yang jujur dan lurus seperti Bujei iaitu satu-satu pilihan sukar dicari yang ada di kampungnya itu.Pandangan itu disangkal oleh Same’ah kerana Bujei bukan hidup di alam yang sebenar kerana dia tidak normal.Namun, Adila percaya dan yakin Bujei insan terbaik berbanding manusia lain.Mereka bertiga mempunyai pendirian yang berbeza-beza tentang sesuatu isu atau masalah terutamanya ha-hal yang berkaitan dengan Bujei.

BAB 6 PASANG UMPAN

Harun telah balik ke kampung untuk berjumpa dengan Sidang Saman.Kedatangan Harun ke rumah Sidang Saman adalah untuk membicarakan tentang tuntutan hak harta pusaka yang peninggalan ayah dan ibu Bujei. Beliau cuba memujuk Sidang Saman menurunkan tandatangan surat kuasa ke atas tanah pusaka tersebut supaya semuanya akan menjadi milik dia kerana menganggap Bujei tidak tahu apa-apa tentang perkara itu lagi.
Sidang Saman memberitahu Harun bahawa Fatimah bekas isterinya hanya meninggalkan tanah sawah tak sampai 2 ekar bersama-sama tapak rumah yang terbakar manakala tanah kebun pula masih atas nama ayah Bujei. Oleh itu, Harun tidak ada apa-apa hak ke atas tanah-tanah itu kerana masih nama arwah kedua-dua orang tua Bujei. Lagipun tanah sawah dan tapak rumah itu sudah pun dijual oleh Harun kepada Wak Senen dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga sebenar iaitu RM 4000 sahaja. Dia mengakui kesilapannya terlalu terburu-buru menjual tanah itu kepada Wak Senen. Tetapi penjualan itu tanpa sebarang penukaran hakmilik kepada Wak Senen malahan resit jualan pun tiada hanya mengharapkan janji mulut sahaja. Perkara tersebut telah membuatkan Harun ingin mendapatkan semula tanah itu daripada Wak Senen dengan menggunakan budi bicara Sidang Saman.
Harun telah memujuk dan memberi keyakinan kepada Sidang Saman untuk mendapatkan semula tanah itu dengan menawarkan bayaran balik kepada wak Senen sehingga RM7000. Sidang Saman tidak mudah termakan pujukan Harun kerana sudah masak dengan sikap dan perangainya itu. Harun kemudiannya menyatakan hasratnya untuk balik tinggal di kampung agar dapat mengusahakan kebun getah dan sawah yang ditinggalkan arwah isterinya. Alasan itu merupakan helah Harun untuk menarik perhatian Sidang Saman membantunya. Malah dia juga sudah berniat untuk memberi sedikit habuan (rasuah) kepada Sidang Saman jika memberi kerjasama memujuk Wak Senen itu kerana kelihatan seolah-olah hasratnya itu dipersetujui Tuk Sidang.
Sidang Saman cuba memerangkap Harun dengan bertanyakan harga pasaran tanah yang telah dijualkan kepada Wak Senen sekarang tetapi dia masih mampu berhelah tidak mahu menjualkannya. Walau bagaimanapun dia menggangarkan kira-kira RM 25 ribu jika tapak rumah dan sawah yang ditinggalkan Fatimah itu dijualkan sekarang. Sidang Saman sudah dapat membaca tujuan sebenar Harun beriya-iya mendapatkan semula tanah itu kerana Si Bujei tidak mampu berbuat apa-apa lagi kepadanya. Tetapi dia tidak dapat berunding dengan Bujei berkenaan hal itu dan meminta Sidang Saman memujuk anak tirinya itu menyerahkan kuasa kepadanya kerana Bujei tidak mahu bertemu dengannya lagi. Harun telah berjanji untuk memberi upah kepada Tuk Sidang Saman. Namun dia menolak kerana bimbang dipandang serong oleh orang kampung. Tuk Sidang Saman mencadangkan Harun sendiri berunding dengan Bujei untuk mendapat tandatangan atau cap jari. Harun sangat gembira dengan cadangan Tuk Sidang Saman yang semacam menyokong tindakannya itu memandangkan Bujei itu sasau.
Setelah Harun menghilangkan dirinya, Mak Lamah (isteri Tuk Sidang) datang menemui suaminya kerana ingin mendapat kepastian akan pendirian suaminya seolah-olah menyokong tindakan Harun. Tindakan Mak Lamah itu telah mengelikan hati suaminya kerana dia tidak semudah itu menerima rasuah daripada Harun sehingga menggadaikan amanah yang dipikulnya selama ini. Mak Lamah tidak lena tidur pada malam itu kerana memikirkan suaminya akan menjadi seorang yang fasik semata-mata mengharapkan habuan Harun dengan mempedayakan Bujei yang sekian lama menderita akibat tindakn Harun yang tidak berperikemanusiaan.

BAB 7: MALU

Bujei sudah lama tidak menjenguk tapak rumah dan petak sawah peninggalan ibunya kerana tidak mahu mengembalikan kenangan pahit yang telah dilaluinya suatu ketika dahulu. Walaupun dia tahu pusaka itu adalah haknya tetapi dia tidak mahu menuntutnya lagi. Apabila bertemu dengan Wak Senen dia akan diberikan wang belanja tetapi tidak pernah digunakannya sebaliknya disimpan di dalam kendi tembaga yang ditinggalkan oleh neneknya. Dia bimbang akan timbul tanda tanya dan tuduhan orang kampung terhadapnya dan wangnya akan dirampas oleh Alias. Bujei tidak merancang untuk menggunakan wang tersebut sehingga dia tidak pernah menghitung jumlahnya walaupun tahu mengira.
Kepulangan Harun pada hari itu telah awal-awal lagi diketahui oleh Bujei menyebabkan dia tidak melalui jalan atau lorong yang biasa digunakannya kerana bimbang akan bertembung dengan bapa tirinya itu. Dia takut dituduh dan ditengking oleh Harun yang seringkali menuduhnya menjadi punca kematian ibunya dahulu sebingga menyebabkan dia begitu takut dan benci kepada Harun. Namun Bujei telah meggunakan jalan biasa pada suatu petang dengan berhati-hati kalau-kalau bertemu dengan Harun. Bujei berkira-kira hendak mengambil buah betik di belakang rumah Sidang Saman tetapi telah dikejutkan dengan kehadiran Samsul yang menyergahnya. Bujei takut kerana dituduh ingin mencuri buah betik Tuk Sidang kemudian mengikut sahaja apa yang diarahkan budak itu. Samsul telah mengarahkan Bujei memetik buah betik itu untuk dimakan dan mengajak Bujei ke rumahnya kerana Adila ingin sangat berjumpa dan berbual dengannya. Mulanya Bujei enggan dan lari kerana Samsul ingin mempertemukan dia dengan Harun bapa tiri yang dibencinya tetapi itu semua gurauan saja.
Setelah menghampiri rumah Sidang Saman kelihatan Same’ah dan Adila sedang berbual-bual di pangkin, Bujei kelihatan gugup untuk berdepan dengan kedua-dua orang gadis itu yang dia pun menaruh perasaan kepada mereka. Nasib baik Mak Lamah muncul mengajak Bujei ke dapur untuk menjamah sedikit makanan lagipun dia belum makan lagi sebab itu dipetiknya buah betik Tuk Sidang tadi. Bujei makan dengan penuh beradab kerana seringkali diajar tertib makan oleh keluarga Tuk Sidang seperti membasuh tangan dan sebagainya. Semasa di dapur Mak Lamah memberitahu Bujei bahawa Adila berhasrat untuk berjumpa dan berbual-bual dengannya.
Bujei ingin mengetahui hasrat Adila itu, tetapi Mak Lamah enggan menceritakan dengan lebih lanjut tetapi menyuruh dia bertanya sendiri nanti. Hati Bujei resah dan tidak tahu cara untuk berdepan dengan Adila nanti. Dia ingin memulakan perbulannya dengan ucapan “good morning” tetapi ditegur oleh Mak Lamah sambil ketawa besar bersama-sama Samsul mendengar telatah Bujei itu. Same’ah muncul dan mendesak Bujei segera berjumpa dengan Adila yang sedang menunggunya di bawah pokok itu. Bujei pun berjalan menuju ke tempat Adila sehingga terlanggar bendol rumah Tuk Sidang sekali lagi menyebabkan Mak Lamah ketawa sehingga berair mata.
Bujei duduk di bangku kayu setelah dijemput oleh Adila dengan suara yang sungguh lembut dan menunjukkan penghormatannya terhadap Bujei tidak seperti orang lain seringkali mempermain-main dan mempergunakannya untuk kepentingan masing-masing. Tubuh Bujei mengeletar tidak tahu macam mana hendak memulakan perbualan dengan Ila. Kelihatan di atas pangkin kertas tebal yang siap digunting, bunga telur dan di tangan Adila terus menyempurnakan kerja-kerjanya.
Adila cuba bertanyakan nama sebenar Bujei kerana dia tidak mahu menggunakan nama itu dalam perbualannya. Mohamad Hafiz itulah nama Bujei sungguh cantik kerana seorang yang menghafaz al-quran dipanggil al-Hafiz (Adila memuji). Tidak disangka-sangka seorang berpelajaran tinggi amat menghormatinya dan perasaannya umpama diranduk. Kemudian Adila menyatakan hasratnya berjumpa Hafiz adalah untuk berkenalan, mengetahui latarbelakangnya dan mengubah dirinya menjadi insan normal semula.
Bujei terus-menerus mendakwa dirinya tidak sempurna seperti orang lain kerana kebodohannya dan tidak berpelajaran. Dia sedar tarafnya tidak sama dengan Adila umpama langit dengan bumi tetapi Adila tetap memberi harapan dan ingin berbual-bual setiap hari dengannya. Bujei bimbang permintaan Adila itu akan dimarahi oleh Tuk Sidang tetapi perkara itu sudah dalam pengetahuan Sidang Saman.
Sebenarnya Adila sedang melakukan satu kajian tentang manusia abnormal sebab itu dia banyak mencatatkan ke dalam borang kajian semasa berbual-bual dengan Bujei. Apabila mengetahui Adila sedang menulis repot dan mengisi borang Bujei terus melarikan diri kerana takut Adila akan menyerahkannya kepada pihak polis. Dia begitu takut kerana Alias pernah mengugutnya untuk menulis repot, hendak isi borang, hendak bawanya kepada polis dan membawa ke tempat orang gila. Selepas dijelaskan oleh Samsul bahawa Adila tidak berniat negatif seperti maka Bujei kembali semula kepada Adila dan diberi keyakinan semula untuk meneruskan perbualan pada petang itu. Adila cuba mengali cerita tentang ibu dan nenek Bujei. Lalu Bujei menceritakan nasib yang telah berlaku kepada ibunya sehingga dia tidak dapat menahan sebak didada dan dia berkali-kali menafikan tuduhan bapa tirinya dan orang kampung telah menyebabkan kematian tragis ibunya itu.
Setelah waktu hampir asar mereka berpisah dan esok pula Bujei berjanji pada Adila untuk datang lagi kerana dia merasa seronok berbual dengan anak saudara Tuk Sidang Saman itu.

BAB 8 BERHARAP DALAM CURIGA

Kelakuan Bujei dan Adila itu rupa-rupanya telah menjadi buah mulut orang kampung setiap kali melalui lorong di hadapan rumah Tuk Sidang Saman itu. Pada kebiasaanya ada orang kampung yang melihatnya secara positif dan ada pula yang memandangnya dari sudut negatif sehingga menimbulkan fitnah. Alias turut menyimpan dendam dengan tindakan Bujei bertemu dan berbual-bual dengan Adila setiap hari. Sahak pernah memberi tahu perkara itu kepadanya tetapi dinafikan sehinggalah dia melihat sendiri apa yang berlaku di hadapan rumah Sidang Saman pada setiap hari. Sebenarnya Sahak juga menaruh perasaan terhadap Adila walaupun dia tahu tidak dapat menyaingi Alias yang begitu beriya-iaya untuk memikat gadis kota itu.
Alias merancang untuk bertindak apa sahaja terhadap Bujei yang sangat dibencikannya itu.dia hairan tindakan Adila melayan dan mendekati budak kotor dan bodoh itu sedangkan dia lebih layak didampingi gadis itu. Sahak menegaskan Adila telah mengajar sesuatu kepada Bujei tetapi diperlekeh dan disenda-sendakan oleh Alias “belajar kepala ayah dia”. Dia berjanji akan membuat sesuatu kepada Bujei esok dan meminta Sahak mempercayaainya.
Sahak datang memberi tahu Alias yang Bujei sudah berada bersama-sama Adila seperti biasa. Lalu dia terus ke sana dengan motosikalnya untuk menemui Adila dan menghalau Bujei dari rumah Tuk Sidang. Setelah menyedari kedatangan Alias akhirnya Bujei melarikan diri meninggalkan Adila bersama-sama pemuda yang selalu membulinya itu. Alias cuba meracuni fikiran gadis itu dengan memfitnah Bujei menghidap penyakit kulit yang kronik lebih dasyat daripada maniac. Adila seolah-oleh terjerat dengan cerita yang sengaja diada-adakan Lias itu dan serba salah apabila diajak untuk berkenalan dengannya bukan Bujei.
Alias telah berbual-bual dengan Adila kerana dia yakin sudah dapat menguasai hati dan perasaan gadis itu. Same’ah menjeling ke arah sepupunya dari tingkat supaya tidak melayan buaya darat kampungnya itu. Setelah Alias pergi mereka berdua saling ketawa kerana geli hati mengenangkan tingkah laku pemuda itu yang terlalu yakin Adila sudah terpikat kepadanya.

***************************************************
Di sebalik cerita itu Bujei menaruh syaknya kepada tindakan Alias menghalaunya tadi kerana bimbang Adila termakan hasutan Alias yang akan memfitnahnya dengan pelbagai perkara yang diada-adakan. Peristiwa itu telah menjadikan Bujei tidak bermaya, tidak bersemangat dan tidak tahu hendak pergi ke mana lagi. Akhirnya dia pergi ke tebing sungai tempat biasanya dan terus berbaring di sebelah jorannya sambil memerhatikan rimbunan pokok, awan yang putih, langit biru dan kedengaran kicauan burung-burung Merbah sambil mengenangkan hari-hari dia bersama-sama Adila cukup membahagiakan sehingga terlena di situ.
Seketika kemudian dia telah dikejutkan oleh seseorang yang tidak dikenali kerana masih samar-samar lalu tangannya ditarik supaya bangun. Lelaki itu rupa-rupanya bapa tirinya yang datang untuk mendapatkan cap jari bagi menukarkan hakmilik harta pusaka orang tuanya itu. Namun, Bujei meminta borang itu untuk dibaca atau Harun membaca kepadanya terlebih dahulu kerana mengingati pesan Adila supaya berhati-hati sebelum melakukan sesuatu. Permintaan itu telah menimbulkan kemarahan Harun dan memaksa anak tirinya itu menuruti sahaja kehendaknya itu. Dengan pujukan manis akhirnya Bujei seolah-oleh melupakan segala kejahatan Harun terhadapnya dengan menurunkan cap jarinya. Tetapi Bujei telah merosakkan borang tersebut sehingga dimarahi Harun. Bujei ditampar, ditumbuk dan diterajang sekuat hati oleh Harun sehingga mengerang kesakitan. Harun telah meludahi tubuh Bujei sebagai lambang kebenciannya terhadap anak tirinya itu yang telah mengagalkan perancangannya dan hampir cedera terjatuh kerana mengejar Bujei tadi. Bujei tidak sedarkan diri setelah ditinggalkan oleh Harun, begitulah nasibnya angkara sikap panas baran bapa tirinya itu. Walau bagaimanapun Bujei sudah tidak boleh lagi ditipu seperti dulu kerana dia sudah ingat segala pesanan Adila.
BAB 9: USAH KAURAYU

Adila sedang menunggu kehadiran Bujei yang tidak datang-datang lagi seperti biasa sehingga menimbulkan pelbagai tanda persoalan di hatinya, Same;ah dan Mak Lamah. Adila menuduh kemungkinan besar Alias telah menghalang Bujei datang menemuinya dan dia sangat berdendam dengan pemuda itu. Perkara itu disahkan oleh Same’ah bahawa Bujei telah dilarang datang ke rumahnya oleh Alias kerana dia cukup mengenali pemuda itu dan sikapnya terhadap Bujei.
Mereka berdua kemudiannya telah menukar topik perbincangan kepada persiapan untuk majlis perkahwinan Same’ah yang tidak berapa lama lagi. Tuk Sidang Saman telah mengundang kira-kira 500 orang tetamnu ke majlis perkahwinan anak daranya itu. Adila berpendapat segala persiapan perlu diselesaikan sebelum majlis tiba supaya tidak berlaku kekalutan dan kecatatan pada hari penting itu. Sikap Adila itu mendapat pujian daripada Mak Lamah kerana kesungguhan dan keikhlasannya membantu keluarga Tuk Sidang membuat persiapan kenduri kahwin Same’ah.
Mak Lamah berasa hairan kerana Bujei tidak datang pada petang itu seperti biasa.Dia juga telah menasihati Adila supaya berhati-hati dengan pandangan orang kampung terhadapnya kerana mendekati Bujei. Ibu saudaranya itu bimbang akan timbul fitnah terhadap Adila yang boleh menyebabkan sekali lagi dia kecewa setelah baru sahaja putus cinta dengan Faizal yang sudah berkahwin. Kemudian tiba-tiba Faizal telah muncul di hadapan rumah Tuk Sidang Saman untuk menemui Adila dengan menaiki sebuah kereta dan berkaca mata hitam. Adila lari masuk ke dalam bilik kerana tidak mahu menemui Faizal yang telah mungkir janji terhadapnya.
Setelah dipujuk oleh Mak Lamah dan Same’ah Adila keluar berjumpa Faizal yang sedang berbual-bual dengan Sidang Saman. Faizal memujuk Adila kembali kepangkuannya semula dan berkahwin dengannya. Dia menjelaskan bahawa telah bercerai dengan isterinya dan dia sudah bebas sekarang serta meminta Adila memberi peluang kedua kepadanya. Namun Adila dengan tegas menolak permintaan itu kerana kecewa dengan sikap Faizal yang tidak tegas dan tidak berprinsip seperti yang dikenalinya dahulu. Adila tidak menghalang sekirannya Faizal mahu datang lagi tetapi dia meminta jangan menyesal sekiranya pada masa itu dia telah bersuami.

******************************************

Bujei baru tersedar daripada pengsang dalam kegelapan malam di tebing sungai itu dimana seluruh tubuhnya terasa begitu sakit sekali sehingga tumbang apabila cuba berdiri setelah dipukul dengan teruk oleh Harun. Dalam kegelapan itu Bujei meraba-raba berjalan pulang ke rumahnya dengan menahan kesakitan yang belum pernah dialaminya sebelum ini. Setiba di muka pintu dia terus terbaring dan terlena tanpa menghiraukan serangan nyamuk sehingga dia dipaksa masuk ke kelambu kerana nyamuk terlalu banyak. Di dalam kelambu Bujei mengerang kesakitan seorang diri dan tidak dapat melelapkan mata.Dia teringat kepada dua kejadian malang yang menimpanya angkara orang-orang yang membencinya yang mengurung Bujei dengan peribadi lemah, bodoh dan selekeh.
Tetapi hatinya mulai terhibur apabila mengenangkan kebaikan Adila yang banyak memberi semangat untuknya menjadi insan yang berpendirian dan melawan segala perbuatan yang tidak layak ke atasnya kerana semua orang adalah sama sahaja. Setelah lima kali bertemu Adila banyak yang Bujei dapat seperti mengenali dirinya, membaca, menulis, mengira, mengikuti perkembangan dunia sains dan hal-hal berkaitan kemanusiaan. Apabila mengenangkan nasibnya yang malang itu tiba-tiba dia teringat kepada peristiwa kematian bapanya dan ibunya menyebabkan air matanya berlinangan membasahi pipi. Kesakitan terus dirasainya dalam kesejukan pagi dia menarik selimut, tubuhnya mulai mengiggil dan perutnya lapar tidak mampu ke dapur. Bujei mengharapkan menjelang petang nanti dia bertambah sihat untuk pergi menemui Adila malangnya seharian dia berada di dalam kelambu itu, sesekali dia memikirkan akan kematiannya kerana ayah, ibu dan neneknya sudah lama meninggalkannya. Sambil mengerang dia menyebut nama Allah untuk mendapat pertolongan daripada Yang Maha Esa.







BAB 10: BIMBANG

Adila gelisah kerana bimbang Bujei telah dikhianati oleh Alias tetapi Same’ah yakin Bujei selamat. Same’ ah telah menerangkan bahawa Bujei tidak menghidap penyakit kulit seperti yang diceritakan oleh Alias kepada Adila. Bujei pernah sekali sahaja mengalami penyakit kulit kerana terkena getah pokok Rengas. Menurut Same’ah getah Rengas amat bahaya boleh menyebabkan gatal, miang dan berkudis apabila terkena sesiapa sahaja serta boleh berjangkit tetapi setelah sembuh tiada kesan parut yang ditinggalkan pada kulit. Dengan itu, ternyatalah cerita Alias itu tidak benar malah dia juga menyatakan Bujei mengalami penyakit maniac iaitu suka melakukan perbuatan jahat berulang kali.
Same’ah menjelaskan Bujei tidak pernah membunuh orang atau melakukan perbuatan jahat seperti yang dimaksudkan Alias itu. Same’ah menasihati sepupunya supaya tidak mudah mempercayai cerita-cerita yang tidak betul tentang Bujei. Pada masa itu Same’ah telah mengenangkan kembali cerita semasa dia di tingkatan lima yang ada kaitan dengan Bujei, Alias dan orang kampung. Bujei pernah menyimpan perasaan terhadapnya menyebabkan dia sering dikacau oleh Alias dan rakan-rakannya. Pada suatu hari sebaik sahaja turun dari bas Alias dan rakannya terus mengejek Bujei sehingga menimbulkan kemarahan dan bertindak balas membaling apa sahaja kearah Alias menyebabkan mereka lari sambil mengejek dan terus mempermainkan Bujei. Akhir sekali Bujei mencapai suatu benda bulat dan berlorek yang berwarna hijau sebesar buah mangga. Bujei memegang bom tangan jerit Alias menyebabkan mereka lari lintang pukang kerana takut dibaling bom itu kearah mereka. Selepas itu Same’ah pulang tanpa mengetahui berita gempar itu telah heboh diperkatakan oleh penduduk kampungnya.
Pada keesokan harinya barulah Same’ah mengatahui cerita bahawa Alias telah mengemparkan orang kampung apabila menceritakan Bujei memegang sebiji bom tinggalan tentera British semasa zaman komunis dahulu. Seluruh orang kampung menjadi cemas bimbang bom itu akan meletup menyebabkan semua orang akan melarikan diri apabila bertembung dengan Bujei. Semasa Bujei singgah di kedai Pak Sulong ramai orang yang sedang minum lari bertempiaran meninggalkan kedai tinggal Pak Sulong sahaja yang tidak sempat lari dan segala permintaan Bujei dipenuhinya. Sementara di luar kedai ramai orang berkumpul dimana ada yang bersembunyi di sebalik pokok dan semak samun kerana takut bom meletup. Setelah dipujuk oleh Pak Sulong Bujei menyerahkan benda itu kepadanya. Sebenarnya bukan bom tetapi sebiji putik nenas menyebabkan Pak Sulong terkejut dan membaling putik itu keluar menyebabkan orang ramai lari sehingga ada yang tercedera. Orang kampung telah berjaya diperbodoh-bodohkan oleh Bujei gara-gara maklumat salah yang disampaikan oleh Alias. Walau bagaimanapun orang kampung tidak berani berkata apa-apa kepada Alias kerana dia anak orang berada di kampungnya. Adila dan Same’ah ketawa kerana ada orang yang lebih bodoh daripada Bujei. Cerita tersebut membolehkan Adila mengenali dengan lebih dekat lagi peribadi Alias yang cuba mempangaruhinya supaya benci kepada Bujei dan memujuk supaya memilihnya sebagai teman.










BAB 11: KASIHAN BUJEI

Alias telah memberitahu rakan-rakannya bahawa Adila telah menjadi sebahagian daripada hidupnya apabila gadis itu sudi berbual-bual dengannya dan tidak memarahinya apabila menghalau Bujei pergi pada petang itu. Sahak pula terkilan kerana dia juga cintakan Adila menyebabkan dia kurang bersetuju dengan tindakan Alias untuk terus mendekati Adila ditambah pula dengan cadangan Sani supaya Alias masuk meminang anak saudara Tuk Sidang Saman itu. Dalam pengetahuan Sani, Adila seorang graduan luar negeri tetapi disangkal oleh Alias kerana menuduh semua itu lakonan Adila semata-mata seperti dia boleh mengaku menjadi seorang kapten Angkatan Tentera Malaysia dengan membeli baju askar di kedai dan memakainya. Alias berhajat untuk mengajak Adila keluar bersama-samanya ke pekan dengan menaiki motosikalnya supaya orang kampung menyedari kehebatannya memikat Adila.
Untuk mendekati Adila mereka perlu berhati-hati dan menggunakan strategi yang betul supaya tidak disalah sangka olehnya. Oleh itu, Sani mencadangkan Alias pergi ke rumah Tuk Sidang Saman untuk menawarkan diri membantu melakukan kerja-kerja persiapan kenduri kahwin Same’ah yang tidak lama lagi akan dilangsungkan. Alias rasa cemburu kerana ramai orang akan datang membantu Sidang Saman. Tiba-tiba Samsul muncul di baruh lalu Alias berjumpa dengan adik Same’ah itu supaya menyampaikan pesanannya kepada Adila untuk keluar dengannya ke Pekan esok. Pada petang itu Samsul sedang mencari Bujei apabila disuruh oleh Adila kerana mereka bimbang Bujei dipukul oleh seseorang. Malangnya Samsul tidak berjumpa dengan Bujei.
******************************************
Samsul keletihan setelah kembali ke rumah dia memberitahu tidak berjumpa dengan Bujei walaupun telah beberapa kali memanggil Bujei di rumahnya, dia tidak kedengaran suara menyahut dan dia tidak berani untuk naik ke rumah itu kerana suasananya sangat menyeramkan. Saniah dan Mak Lamah menyalahkan Samsul kerana tidak mencari di atas rumahnya kerana mengesyaki Bujei telah dipukul oleh Alias. Mak Lamah melarang anak-anaknya menuduh tanpa bukti kerana buruk padahnya. Samsul kemudiannya menyampaikan pesanan Alias kepada Adila. Adila bersetuju dengan permintaan Alias itu kerana ada kerja-kerja untuk diselesaikan di Pekan keesokkan harinya.
Tuk Sidang Saman bertanyakan Samsul tentang Bujei tetapi jawapannya samalah juga. Akhirnya Sidang Saman sendiri akan pergi mencari Bujei di rumahnya selepas solat maghrib. Setelah menghilangkan diri seketika kemudian Sidang Saman membawa pulang Bujei ke rumahnya dalam keadaan yang parah kesan pukulan Harun dua hari yang lalu. Bujei tinggal di bangsal setelah mandi dan membersihkan dirinya, Samsul telah membawa juadah untuk dimakannya yang teruk kelaparan. Pada malam itu Bujei sangat sedih kerana orang kampung mengatakan dia seorang budak bodoh dan sering diperbodoh-bodohkan sehingga dia menerima gelaran itu dan sebenarnya dia tidak bodoh setelah Adila memberi semangat kepadanya. Samsul menyesal kerana dia juga bersikap demikian dan tidak pernah menghormati Bujei yang 10 tahun lebih tua daripadanya. Bujei tidur setelah menolak hasrat keluarganya yang ingin membawa dia ke klinik di pekan esoknya.

*********************************************
Pada pagi keesokan harinya Samsul cuba mendapatkan Bujei di bangsal itu tetapi Bujei hilang dan tidak diketahui ke mana perginya. Sebenarnya Bujei balik ke rumahnya untuk membersihkan diri, menukarkan pakaian dan mengambil duit sedikit wang yang disimpannya di dalam kendi tembaga hasil pemberian Wak Senen. Mereka berlima telah pergi ke pekan dengan kereta yang dipandu Adila dan hasrat Alias untuk keluar dengan Adila tidak berjaya bahkan menimbulkan kemarahan serta kebenciannya apabila melihat Bujei turut bersama di dalam kereta itu.

Setelah sampai di pekan mereka berpecah dua iaitu Same’ah, Saniah dan Adila ke kedai manakala Samsul membawa Bujei ke kedai gunting rambut dan pasaraya.Semasa di pasaraya itu Bujei telah menunjukkan kekampungannya kerana tidak pernah sekalipun dia membeli-belah di kedai sebesar itu dengan bilangan pengunjung yang begitu ramai. Suasana cemas berlaku apabila Bujei dan Samsul terpisah kerana masing-masing asyik melihat barang-barang yang tersusun di pasaraya itu. Ketakutan Bujei hilang apabila berjumpa semula dengan Samsul. Selepas itu Bujei mengekori Samsul ke mana sahaja dia bergerak. Di situlah Bujei telah membeli baju, seluar, jam tangan dan radio yang baru untuk dipakainya kerana tidak pernah membeli pakaian sejak kematian orang tuanya. Sebenarnya banyak lagi yang ingin dibeli oleh Bujei tetapi duitnya yang dah tidak cukup lagi. Semasa menunggu di tempat letak kereta Bujei dilanda ketakutan apabila dihampiri oleh pekerja Majlis Daerah tetapi akhirnya dia tahu pekerja itu datang hanya untuk melaksanakan tugasnya sahaja.

Menjelang petang mereka sampai ke rumah Tuk Sidang. Bujei pulang ke rumahnya mengikut jalan lain kerana bimbang akan bertembung dengan Alias. Di rumah, Bujei menghidupkan radio maka bergemalah lagu-lagu daripada siaran yang dikehendakinya. Dengan bersemangat Bujei membersihkan rumahnya dimana segala barang-barang lama dibuang dan dibakar kerana dia bimbang kalau-kalau Adila datang ke rumahnya nanti. Waktu hampir manghrib kedengaran bacaan al-quran daripada radio mengingatkannya pesanan adila supaya dia sentiasa membaca ayat-ayat suci al-quran dan dia terus mandi setelah azan maghrib berkumandang namun dia tidak tahu untuk bersolat. Dia tidak khuatir untuk menyediakan makan malam kerana dia telah membeli barang keperluan di pasaraya seperti gula, kopi, susu dan beberapa bungkus mi segera.

Pagi esoknya Bujei telah diganggu oleh Alias sewaktu dia sedang membersihkan dan mengemaskan dapurnya sambil mendengar radio yang dipasang. Alias telah meghempaskan radio itu ke lantai walaupun dirayu agar tidak berbuat demikian. Bujei mendapat kekuatan dalaman untuk mempertahankan haknya agar tidak dipermain-mainkan dan diperbodohkan lagi oleh Alias. Bujei telah menumbuk sekuat hati di perut sehingga menumbangkan Alias lalu terus dia mencapai parang panjang berkarat untuk menetak magsanya itu tetapi dia masih waras untuk tidak membunuh Lias. Bujei minta Alias menggantikan radio itu dengan wang sebanyak RM 80. Alias bersetuju dengan permintaan Bujei itu iaitu dengan menjadikan motosikalnya sebagai cagaran. Sekiranya gagal menunaikan janjinya, Bujei akan membakar motosikal itu. Selang beberapa lama kemudian Alias bersama Tuk Sidang Saman muncul manakala Bujei sudah bersedia untuk bertindak tetapi semangatnya hampir pudar apabila Sidang Saman menuduhnya memaksa Alias memberikan wang kepadannya. Sebenarnya Tuk Sidang telah ditipu oleh Alias tetapi akhirnya penipuan itu terbongkar apabila dijelaskan dan dibuktikan oleh Bujei dengan menunjukkan radionya dirosak Alias.

Alias tidak dapat mengelak terus mencampakkan RM 50, namun Bujei tetap meminta RM 30 lagi dimana motosikal itu sekali lagi dijadiakn cagaran untuk memaksa kedegilan Alias. Tidak lama selepas itu Alias bersama Opah Arah datang memaki hamun Bujei dan Tuk Sidang tetapi berjaya ditenangkan dan diselesaikan oleh Sidang Saman. Akhirnya Bujei mendapat haknya semula merupakan kali pertama Alias terpaksa akur kepadanya yang sebelum ini dianggap bodoh. Tuk Sidang Saman kemudiannya memohon untuk meminta diri pulang ke rumahnya tanpa bercakap panjang dengan Bujei.



BAB 12: KEBENARAN TERBUKTI

Orang kampung mulai memperkatakan tentang tindakan Bujei terhadap Alias. Sebahagian besar mereka yakin bahawa Bujei berada di pihak yang benar manakala sebahagian lain pula menyebelahi Alias begitu juga dengan ahli keluarga Alias sendiri berbelah dua. Adila semestinya akan menyebelahi Bujei walaupun kejadian tersebut enggan diceritakan semula oleh Bujei kepadanya. Dia asyik membantu keluarga Tuk Sidang Saman menyiapkan kerja-kerja untuk kenduri Same’ah.
Dengan peristiwa itu telah berjaya menolak dakwaan orang kampung bahawa Bujei seorang yang berpenyakit, bodoh dan mudah dipermain-mainkan oleh sesiapa sahaja. Adila membuktikan bahawa penyakitnya bukan disebabkan oleh faktor dalaman tetapi lebih kepada pengaruh luaran iaitu persepsi orang kampung yang memenjarakan Bujei dalam alam yang tidak pernah diingininya. Bujei seorang pemuda biasa yang tidak pernah diberikan peluang untuk hidup dalam keadaan normal. Dia mampu membaca dan berdialog tentang bahan bacaanya walaupun pendapatnya masih lagi dangkal tetapi Adila kagum dengan daya bahas Bujei yang timbul daripada satu-satu perbincangan dengannya.
Dari segi fizikal Bujei mulai berubah seperti rambutnya sudah kemas bersikat, pakaiannya kemas dan perlakuannya sudah teratur hasil usaha Adila menampakkan kejayaan turut disedari oleh keluarga Tuk Sidang Saman. Dalam usaha membantu perubahan peribadi Bujei itu, Mak Lamah menasihati Adila supaya menjaga diri agar tidak timbul perkara-perkara yang boleh menimbulkan fitnah kerana Bujei itu seorang lelaki walaupun dia kurang akalnya. Nasihat itu memang ada kebenarannya “bak kata pepatah sekilas ikan di sudah kutahu jantan betinanya” kerana Adila mulai menaruh perasaan kepada Bujei dan sebaliknya. Adila menerima teguran dan nasihat Mak Long dengan berlapang dada kerana dia tahu isi hati orang tuanya itu.
Pada saat-saat akhir berlangsungnya majlis perkahwinan Same’ah, Adila dikejutkan dengan kedatangan Pak Iman dan isterinya untuk merisik dan melamarnya untuk dijadikan tunang kepada Alias yang sejak awal-awal lagi gilakannya. Pak Iman terpaksa berbuat demikian kerana tidak ingin menghampakan permintaan kakaknya Long Arah atau dikenali Opah Arah oleh orang-orang muda di kampungnya. Sebenarnya Sidang Saman cukup mengenali sikap Opah Arah dan itulah satu-satunya darah daging Pak Imam yang masih hidup.
Pak Imam menyerahkan kepada Sidang Saman untuk membuat keputusan sama ada menerima atau sebaliknya akan hasrat Alias untuk menjadikan Adila sebagai tunangnya (isteri). Sidang Saman meminta pihaknya diberikan tempoh seminggu untuk berbincang khususnya dengan Adila dan ibu bapanya kerana dia hanya menjaga sahaja. Setelah diberitahu Mak Longnya Adila terus menolak hasrat Alias itu, jawapan itu menggembirakan keluarga Sidang Saman dan berjanji akan memberi tahu cerita itu kepada ibu bapa Adila agar mereka tidak terkejut pada hari kenduri nanti.
Berita Alias bakal bertunang dengan sepupu Same’ah telah menjadi buah mulut penduduk kampung sehingga menyebabkan perasaan Bujei terganggu kerana memikirkan Adila akan meninggalkannya setelah berkahwin nanti. Dia bersendirian mengelamun membayangkan wajah Adila penuh dengan keunggulan yang telah banyak membantunya akan terlepas ke tangan Alias. Keesokan harinya Bujei tidak pergi ke rumah Sidang Saman dan anak buah Tuk Sidang terus melakukan kerja-kerja persiapan kenduri tanpa memikirkan hal Bujei.
Alias pula yakin peminangannya akan diterima dan tidak lama lagi Adila akan menjadi isterinya ekoran dipuji oleh rakan-rakannya yang memang kaki ampu. Sani umpamanya menyokong Alias yang menyatakan dia dan bakal tunangnya memang serasi terutama dari segi nama (A.L.I.A.S / A.D.I.L.A), manakala Sahak pula menyatakan Alias amat bertuah kerana dapat berkahwin dengan anak buah Sidang Saman itu. Namun hakikatnya Sani dan Sahak seolah-olah sependapat dengan orang kampung bahawa Adila tidak akan menerima pinangan Alias itu. Mereka hanya berpura-pura untuk menyenangkan hati Alias sahaja. Hal ini kerana Alias sangat yakin Adila mencintainya.

BAB 13: SIAPA SANGKA .....MERDU SUARANYA

Bujei sedar mungkin Adila sudah melupakannya kerana tidak lama lagi akan berkahwin dengan Alias. Dia berada di halaman rumahnya memerhatikan tanah yang baru dicangkulnya untuk ditanam dengan sayur-sayuran seperti yang dicadangkan oleh Adila. Khayalan Bujei hanya kepada Adila kerana mengingati kemesraan gadis itu kepadanya tidak seperti orang kampungnya yang selalu menganggapnya manusia tidak normal tetapi fikirannya sedikit terganggu dengan cerita peminangan Alias tempoh hari. Dia sangat sakit hati kepada Alias kerana pemuda itu tidak layak menjadi suami kepada Adila kerana moralnya sangat rendah. Walau bagaimanapun Bujei cuba meredakan kekesalannya setelah mengingati pesanan Adila supaya tidak mencampuri urusan orang lain kerana setiap orang berhak menentukan masa depan masing-masing. Bujei tidak dapat berselindung lagi kerana hatinya mencintai dan menyanyagi Adila kerana banyak berjasa kepadanya tetapi dia sedar gadis itu tidak sepadan untuknya kerana pelajarannya tinggi “hidung tak mancung pipi tersorong-sorong”.

Sedar daripada khayalan itu Bujei bertekad untuk meneruskan kehidupannya tanpa Adila dan meneruskan kerja mencangkul tanah untuk ditanam dengan sayur-sayuran di halaman rumahnya itu. Seketika kemudian muncul Samsul datang untuk mengajak Bujei bergotong-royong membuat astaka pelamin untuk persandingan Same’ah. Bujei berjaya menyiapkan astaka itu menjelang hari petang kerana dia pernah melihat orang membuat astaka di tempat lain sebelum ini telah memudahkan kerjanya. Adila seperti biasa kelihatan bersahaja, tiada rungsing atau gembira. Pada keesokan harinya Bujei datang lagi untuk membantu keluarga Sidang Saman kerana didorong perasaannya terhadap Adila yang masih menunjukkan kemesraan kepadanya seperti biasa.

********************************************

Keluarga Adila telah tiba dua hari lebih awal daripada majlis perkahwinan same’ah dijalankan dan pada masa itu. Bujei telah berkenalan sambil berbual-bual dengan bapa Adila yang tidak sombong serta menunjukkan sikap terbuka dan mesra.
Malam pengantin telah diadakan persembahan pancaragam dengan menjemput sebuah kumpulan kugiran dari pekan untuk meraikan majlis perkahwinan tersebut. Maka ramailah anak-anak muda akan berkumpul untuk menyerikan majlis tersebut, malah sesiapa yang berbakat dijemput membuat persembahan dengan diiringi muzik kugiran tadi. Pada malam itu Bujei telah dijemput untuk manyayikan sebuah lagu iaitu “bahtera merdeka” sehingga melahirkan kekaguman orang ramai dimana suaranya sungguh merdu sekali walaupun pada awalnya mereka menyangka dia tidak pandai manyanyi.
Sebaik sahaja selesai membuat persembahan Bujei telah menghilangkan diri menyebabkan Adila tidak sempat bertemu dengannya walaupun dia telah ke baruh mencari Bujei. Di atas rumah Ucu Normah, Kak Som dan Pah Gayah memuji sikap baik adila terhadap Bujei sehingga berjaya mengubah kehidupan pemuda itu menjadi seorang insan yang sempurna. Walau bagaimanapun Adila tetap merendah diri kerana dia sedar Bujei bukan seperti yang dianggap oleh kebanyak orang kampung kerana dalamannya tidak sasau. Kak Som telah melahirkan kekesalannya kerana sebelum ini telah banyak berdosa mengejek dan menghina Bujei,dia ingin memohon maaf daripada pemuda itu. Sikap Kak Som itu dipuji oleh Adila kerana akan membantu Bujei kembali menjadi manusia biasa.

BAB 14: TANAH PUSAKA

Adila seolah-oleh menjadi rebutan antara Bujei dengan Alias. Mereka berdua saling berharap agar dapat memiliki hati gadis cantik dari kota itu. Alias terus menunggu keputusan peminangannya serta yakin akan diterima dengan senang hati. Manakala Bujei pula sedang berehat di muka pintu setelah begitu penat membantu kerja-kerja kenduri kahwin Same’ah semalam, dia hanya mampu merenung sekelilingnya tanpa tujuan. Samsul muncul membawa makanan untuk Bujei dan mereka berbual-bual tentang majlis perkahwinan kakaknya yang telah berlangsung dengan sempurna. Samsul kagum dengan kebolehan suara Bujei menyanyi malam tadi kerana dia tidak pernah tahu akan hal tersebut, namun Bujei merendah diri sahaja. Samsul menjemput Bujei datang ke rumahnya untuk berjumpa dengan Pak Lang Dahlan ayah Adila.
Setelah berkemas Bujei terus pergi ke rumah Sidang Saman untuk menemui Pak Lang Dahlan. Apabila sampai semua orang yang ada di rumah itu memuji kehebatan nyanyian Bujei malam tadi. Dia begitu teruja kerana orang bandar seperti Pak Lang Dahlan sudi berbual-bual dengannya yang mungkin tidak setaraf dengannya. Namun, fikiran Bujei tidak pernah terlepas daripada mengingati Adila yang tidak keluar walaupun dia sudah lama berada di pangkin bawah pokok belimbing bersama Pak Lang Dahlan. Tiba-tiba hati Bujei teruji dan pilu apabila melihat Adila bersama-sama Faizal. Bujei curiga dengan peristiwa itu walaupun Pak Lang Dahlan menyatakan Faizal merupakan kawan Adila sahaja. Sebelum pulang Bujei diberitahu bahawa bapa Adila itu akan pulang ke Kuala Lumpur malam nanti sambil menjemputnya berkunjung ke sana bersama Samsul. Bujei gembira kerana Alias akan gagal memiliki Adila dan tiba-tiba sahaja merasakan dirinya tidak lagi dipedulikan oleh Adila. Dia mengecam sikapnya yang begitu mengharapkan sesuatu yang mustahil daripada gadis berpelajaran itu sedangkan dia tidak setaraf dengan Adila.
Khayalan Bujei tentang Adila pada malam itu telah dikejutkan dengan kedatangan Wak Senen yang belum pernah berkelakuan semacam itu. Tujuan kedatangan Wak Senen adalah untuk menjelaskan kedudukan tanah pusaka yang ditinggalkan oleh arwah ibunya yang telah dijual oleh Harun kepadanya dengan harga RM 4000. Wak Senen ingin menyerahkan semula tanah itu kepada Bujei kerana dia yakin tindakan Harun dahulu itu tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan pemiliknya iaitu Bujei. Penyerahan itu akan dilakukan apabila Bujei sudah bersedia nanti kerana telah mendapat persetujuan Tuk Sidang Saman demi kelansungan kehidupan masa depan Bujei apabila berumahtangga nanti kerana tanah neneknya sekarang tidak akan menjadi haknya. Wak Senen juga menasihatinya supaya berhati-hati dengan Harun yang akan menipu Bujei untuk mendapatkan hakmilik tanah itu seperti yang pernah dilakukannya dahulu.
Keesokan harinya Bujei terus ke rumah Tuk Sidang untuk membantu Samsul mengemas kawasan rumahnya dan dia amat gembira apabila gadis kesayanganya tidak pulang bersama pak Lang Dahlan malam tadi. Adila memuji kehebatan Bujei menyanyi. Semasa melakukan kerja merobohkan bangsal memasak dan menyusun kayu-kayu, Samsul memberitahu bahawa Faizal merupakan bekas tunang Adila menyebabkan fikiran Bujei menjadi bingung kerana dalam mindanya Alias juga tunang Adila. Agaknya Adila hendak kahwin dengan kedua-dua jejaka itu. Hatinya mulai berkecamuk memikirkan perkara itu sehingga mahu ditinggalkan sahaja Samsul keseorangan menyelesaikan kerja-kerja itu. Tetapi dia tahu Adila tidak menaruh apa-apa perasaan kepadanya, Adila mungkin menuduhnya tidak sedar diri kerana ingin memilikinya.



Mak Lamah menyediakan Laksa Asam untuk mereka setelah berhenti rehat seketika kerana masih banyak kerja-kerja membersihkan kawasan perlu dilakukannya. Ketika sedang menjamu selera bersama-sama Samsul di bawah pokok belimbing tiba-tiba Adila datang menghampiri Bujei sambil menegur dan meminta Bujei menambah lagi laksa itu. Adila bagaimanapun menolak pelawaan Bujei makan bersama mereka kerana telah makan di atas rumah tadi. Mereka ketawa kegembiraan.

BAB 15: SERBA SALAH

Adila merasakan dirinya kekosongan kerana kehilangan teman iaitu Same’ah yang telah mengikut suaminya tinggal di bandar. Dia juga berasa sangat tidak selesa untuk bermesra dengan keluarga Pak Longnya seperti biasa kerana biasanya dia banyak berbual-bual dengan Same’ah sebelum ini walaupun ada sepupunya yang lain seperti Saniah dan Samsul. Hal ini kerana mereka masih bersekolah tidak seperti Same’ah. Oleh itu, terbayang di fikiran Adila untuk balik ke bandar meninggalkan kampung itu dengan secepat mungkin. Kesepiannya itu sebenarnya turut disedari oleh keluarga Pak Longnya tetapi mereka tidak mampu menggantikkan Same’ah lagipun dia bukan anak dara lagi kerana sudah menjadi tanggungjawabnya mengikut suami.
Pada masa yang sama Adila turut memikirkan tentang Bujei yang berjaya dipulihkan daripada seorang lelaki sasau, bodoh dan tidak berpendirian kepada seorang insan yang normal seperti orang lain. Dia bimbang jika dibiarkan tanpa perhatiannya nanti besar kemungkinan Bujei akan kembali semula menjadi manusia abnomal. Walau bagaimanapun dia sedar bahawa Bujei bukanlah menjadi tanggungjawabnya kerana semua peristiwa yang berlaku sebelum itu hanya satu kebetulan sahaja. Bujei solah-olah telah memenjarakan hidupnya kerana mendorongnya sukar untuk melepaskan dia menjalani hidupnya tanpa panduan serta sokonganya.
Mak Lamah cuba menyelesaikan kebuntuan yang dihadapi anak saudaranya itu supaya tidak terlalu memikirkan sangat tentang Bujei kerana jasanya sudah cukup besar memulihkan pemuda itu menjadi seorang yang normal sehingga hari itu. Adila diyakinkan bahawa Bujei sudah mampu berdikari dan melayari bahtera hidupnya sendiri tanpa bantuannya lagi. Mak Lamah menasihatinya supaya memikirkan masa depan dirinya pula kerana ibu bapa Adila amat berharap kepulanganya kerana sudah lima tahun berpisah apabila Adila melanjutkan pelajaran ke England. Malah Mak Lamah bimbang Alias akan melakukan perkara-perkara yang tidak baik kepada Adila setelah peminangannya ditolak oleh anak saudaranya itu.
Adila belum bersedia untuk pulang ke Kuala Lumpur kerana bimbang Faizal akan datang memujuknya supaya memberi peluang kedua kepadanya setelah bersalah mengkhianati cinta Adila dahulu. Dia tidak mahu luka yang lama berdarah kembali kerana dia tahu sikap Faizal yang sudah dua kali sanggup datang merayu walaupun dia berada jauh di kampung. Mak Lamah memahami jiwa anak saudaranya itu dan dia tidak menghalang sekiranya Adila ingin terus menetap di rumahnya.Dia sekadar memainkan peranannya sebagai orang tua menasihati Adila sahaja.
Pada malam itu Adila tidak boleh melelapkan matanya kerana fikirannya menjadi semakin keliru setelah dibayangi pelbagai masalah yang nampaknya semakin rumit untuk diselesaikannya terutama selepas kehilangan Same’ah yang menjadi tempatnya meluahkan segala perasaan dan berbincang sebarang masalah tentang Bujei, Alias dan Faizal. Adila sudah bertekad tidak akan menerima Faizal kembali walau apapun alasan yang diberikan jejaka kacak itu kerana di hati Adila sekarang ialah Bujei. Dia ke dapur untuk minum segelas susu dan terlelap di atas meja makan tanpa disedarinya.


BAB 16: DIRASUK GELISAH

Bujei yang sedang berkebun di halaman rumahnya telah dikunjngi oleh Alias untuk berbual-bual denganya tentang satu perkara penting berkaitan dengan Adila. Bujei menunggu ketibaan Alias dengan memegang cangkul supaya dapat bertindak sekiranya diapa-apakan oleh Alias nanti. Alias telah memujuk Bujei dengan kata-kata manis untuk mengubah pandangan pemuda itu terhadapnya seperti bertanyakan perihal kebunnya dan memuji keberanian Bujei menyanyi lagu bahtera merdeka tempoh hari yang menjadi sebutan orang kampungnya.
Pertemuan itu sebenarnya telah digunakan oleh Alias untuk memburuk-burukan Adila kerana dia irihati dan marah kerana menolak peninangannya gara-gara rapat dengan Bujei. Alias memberitahu dia telah membatalkan hasratnya untuk meminang Adila kerana gadis itu sedang menghidap penyaki AIDS yang sangat teruk. Dia cuba menyakinkan Bujei bahawa penyakit itu telah dihidapinya semasa belajar di England kerana terpengaruh dengan cara hidup orang barat seperti menyalahgunakan dadah, menjalinkan hubungan seks bebas dan sebagainya. Oleh kerana malu Adila telah datang ke kampung ini dan berpura-pura baik di mata orang kampung pula setelah di Kuala Lumpur berita ini telah tersebar luas sehingga pertunangannya dengan Faizal juga diputuskan. Segala fakta yang dikemukakan oleh Alias memang tepat berkait rapat dengan diri Adila sehingga amat sukar untuk Bujei membantahnya lagi pun Alias menyatakan bahawa dia ingin membantunya supaya tidak terperangkap dengan penipuan gadis itu kerana dia pun telah meminta Tuk Ngah Imam membatalkan pertunangannya dengan Adila.
Alias terus menghancurkan keyakinan Bujei terhadap Adila kerana menuduh gadis itu cuba mendekatinya untuk mengajaknya berkahwin bagi menutup aibnya itu. Menurut Alias kuman AIDS yang ada pada Adila akan dengan mudah berjangkit kepada Bujei serta keturunannya sehingga menambahkan lagi keyakinan Bujei kepada apa yang difitnahkan pemuda jahat itu. Bujei menghargai nasihat Alias untuk menyelamatkannya daripada dijangkiti penyakit itu dan dia bersimpati dengan keluarga Sidang Saman yang terpaksa bersama Adila yang sedang menunggu saat kematian. Bujei tidak lagi mendekati Adila mulai hari itu selama lima hari dia tidak pergi ke rumah Sidang Saman seperti biasa. Di samping itu dia juga hairan kerana Samsul tidak datang seperti biasa menemuinya mungkin pada tanggapannya Adila sudah dibawa ke hospital dan semakin teruk menyebabkan terlintas di hatinya untuk menziarahi Adila tetapi momokan Alias menjadikannya semakin takut.

******************************************

Pada hari itu juga Adila amat sedih sehingga menangis setelah menerima sepucuk surat layang yang memfitnahnya sudah rosak sehingga terpaksa menolak pinangan Alias dan Bujei dikatakan menjadi lelaki untuk dia melepaskan nafsu serakahnya (berzina) seterusnya akan berkahwin dengan Bujei kemudiannya. Tuduhan itu amat perit untuk diterima Adila yang belum pernah dia menerima ujian sehebat itu walaupun pernah dikecewakan Faizal dan berpisah dengan keluraga sewaktu belajar di luar nagara dahulu. Mak Lamah cuba memujuk anak saudaranya yang berkurung di dalam bilik supaya bersabar dan bertawalkan dimana mereka sekeluarga tetap akan menyebelahi Adila. Namun dia terus menangis terharu kerana perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab mencemarkan namanya dan Bujei yang sudah pasti akan menjauhkan diri darinya.
Pada saat itu Adila mula terkenang untuk balik ke kota dan meninggalkan kampung yang tidak lagi memberikan kedamaian kepadanya. Adila berpendapat di mana-mana pun dia berada suasananya serupa akan memberi kesengsaraan kepada jiwanya. Mak Lamah memberitahu kes tersebut sedang disiasat oleh Tuk Sidang Saman dan berjanji akan bertindak terhadap orang yang menyebarkan fitnah itu. Adila telah membuat keputusan untuk pulang ke kota buat sementara waktu tetapi akan kembali semula ke kampung untuk menyelesaikan tanggungjawabnya yang belum selesai. Maka Mak Lamah pun amat gembira dengan keputusan itu walaupun dia bukan berniat hendak menghalau Adila tetapi dia tidak sanggup melihat anak saudaranya itu difitnah sebegitu teruk oleh manusia yang tidak bettanggungjawab.
Di kota kepulangan Adila disambut dengan gembira oleh ibu bapanya yang sudah lama mengimpikan saat-saat bersama anak daranya itu. Ayahnya menasihatinya supaya segera bekerja sama ada di sektor swasta atau menjadi pensyarah kemudian menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana (master). Namun Adila minta perkara itu ditangguhkan terlebih dahulu disebabkan dia ingin benar-benar memulihkan Hafiz terlebih dahulu sehingga memeningkan kepada emaknya yang tidak suka dengan perangai anaknya itu bimbang akan dikenakan ilmu hitam kerana di kampung masih kuat mempercayai tradisi itu. Walau bagaimanapun ayahnya tidak membantah hasrat murnianya itu. Adila merasakan jiwanya menjadi tenang dan segala kekusutan jiwanya terubat apabila berada di Kuala Lumpur jauh daripada fitnah yang dilemparkan itu kerana sempat bertemu mata dengan rakan-rakan lamanya dahulu.

BAB17: RINDU

Bujei merindui Adila setelah sepuluh hari tidak bersua muka dengannya sehingga apa yang dimomokkan oleh Alias kadang-kala hilang kerana menatap wajah gadis itu lebih penting daripada segala-galanya. Kegelisahan mendorongnya mendapatkan Samsul yang baru pulang dari sekolah di atas jambatan untuk bertanya khabar keadaan yang sedang dihadapi oleh Adila sekarang. Bujei mencari-cari alasan apabila Samsul ingin mengetahui sebab dia tidak datang ke rumahnya iaitu sedang berkebun di halaman rumahnya. Lalu Samsul terus mengajak Bujei ke rumahnya kerana dia tahu Bujei itu belum makan lagi. Semasa menjamah hidangan yang disediakan Mak Lamah Bujei tidak nampak kelibat Adila lagi kerana gadis itu telah pulang ke Kuala Lumpur.
Bujei menjangkakan penyakit Adila sudah semakin teruk sehingga terpaksa balik berubat di Kuala Lumpur telah disangkal oleh Samsul sekeras-kerasnya kerana Bujei telah termakan fitnah orang (Alias). Sebaik sahaja selesai makan mereka berehat-rehat di bangsal sambil berbual tentang cerita-cerita berkaitan Adila. Samsul cuba mencari kepastian sama ada Bujei telah melakukan sesuatu perkara yang tidak baik dengan sepupunya itu seperti yang tertulis di dalam surat layang. Namun, Bujei tidak pernah melakukan perkara-perkara yang tidak baik semasa berbual-bual dengan Adila. Sebelum itu Bujei menceritakan semasa Alias memaksanya minum air teh tarik dan menelan rokok sekalisgus di kedai Pak Sulong dulu menyebabkan dia tidak boleh tahan dan terbatuk sehingga memuntahkan semua yang ditelannya bersembur ke muka Alias selepas itu menjadi bahan ketawa seisi kedai itu. Apabila tidak tahan malu Alias mahu memukulnya pula tetapi dihalang oleh Pak Sulong, mereka berdua ketawa.
Mereka berdua ada menyimpan seribu satu persoalan yang mengelisahkan hati sehingga terpaksa berhati-hati kerana bimbang akan menguris hati mana-mana pihak. Samsul seterusnya ingin mengetahui perkembangan aktiviti Bujei berkebun yang masih di peringat permulaan kerana dia sudah lama tidak pergi ke sana disebabkan terpaksa menyiapkan kerja sekolah yang semakin banyak. Akhirnya Samsul terpaksa berterus terang untuk mengetahui sejauh manakah hubungan Bujei dengan sepupunya itu. Bagi Bujei dia menganggap Adila hanya sebagai kawan dan guru yang banyak mengajarnya erti kehidupan kerana dia menyedari dirinya tidak setaraf dengan Adila tetapi itu sekadar alasan sahaja supaya tidak membuka rahsia sebenar yang tersemat di dalam hatinya terhadap gadis itu. Dengan itu, fitnah yang dilemparkan terhadap Adila itu tidak benar. Samsul telah membuat kesimpulan awal setelah diyakinkan oleh Bujei. Tiba-tiba Mak Lamah menjerit memanggil Samsul naik solat dan menyuruh Bujei belajar solat sama.

BAB 18: KELIRU

Perasaan Bujei menjadi tidak tenteram walaupun bersemangat mengusahakan kebunnya tetapi fikirannya tetap memikirkan nasib Adila setelah kembali semula ke kampung nanti. Selepas perisitiwa itu, Alias kerap kali datang bertemu Bujei untuk terus menghasutnya agar menjauhi Adila dengan menambah cerita baharu untuk menyakinkannya. Alias menasihatkan Bujei supaya tidak mempercayai bahawa Adila akan kembali semula ke kampung kerana dia sekarang telah semakin teruk dijangkiti virus AIDS dan begitu juga dengan keluarga Sidang Saman turut menderita kerana dijangkiti kuman bawaan Adila itu. Gadis itu sudah tidak laku kerana tiada lelaki yang hendak berkahwin dengan dia lagi kecuali Bujei yang boleh diperbodokan dakwa Alias kerana cerita itu sudah menjadi buah mulut orang kampung. Bujei tidak membantah segala yang diceritakan Alias dan berterima kasih kepada Alias kerana menyedarkan penipuan Adila terhadapnya tetapi cuba mempergunakan diri untuk menutup kejahatannya itu.
Seminggu kemudian Samsul datang ke rumah Bujei membawa pesanan Adila mahu bertemu dengannya seperti biasa esok sebaik sahaja tiba dari Kuala Lumpur. Samsul menyedari kelainan yang ditunjukkan Bujei yang tidak seperti biasa kerana dia sudah termakan fitnah Alias bahawa keluarga Tuk Sidang Saman telah dijangkiti AIDS yang dibawa oleh Adila. Sebelum pulang Samsul mengajak Bujei ke hospital untuk menziarahi seseorang yang tidak diberitahunya. Dalam keadaan terpaksa Bujei turut sama dan dia terkejut apabila sampai di rumah Sidang Saman melihat Adila telah berada di anjung dalam keadaan sihat tidak seperti dikatakan oleh Alias kepadanya. Maka barulah dia tahu bahawa Sahak yang terlantar dihospital kerana terlibat kemalangan jalan raya berlumba dengan Alias bukannya Adila.
Sidang Saman mengajak semua sekali pergi ke hospital melawat Sahak, menurut Tuk Sidang Sahak banyak kehilangan darah. Adila telah mendermakan darahnya untuk menyelamatkan Sahak kerana pernah berbuat demikian semasa di England dahulu. Samsul menawarkan bahawa Bujei juga boleh berbuat demikian sambil dipersetujinya sendiri walaupun dia tidak mengetahui secara terperinci.

BAB 19: AKU CINTA ADILA

Adila telah mendermakan darahnya kepada Sahak yang banyak kehilangan darah sebagai satu sumbangan ikhlasnya sesama insan. Alias nampaknya tidak banyak berubah walaupun rakan baiknya telah mengalami kecederaan yang amat teruk, malah dia tetap ego, sombong dan angkuh dengan menyalahkan Sahak yang baru setahun jagung dalam perlumbaan mencabarnya untuk berlumba. Tambahan pula dia amat cemburu dan berdendam apabila melihat Bujei telah kembali semula berbaik-baik dengan Adila.

Pada suatu pagi Alias sekali lagi berjumpa dengan Bujei untuk terus meracuni fikiran Bujei tentang Adila yang menjadi pembawa penyakit AIDS yang akan membahayakan orang kampungnya. Walau bagaimanapun Alias telah gagal mempengaruhi fikiran Bujei sehingga kehabisan idea kerana Bujei sudah mengetahui pembohongan tentang penyakit Adila yang disebarkan Alias sebelum ini. Bujei telah mendesak supaya Alias mengumpulkan orang kampung untuk menghalau Adila keluar sekiranya Alias berada di pihak yang benar. Tindakan tegas Bujei itu telah memeranjatkan Alias. Dia tidak sanggup memenuhi permintaan Bujei dengan mengemukakan bermacam-macam dalih kerana dia bimbang akan terbongkar segala fitnah yang disebarkannya itu. Sejak hari itu Bujei tidak lagi diganggu oleh Alias.


Alias semakin gelisah kerana telah berusaha sedaya-upaya untuk memiliki Adila tetapi tetap gagal sehingga dia sanggup menculik gadis itu sekiranya terdesak. Alias telah menggunakan bomoh ilmu pengasih untuk menundukkan Adila supaya menerima pinangannya itu. Hasrat Alias itu telah mendapat persetujuan daripada Opah Arah kerana berasa sangat terhina apabila pinangan cucunya ditolak sehingga melahirkan dendam kesumatnya terhadap Adila dan keluarga Sidang Saman.

Alias semakin tertekan kerana ramai rakan-rakannya telah menjauhkan diri daripada mendekatinya disebabkan perubahan sikapnya yang cepat berang, naik angin, pemarah dan menuduh rakan-rakanya itu hanya ingin mengambil kesempatan daripada kekayaannya sahaja. Alias terpaksa berlutut di hadapan Bujei supaya memujuk Adila berkahwin dengannya setelah segala ikhtiarnya untuk memikat hati Adila menemui kegagalan dengan menawarkan hadiah sebuah motosikal kepada Bujei sekiranya berjaya. Oleh itu, Bujei yakin Alias bukanlah seorang pemuda yang perlu ditakutinya lagi. Manakala orang kampung pula melihat Bujei samakin pulih dan berubah ke arah untuk menjadi seorang insan yang unggul manakala Alias pula mulai menjadi sasau dan bodoh mungkin itu balasan tuhan terhadap manusia yang suka mezalimi dan memperbodohkan orang lain.

BAB 20: MEREKA TIDAK RAGU-RAGU LAGI

Sidang Saman dan Mak Lamah terkejut apabila mengetahui Adila telah memilih Muhamad Hafiz sebagai teman hidupnya walaupun mereka khuatir sama ada ibu bapa Adila boleh menerima atau sebaliknya. Pada awalnya mereka membantah keputusan Adila dengan memberi nasihat dan alasan yang wajar berkenaan pilihannya itu. Mak Lamah mahu Adila memilih seorang lelaki yang setaraf dengannya dari segi pelajaran dan kerjaya untuk menjamin masa depan mereka yang lebih cerah di bandar sana. Mak Lamah tidak mahu Adila terus menganggap semua lelaki di bandar itu sama seperti Faizal yang pernah mengecewakannya dahulu. Adila tetap setia mendengar teguran dan leteran Mak Longnya dan dia juga sudah bersedia menghadapi sebarang reaksi orang tuanya berhubung keputusannya itu.

Akhirnya Sidang Saman meminta isterinya akur dengan kehendak anak saudaranya itu kerana dia percaya Adila mampu membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya. Adila bukan budak hingusan yang perlu mengikut kemahuan orang tua bagi menentukan masa depannya disebabkan dia sudah mempunyai ilmu dan pelajaran yang tinggi sehingga ke luar negara. Pak Longnya yakin keputusan Adila bukan terdorong oleh pujukan nafsu semata-mata tetapi lahir daripada lubuk hatinya yang suci. Walau bagaimanapun mereka telah merahsiakan maklumat tersebut daripada pengetahuan orang lain termasuk Saniah dan Samsul.


****************************************

Esoknya Bujei datang seperti biasa untuk berbicara dengan Adila di anjung rumah Sidang Saman bagi mendapat pelbagai ilmu baharu yang diajarkan oleh gadis itu kepadanya. Bujei merasakan ilmu di dadanya semakin bertambah dan persoalan yang dilontarkan kepadanya juga semakin mencabar minda untuk dibahaskannya. Pada hari itu Adila sudah bersedia melepaskan Bujei bersendirian supaya dapat hidup berdikari tanpa bantuan daripadanya lagi seperti pemuda lain yang ada di kampung itu. Bujei mengangguk kepala tanda membenarkan kenyataan Adila terhadapnya. Dia berharap lebih banyak lagi ilmu yang akan dikongsi bersama Adila yang dianggapnya sebagai guru serta menghargai segala jasa dan pengorbanan Adila terhadapnya selama ini.

Adila akan balik ke Kuala Lumpur untuk memenuhi permintaan orang tuanya supaya berkerja iaitu berkhidmat sebagai seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian swasta. Keputusan itu diharapkan tidak mengecewakan Hafiz dan Adila meminta dia mendalami ilmu agama. Bujei tahu esok Adila akan balik ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas pukul sebelas pagi di pekan. Bujei ketawa apabila Adila menceritakan saat pertama kali dia berjumpa dengan Bujei yang amat menakutkan kerana pakaiannya basah kuyup, muka berlumpur dan berjalan seumpama beruang menerkam mangsa. Adila pucat sehingga hampir pengsan sekiranya keseorangan.

Tiba-tiba Adila mengajak Bujei bertandan ke Kuala Lumpur kerana ayahnya pernah mengundang dia ke sana. Bujei juga berhasrat untuk pergi ke Kuala Lumpur tetapi dia bimbang akan sesat apabila tiba di sana kerana Kuala Lumpur sebuah kota yang besar. Spontan mereka menoleh ke lorong di hadapan rumah Sidang Saman terdapat Alias yang mengintai mereka kemudian pergi meninggalkan kawasan itu. Bujei amat bersimpati dengan keadaan Alias yang menerima nasib tidak baik akibat perangai jahatnya terhadap orang lain. Adila kemudiannya mengharapkan Bujei sudi menghantarnya ke setesen bas di Pekan pagi esok dan Bujei bersetuju untuk menghantar Adila ke sana.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

SINOPSIS
Novel ini memaparkan kisah seorang pemuda yang mengalami konflik jiwa akibat kematian ibunya yang telah dibunuh oleh bapa tirinya. Kenangan pahit itu telah menjadikan Bujei atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz, akhirnya telah menjadi sasau akibat sering menjadi cemuhan, dipandang hina, dipermain dan diperbudakkan oleh masyarakat kampung malah bapa tirinya, Harun juga sering menyeksanya malah telah cuba mengambil peluang untuk merampas hak milik Bujei yang ditinggalkan oleh arwah ibunya.Hidupnya keseorangan dan menanti permata hati untuk menerangi semula sinar hidupnya. Kehadiran Adila telah mengubah segala-galanya dan Bujei mulai merasai erti sebuah kehidupan. Namun banyak ranjau duri yang terpaksa diharunginya untuk meneruskan hubungan persahabatan bersama Adila. Alias yang turut menyimpan perasaan terhadap Adila terus menyimpan dendam terhadap Bujei dan Adila. Satu demi satu rancangan jahat diatur dalam usaha untuk memiliki Adila. Bujei diperdaya hingga akhirnya dia mempercayai Adila akan mengahwini Alias malah Adila turut difitnah menghidap penyakit AIDS kerana pernah menuntut di luar negara. Dendam yang kian membara menyebabkan Alias meminta khidmat neneknya untuk mendapatkan ilmu pengasih yang akan mendorong Adila tunduk kepada kehendaknya. Alias yang dirasuk kerinduan akhirnya telah menjadi sasau dan sanggup merayu kepada Bujei untuk mengharapkan simpati serta pengertian daripada Bujei supaya memujuk Adila menerima dirinya. Akhirnya, Alias sendiri terpaksa mendapatkan khidmat daripada dukun yang sama dalam usaha untuk memulihkannya. Orang kampung pula kini telah melihat perubahan diri Bujei yang menjadi manusia normal berbanding Alias yang kini telah mengambil alih tempat Bujei. Sebelum pulang ke kota, Adila telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan isterinya tentang keputusannya untuk menerima Hafiz sebagai pasangan hidupnya. Adila akhirnya terpaksa kembali ke kota kerana ditawarkan pekerjaan sebagai seorang pensyarah di salah sebuah universiti swasta.

TEMA
Konflik jiwa seorang pemuda dalam mengharungi kehidupan setelah kematian kedua ibu bapa dan neneknya. Pandangan negatif orang kampung akibat fitnah yang ditabur oleh bapa tirinya telah membentuk keperibadiannya menjadi manusia abnormal. Kehadiran Adila telah membawa sinar baru dalam hidup pemuda tersebut dan kembali menjadi manusia normal seperti sediakala.


PERSOALAN
1. Persoalan tanggungjawab membantu sesama manusia tanpa mengira sifat individu seperti yang digambarkan melalui watak Adila yang begitu optimis untuk membentuk semula keperibadian abnormal yang dihidapi oleh Hafiz.
2. Persoalan menghormati hak individu tanpa menghilangkan hak diri sendiri yang digambarkan melalui watak Bujei atau nama sebenarnya Hafiz yang akhirnya sedar akan haknya setelah mendapat bimbingan dari Adila.
3. Persoalan kebaikan akan mengatasi kebatilan seperti yang tergambar dalam peristiwa Alias yang cuba mengenakan ilmu pengasih terhadap Adila telah menyebabkan dia mendapat pembalasan akibat perbuatannya sendiri.
4. Persoalan sifat kasih sayang dan hati yang luhur mampu mengubah sifat seseorang seperti yang digambarkan melalui watak Adila yang telah membimbing Bujei atau Hafiz untuk membentuk semula keperibadiannya telah berjaya mengubah Bujei menjadi insan yang berjaya.
5. Ketegasan dalam pendirian seperti yang tergambar melalui watak Wak Senen yang tegas dalam pendiriannya untuk mengembalikan hak Bujei yang telah dianiaya oleh bapa tirinya.
6. Persoalan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Walaupun Adila pada asalnya begitu takut dengan Bujei, tetapi akhirnya telah memilih Bujei menjadi pasangan hidupnya. Walaupun telah bertunang dan berjanji sehidup semati dengan Faizal, tetapi akhirnya Faizal berkahwin dengan orang lain dan bukan dengan tunangnya Adila.
7. Persoalan berani mempertahankan hak atau harta daripada dirampas oleh orang lain. Bujei telah menunjukkan sikapnya yang tegas dan tidak boleh dipermainkan oleh Alias apabila meminta ganti rugi sebanyak RM80 sebagai gentian radionya yang telah rosak akibat perbuatan Alias.

PLOT
Plot dihuraikan secara kronologi iaitu bersandarkan kepada hukum sebab dan akibat. Manusia yang berbuat baik akan memperoleh pembalasan yang baik juga dan begitulah sebaliknya.
Binaan Plot
(i) Eksposisi(permulaan)
• Menceritakan watak utama iaitu Bujei yang digambarkan sering mengunjungi latar tempat di kampung. Digambarkan juga latar masa iaitu pada waktu senja dan latar masyarakat kampung Bujei yang telah menganggap Bujei sebagai insan abnormal.
(ii) Perkembangan
• Kematian ibu Bujei yang bernama Fatimah yang dibunuh oleh bapa tirinya merupakan titik hitam dalam kehidupannya. Bujei menjadi sasau dan sering dicemuh dan dipermainkan oleh masyarakat kampung. Perkenalan dengan Adila telah mengubah hidupnya menjadi seorang yang lebih berkeyakinan untuk meneruskan kehidupan. Dalam masa yang sama dia menaruh hati kepada Adila. Adila juga diminati oleh Alias, Sahak dan Faizal, bekas tunangnya.
(iii) Klimaks
• Alias berusaha menculik Adila dan dengan bantuan neneknya, mencari ubat pengasih untuk mendapatkan Adila.
(iv) Peleraian
• Adila juga menaruh hati kepada Bujei (Hafiz). Hal ini menyebabkan Alias menjadi sasau kerana cintanya tidak kesampaian. Adila ditawarkan untuk berkhidmat sebagai pensyarah di salah sebuah universiti swasta di kota.

TEKNIK PLOT
1. Pemerian
Contoh:
• Anak sungai itu tidak begitu lebar. Hanya lebih kurang sembilan meter jarak antara dua belah tebing, tidak dalam dan agak cetek airnya ketika itu.

2. Dialog
Contoh:
• ”Lepaskan motor aku ni... aku nak pergi ambil duit,” kata Alias.
3. Imbas Kembali
Contoh:
• Dan dia sendiri telah menanam cita-cita untuk mengikut jejak bapanya. Tragedi pertama menimpanya apabila bapanya meninggal dunia dalam satu kemalangan di lebuh raya Karak.
4. Imbas Muka
Contoh:
• Mungkinkah penyakit Adila sudah menjadi-jadi? Mungkinkah Adila sudah dibawa ke rumah sakit? Terlintas juga difikirannya untuk menjenguk dan melihat keadaan adila.
5. Monolog Dalaman
Contoh:
• Dan sempat juga Adila memikirkan hal Bujei. Mungkin Bujei juga sudah tahu sehingga terasa malu untuk datang menemuinya. Dia terfikir untuk pulang ke kota, meninggalkan kampung yang tidak lagi memberi kedamaian kepadanya.
6. Suspens
Contoh:
• Sambil memaki-hamun, kata-kata makian yang sering digunakan oleh Alias ke atas dirinya, Bujei menghayunkan parangnya di arah Alias.

WATAK/PERWATAKAN

Watak Utama – Bujei/ Hafiz
• Bercita-cita untuk menjadi askar seperti arwah bapanya. Sewaktu dirinya kecil, dia sering menjadikan bapanya sebagai idola.
• Suka berangan-angan menonton dan mendengar radio yang telah rosak di rumahnya.
• Takut dengan Alias. Setiap perkara yang diminta oleh Alias akan dilakukan oleh Bujei tanpa sebarang bantahan.
• Tidak mementingkan kebersihan tetapi berubah setelah dilatih oleh Adila. Membuang perkakasan yang tidak berguna di rumahnya dan membakarnya di halaman rumah.
• Suka mendengar radio. Sanggup membeli radio baru sewaktu keluar pekan bersama Samsul.
• Mempunyai bakat menyanyi. Bujei menyanyi lagu Bahtera Merdeka sewaktu majlis perkahwinan Same’ah dan berjaya memukau orang ramai dengan kemerduan suaranya.
• Mempunyai sifat suka berjimat. Tidak menggunakan wang pemberian Wak Senen yang besar nilainya dan menyimpannya dengan rapi di dalam kendi di rumahnya.
• Pulih dari sikap abnormal menjadi normal dengan bantuan Adila. Keyakinan dirinya hadir kembali dengan bantuan Adila dan keluarga Sidang Saman.
• Anak yang bertanggungjawab. Cuba menyelamatkan ibunya daripada kebakaran rumahnya tetapi tidak berjaya kerana api marak terlalu cepat dan dia dihalang oleh orang ramai daripada memasuki rumahnya yang terbakar.
• Seorang pemuda yang mempunyai sikap abnormal. Dia membentuk peribadinya melalui pandangan penduduk kampung yang menganggapnya bodoh, dungu dan tidak berakal.
• Tidak memilih pekerjaan, asalkan mendatangkan upah untuk dia mengalas perut.

Watak sampingan
1. Adila
• Lulusan universiti luar negara iaitu di England.
• Mempunyai sifat optimis dan percaya sikap abnormal Bujei dapat dipulihkan.
• Telah bertunang dengan Faizal tetapi putus kerana Faizal tidak menepati janji dan berkahwin dengan orang lain. Akibat kecewa, dia telah membawa dirinya pulang ke kampung dan tinggal dengan keluarga Pak Longnya iaitu Sidang Saman dalam jangka masa yang panjang.
• Mempunyai pendirian yang tegas kerana menolak pinangan Alias dengan alasan belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga.
• Lemah lembut dan hormat kepada orang lain terutamanya orang yang lebih tua. Sewaktu tinggal di kampung, Adila sering mendapat pujian penduduk kampung.
• Menjadi mangsa fitnah Alias. Alias telah memfitnah Adila telah ’rosak’ sewaktu belajar di luar negara.
• Jatuh cinta dengan Bujei/ Hafiz. Telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan isterinya tentang perasaannya terhadap Bujei sebelum pulang ke Kota.
2. Alias
• Suka membuli Bujei/ Hafiz. Contohnya meminta Bujei mencuci motosikalnya dengan menjanjikan upah tetapi memungkirinya.
• Suka kepada Adila dan menghantar pinangan tapi ditolak. Cuba mendekati Adila setelah gagal mendapatkan Same’ah.
• Suka terlibat dalam perlumbaan motor. Contohnya sewaktu berlumba motor dengannya, Sahak telah terlibat dalam kemalangan dan kritikal di hospital.
• Bercakap kasar. Contohnya sering bercakap kasar terutamanya dengan Bujei.
• Cuba menculik Adila dan mengenakan ilmu pengasih kepada Adila. Meminta bantuan dari neneknya untuk mencari ilmu pengasih.
• Cuba memfitnah Adila setelah pinangannya ditolak.
• Akhirnya menjadi sasau/ gila.

3. Sidang Saman
• Mengambil berat akan anak buahnya. Contohnya sering bertanyakan khabar Bujei dan akan meminta anaknya mencari Bujei sekiranya tidak melihat kelibatnya di kampung.
• Bijak memerangkap orang yang bersalah melalui kata-kata. Contohnya sewaktu berbicara dengan Harun yang meminta pandangannya ketika ingin menjual tanah pusaka arwah isterinya.
• Menjadi pangkal rujuk permasalahan Adila. Terutama sewaktu Adila mula jatuh cinta dengan Bujei.

4. Same’ah
• Bertimbangrasa dan baik dengan Bujei. Contohnya sering mengambil berat akan diri Bujei.
• Anak Sidang Saman.
• Berkahwin dan mengikut suaminya berpindah ke Ipoh.
5. Harun
• Seorang duda.
• Berkahwin dengan Fatimah, ibu Bujei setelah kematian bapa Bujei.
• Bekerja sebagai mandur di ladang kelapa sawit.
• Panas baran dan sering memukul serta mendera isterinya.
• Mengikis wang peninggalan bekas suami Fatimah.Melakukan keganasan terhadap isteri dan anak tirinya Bujei sehingga isterinya terbunuh dalam kebakaran akibat dari perbuatannya dan anak tirinya menjadi sasau.
• Suka berpura-pura. Contohnya berpura-pura baik dengan Bujei untuk mendapatkan tanda tangan Bujei bagi membolehkan dia menjual harta pusaka peninggalan Fatimah.
6. Wak Senen
• Suka bersedekah. Sering memberi wang kepada Bujei dengan nilaian yang besar.
• Baik hati. Contohnya sanggup memulangkan semula tanah pusaka peninggalan ibu Bujei yang telah dijual oleh bapa tirinya Harun.
• Mengambil tindakan dengan teliti. Contohnya sering berbincang dengan Sidang Saman sebelum melakukan sesuatu perkara seperti yang dilakukan sewaktu ingin memulangkan semula tanah pusaka Bujei.

GAYA BAHASA

1. Simile
Contoh:
• ”Jangan takut”. Dia mendengar lagi, seperti memujuk pula.
2. Personifikasi
Contoh:
• Angin lembut bersih menjamah tubuhnya dan ledakan bunyi air membuai perasaannya.
3. Hiperbola
Contoh:
• ”Macam seorang pembunuh yang suka membunuh orang... tak kira tempat atau masa, tak kira sesiapa aje?”
4. Sinkope
Contoh:
• Tak tentu perasaan Bujei mendengar suara Adila dan sebutan yang begitu hormat dirasakannya.
5. Metafora
Contoh:
• Tidak pernah diduga, apa lagi mengharapkan satu lorong yang akan membebaskan dirinya daripada pasung peribadi itu.
6. Kata Ganda
Contoh:
• Dia bagaikan merindui tempat-tempat dan lorong-lorong yang biasa dikunjunginya.

NILAI

1. Nilai kasih sayang
Contoh:
• Bujei cuba menyelamatkan ibunya dalam kebakaran rumahnya. Ibunya pengsan setelah didera oleh bapa tirinya ketika itu.
2. Nilai hormat menghormati
Contoh:
• Adila telah memanggil Bujei dengan nama asalnya iaitu Hafiz.
3. Nilai baik hati
Contoh:
• Adila dan Samsul telah membawa Bujei ke klinik untuk mendapatkan rawatan setelah dibelasah oleh Harun.
4. Nilai keadilan
Contoh:
• Sidang Saman meminta Alias membayar ganti rugi atas kerosakan radio Bujei.
5. Nilai keberanian
Contoh:
• Bujei berani mempertahankan dirinya daripada ditindas oleh Alias.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menerima ketentuan atau takdir Tuhan.
Contoh
• Bujei menerima hakikat ibunya yang meninggal dunia akibat perbuatan bapa tirinya.
2. Kita janganlah bersifat dengki sesama manusia.
Contoh:
• Alias yang telah memfitnah Adila setelah pinangannya ditolak.
3. Kita hendaklah membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Contoh:
• Adila optimis dia boleh membantu Bujei memulihkan keperibadiannya dan perkara itu dapat direalisasikannya.
4. Kita hendaklah berpegang teguh kepada janji yang telah dibuat.
Contoh:
• Faizal tidak menepati janjinya untuk bernikah dengan Adila kerana telah berkahwin dengan orang lain.
5. Kita janganlah bercakap bohong.
Contoh:
• Alias telah membohongi Bujei dengan mengatakan bahawa Adila menghidapi penyakit Aids untuk menjauhkan perhubungan mereka.
6. Kita janganlah mudah mempercayai perkara karut.
Contoh:
• Alias berpakat dengan neneknya untuk mencari ilmu pengasih bagi mendapatkan cinta Adila.
7. Kita janganlah mementingkan diri sendiri untuk mencapai cita-cita.
Contoh:
• Alias tidak mempedulikan Sahak yang terlibat dalam kemalangan sewaktu berlumba motor dengannya.

LATAR

Latar Masa
1. Waktu pagi - ”Okey, Good moorning Bujei”
2. Waktu maghrib – Kedengaran bunyi azan maghrib dan spontan Sidang Saman menoleh ke belakangnya.
3. Waktu petang – Makin petang merangkak, makin galak agas-agas menghurungnya.
Latar Tempat
1. Di tebing sungai - Kadang-kadang di berada di tebing itu untuk memancing.
2. Rumah Mak Usu Bakyah – Sebenarnya sudah agak lama Mak Usu Bakyah mengharapkan kedua-dua anak saudaranya bertandang tidur di rumahnya.
3. Di pekan - Samsul membawa Bujei ke pekan untuk menggunting rambut,membeli radio,jam dan pakaian.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat kampung yang memandang rendah kepada orang yang kurang bernasib baik.
Contoh:
• Kebanyakan orang mengatakan dia bodoh, dungu, tidak berakal lalu seperti tertunai hasrat mereka begitu.
2. Masyarakat kampung yang mempunyai norma kemanusiaan.
Contoh:
• Sidang Saman begitu mengambil berat tentang Bujei dengan membawa Bujei balik ke rumahnya setelah dipukul oleh Harun
3. Masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain.
Contoh:
• Baru sahaja beberapa bulan berkahwin, Harun sudah memujuknya untuk membeli kereta.


4. Masyarakat yang mengamalkan kerjasama.
Contoh:
Penduduk kampung bekerjasama untuk mengadakan majlis perkahwinan Same’ah.
5. Masyarakat pendendam
Contoh:
Melihat Bujei kembali bersama Adila, kemarahannya makin menjadi. Dia makin berdendam dengan Bujei

Tiada ulasan:

Catat Ulasan