ayat anda sendiri.
Seloka Si Luncai
Md. Ali Bachik (ILADAM) (Penyelenggara)
Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan …
Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilatih,
Ada ternakan tidak dibela,
Ada kebun tidak ditanam,
Ada cerdik tidak selidik,
Ada belajar kepalang ajar,
Ada mengaji tidak mengkaji,
Ada mata tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,
Biarkan, biarkan …!
Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.
Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dn Pustaka, 2010
i. | Apakah sikap Si Luncai yang dapat anda simpulkan daripada puisi ini? | [3 markah] |
ii. | Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi kepada individu yang mempunyai sikap seperti Si Luncai? | [3 markah] |
iii. | Nyatakan tiga gaya bahasa yang ketara dalam puisi ini? | [3 markah] |
Cadangan jawapan
i. | Sikap Si Luncai yang dapat disimpulkan
ialah dia merupakan seorang individu yang mempunyai segala-galanya
tetapi tidak mempunyai dorongan untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin. |
[3 markah] |
ii. | Pada pendapat saya, individu
seperti Si Luncai akan membiarkan segala kelebihan yang dimilikinya
terlepas daripada tangannya. Akhirnya dia akan hidup melarat. |
[3 markah] |
iii. | Satu gaya bahasa yang ketara
dalam puisi ini ialah pengulangan kata pada awal baris atau anafora. Ini
dapat diperhatikan melalui pengulangan kata “Ada” pada baris kedua hingga ke baris ke sepuluh. Selain itu terdapat juga gaya bahasa responsi iaitu pengulangan kata pada pertengahan baris puisi. Ini dapat diperhatikan melalui pengulangan kata “tidak” pada baris kedua dan ketiga. Satu lagi gaya bahasa yang ketara ialah epifora iaitu pengulangan kata pada penghujung baris-baris puisi. Hal ini dapat diperhatikan melalui pengulangan kata “ biarkan” pada baris pertama dan ke sebelas. |
[3 markah] |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan