E-Bincang

Bacaan Ayat Al-Quran

Ahad, 25 Ogos 2013

Soalan latihan ulang kaji novel

Jawapan berdasarkan Interlok oleh Abdullah Hussain
Satu pengajaran yang terdapat dalam karya ini ialah kita dingatkan supaya berdikari ketika berhadapan dengan musibah. Seman tidak mengharapkan bantuan sesiapapun apabila dia terpaksa meninggalkan rumahnya akibat angkara Cina Panjang. Sebaliknya
sebagai seorang lelaki yang bermaruah dan mempunyai harga diri, dia membawa ibunya keluar dari kampung itu dan mencari pekerjaan lain. Seterusnya dia bekerja sebagai buruh ladang dan menyara diri dan ibunya.
Kita juga diingatkan supaya memikul tanggungjawab kita sebagai seorang anak. Tindakan Seman yang menjaga ibunya selepas ketiadaan ayahnya harus dicontohi. Sejak kematian ayahnya, Seman mengambil alih tanggungjawab menjaga ibunya. Dia membawa
ibunya ke mana sahaja di pergi dan tidak pernah mengabaikan orang tua itu.

Jawapan berdasarkan Kembara Amira oleh Amer Hamzah L. Kadir
Melalui karya ini pengarang mengingatkan kita supaya saling menyayangi satu sama lain terutamanya anggota keluarga kita. Profesor
Zaidah dan Jennifer masing-masing mengasihi anak mereka iaitu Amira dan Malique. Profesor Zaidah misalnya menyesali
sikapnya yang kurang memberikan perhatian terhadap Amira setelah Amira hampir lemas.

Kita juga harus bertanggungjawab dan komited terhadap tugasan kita sebagaimana Profesor Zaidah komited terhadap tugasannya
sebagai seorang ahli arkeologi. Beliau tidak berputus asa walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah seperti gangguan pihak
yang tidak diketahui terhadap tapaknya dan kewujudan satu “lembaga” yang tidak diketahui.

Jawapan berdasarkan Kabus Di Perbukitan oleh Mohamad Khalid Hamzah
Melalui karya ini pengarang mengingatkan kita, terutamanya mereka yang memegang peranan sebagai ketua keluarga supaya bertanggungjawab
terhadap kebajikan ahli keluarganya. Tindakan Mejar (B) Kamarudin yang berusaha gigih mencari Faridah yang
hilang selepas kemalangan harus dicontohi.

Selain itu kita juga diingatkan agar bersikap berdikari dan mempunyai wawasan untuk maju dalam hidup tanpa mengharapkan
bantuan pihak lain. Kita harus mencontohi tekad Azrul yang enggan bekerja makan gaji sebaliknya mengusahan perniagaan
sendiri setelah menamatkan pengajian di universiti.

Jawapan berdasarkan Sutera Dalam Lukisan oleh Abd. Talib Hassan
Melalui karya ini pengarang mengingatkan kita agar mengamalkan nilai baik hati dan cuba membantu mereka yang memerlukannya.
Pendek kata kita harus bersimpati terhadap golongan yang daif dan tidak mengabaikan kebajikan mereka. Dalam hal ini
Sikap Mak Lamah yang sering memberi makanan kepada Bujei harus dicontohi.

Selain itu pengarang juga seolah-olah berseru kepada kita agar mengutamakan kemanusiaan dan bukannya kebendaan. Kita tidak
harus tamak akan harta orang dan cuba membolot sesuatu yang bukan milik kita. Dal soal ini kita harus mengelakkan diri daripada
mencontohi Harun yang cuba sedaya upaya untuk membolot harta yangd iwarisi oleh Bujei daripada ibu bapanya.

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan