E-Bincang

Bacaan Ayat Al-Quran

Isnin, 12 Ogos 2013

Kajian Novel

Jangan ambil mudah. Jawaban anda hendaklah tepat. Jangan bagi jawaban yang umum. Contoh latar tempat. Anda menulis stesen minyak. Tapi stesen minyak yang mana? Dalam sesebuah novel, tempat-tempat yang dipilih mempunyai sebab-sebab tertentu. Jadi sila jelaskan tempat itu yang mana secara spesifik. Sebutkan stesen Minyak Shell Jalan Setapak, baru betul dan satu markah diberikan. Sekiranya fakta salah, huraian tidak akan diberikan markah walaupun huraian betul.

Setiap huraian bagi fakta yang disertakan mesti menyebutkan peristiwa dengan jelas dengan menyebutkan nama watak dalam novel tersebut.

Berikan penekanan dalam tema, persoalan, plot dan teknik plot, latar dan nilai dan pengajaran. Aspek gaya bahasa dan sudut pandangan mungkin tak keluar kerana aspek itu agak dalam dan hanya sesuai untuk pelajar-pelajar Kesusasteraan Melayu. Beri perhatian khusus dalam teknik plot, nilai-nilai kemanusiaan dan persamaan watak.

Bersedia jika keluar satu novel sahaja kerana dalam PMR hanya keluar panas Salju. Manalah tahu hanya keluar dari Novel Bukit Kepong sahaja...

Yang pentingnya jawaban anda mesti memperlihatkan kematangan dan penghayatan calon terhadap novel tersebut.

Sumber: http://cikguliz.blogspot.com/search/label/SPM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan