E-Bincang

Bacaan Ayat Al-Quran

Isnin, 26 Ogos 2013

Soalan Ramalan Novel Bahasa Melayu SPM 2013

Soalan ramalan

i) Bahagian klimaks merupakan bahagian yang paling menarik dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan DUA SEBAB bahagian klimaks novel itu menarik minat anda.

Cadangan jawapan Novel Melunas Rindu.

Berdasarkan novel "Melunas Rindu", bahagian klimaks manarik minat saya kerana penuh dengan unsur saspens.  Sewaktu berada di hospital, Fuad telah terpandang nama ibu Farhana yang tertera pada fail pesakit.  Namanya sama seperti nama ibu kandungnya iaitu Mariana binti Osman.  Fuad mula tertanya-tanya sama ada wanita tersebut merupakan ibunya atau tidak.  Sebagai pembaca, saya sendiri berasa berdebar-debar untuk mengetahui identiti sebenar wanita tersebut.

 Selain itu, bahagian klimaks novel menarik minat saya  kerana segala persoalan yang timbul akhirnya terjawab.  hal ini dapat dilihat ketika bapa Fuad iaitu Robert Lim yang datang ke hospital untuk memberikan cincin perkahwinannya kepada Fuad bagi membolehkan Fuad mencari  ibu kandungnya.  Kehadiran Robert Lim di hospital telah meleraikan segala kekusutan Fuad kerana bapanya sendiri mengesahkan bahawa ibu Farhana ialah bekas isterinya dan ibu kandung Fuad. Sebagai pembaca, saya berpuas hati dengan kenyataan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan