E-Bincang

Bacaan Ayat Al-Quran

Ahad, 11 Ogos 2013

   TERBARU: SINOPSIS NOVEL TINGKATAN 4

NOVEL RENYAH


BAB 1

Datuk Dolhi ialah seorang usahawan Melayu yang telah berjaya dalam arena perniagaan di dalam negeri dan di luar negeri. Sekarang umur Datuk Dolhi sudah mencecah 60-an sedang renyah memikirkan “siapakah yang akan menjadi pengurus baru di syarikatnya?” setelah beliau bersara nanti.
Masalah ini telah lama menghantui fikiran Datuk Dolhi yang telahpun dikongsi bersama-sama isterinya Datin Tominah. Apakah yang mendukacitakan Datuk Dolhi?. Jawapannya ialah anak-anaknya yang tidak berminat untuk menceburi dalam bidang perniagaan yang telah diasaskan dan dimajukan olehnya itu. Manakala Datin Tominah pula telah bertindak menenangkan suaminya yang rusing dan gelisah itu.
Anak sulungnya bernama Hasnol telah berkali-kali dipujuk oleh Datuk Dolhi supaya meletak jawatan sebagai pegawai tinggi kerajaan dan menjadi pengarah di syarikatnya. Bagi Datuk Dolhi, Hasnol tidak akan kaya jika terus berada dalam perkhidmatan kerajaan tetapi jika berniaga dia akan hidup mewah. Namun Hasnol enggan menuruti kehendah dan hasrat ayahnya itu. Manakala Datin Tominah tidak memaksa, tetapi menyalahkan Datuk juga kerana menghantar anaknya belajar supaya menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan sahaja. Manakala anak keduanya pula bernama Ilham amat berminat dengan dunia sastera dan seni. Sejak di pusat pengajian tinggi lagi Ilham telah bersajak di tepi-tepi jalan dan diteruskan sehinggalah sekarang. Ilham banyak menulis karya membantah tindakan manusia yang hanya mengejar kekayaan dengan memusnahkan hutan untuk dapatkan duit seperti pembalakan dan projek pembangunan yang lain. Dunia perniagaan tidak terlekat langsung dalam jiwa Ilham dan menyukarkan Datuk Dolhi untuk menyuruh anaknya berniaga walaupun disuruh ke pejabat tetapi Ilham tetap enggan dan terus dengan dunianya itu.
Minatnya yang sangat menebal dalam bidang pendidikan telah menjadikan krier sebagai seorang pendidik menjadi fokus utama anak Datuk Dolhi yang ketiga iaitu Amera. Rakan kongsi Datuk Dolhi iaitu Albert Lee menasihati beliau supaya melantik Amera sebagai penggantinya di Syarikat tersebut. Malah Albert Lee sangat berkenan untuk menjadikan Amera sebagai manantunya untuk dikahwinkan dengan Robert Lee. Menurut Datuk Dolhi Amera juga tidak berminat dalam perniagaan dan enggan menjadi isteri kepada Robert Lee kerana bimbang akan dikhianati apabila berkahwin dengan bangsa yang berlainan.
Mukhlis pula jauh panggang dari api kerana dengan imejnya yang berjubah dan berserban kelihatan alim dan tidak suka bidang perniagaan. Baginya dunia perniagaan penuh dengan tipu daya dan rasuah yang mengundang dosa serta bala daripada Allah s.w.t. Setiap kali diajak ke pejabat itulah alasan Mukhlis sehingga memeningkan kepala Datuk Dolhi
Dunia hiburan banyak cabaran dan amat susah untuk maju seperti Datuk Yusof Haslam. Bagi Dani anak bongsu Datuk Dolhi pula amat meminati dunia hiburan dan telah menubuhkan sebuah kumpulan iaitu Young Rock Band serta muncul di dada akhbar ”Artis baru muncul daripada keluarga hartawan”.

BAB 2:
Petang, di rumah Datuk Dolhi. Datin Tominah menerima panggilan daipada Albert Lee yang lemah lembut perbualannya ingin bercakap dengan Datuk Dolhi. Mereka bersembang seperti biasa dan sekali-sekala sempat bergurau bagi menghilangkan masalah yang sedang difikirkan.
Datuk Dolhi mengajak Albert Lee pergi ke Kelab Gof, tetapi mereka telah ke taman rekreasi Buki Serakah untuk berjoging. Pada hari tersebut rakan gof mereka berada di luar negara iaitu Kanada kerana mengikut rombongan menteri seperti Tuan Syed manakala Datuk Meon belum pulang dan Dr. George sibuk dengan hospital pakarnya. Semasa Datuk Dolhi dan Albert Lee ke Bukit Serakah, Datin Tominah pula mula asyik mendail telefon untuk berbual dengan Datin Atikah, Datin Malini, Datin Salmah, Syarifah Wafa. Pebagai isu dibincangkan seperti soal anak, menantu, pinggan mangkuk, fesyen dan lain-lain.
Oleh kerana bimbang suami dirampas orang, geng-geng Datin Tominah telah bersetuju untuk menubuhkan persatuan menjaga kebajikan dan kepentingan mereka yang dipanggil KELATIN dan diubah kepada KEDATIN. Mereka sangat mengagungkan pangkat yang dimiliki sehingga Amera melahirkan kehairanan akan sikap ibunya itu. Di Bukit Sarakah Datuk Dolhi dan Albert Lee mula berjoging untuk mengeluarkan peluh bagi menjaga kesihatan mereka. Hal ini kerana mereka tiada masa untuk bersukan kerana terlalu sibuk dengan urusan harian di pejabat dan melawat tapak projek serta menghadiri mesyuarat. Setelah berlari agak jauh Albert mengajak Datuk Dolhi berehat seketika di bangku yang tersedia di taman itu. Mereka berbual panjang seperti biasa tentang urusan perniagaan yang sedang berkembang maju. Albert mula mencelah tentang anak-anak Datuk Dolhi terutama Hasnol supaya diajak ke pejabat menjadi pengurus syarikat mereka. Jawapan Datuk Dolhi sugul lagi. Robert pula diberitahu amat mencintai Amera tetapi Amera tak berani. Azan maghrib dilaungkan, mereka pun balik dan meneruskan perbualan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah Datuk Dolhi.

BAB 3
Datuk Dolhi amat sibuk setiap pagi di pejabatnya untuk meguruskan perniagaannya yang pesat berkembang itu. Beliau seorang usahawan melayu yang gigih, cekap dan berpandangan jauh. Kehidupan di bandar sentiasa sibuk, pagi adalah waktu orang turun bekerja dan membuka kedai masing-masing manakala jalan raya penuh sesak dengan kenderaan ditambah pula dengan projek pembesaran jalan di sana-sini.
Wahi pekerja Datuk Dolhi telah menghubungi beliau menerusi telefon untuk melaporkan percutianya selama 3 bulan di Jepun iaitu Hiroshima dan Kyoto. Datuk Dolhi bertanya tempat-tempat menarik yang dikunjungi Wahi seperti Memorial Park, melihat kubah atom, menyusuri sungai Motoyasu dan lain-lain.
Wahi bertanya khabar perniagaan kepada Datuk Dolhi sepanjang dia berada di luar negara. Perniagaan berjalan lancar dan Datuk Dolhi mahukan Wahi mempelajari budaya kerja orang Jepun termasuk mencuri apa-apa teknik yang boleh diamalkan bagi memajukan lagi perniagaan Datuk Dolhi. Antara budaya kerja yang bagus di Jepun ialah Sistem Gugus Kendali Mutu ”QCC”. Amalan ini mahu diaplikasikan di Gedung Star mereka. Pachinko pula tempat orang Jepun habiskan masa sebelum balik ke rumah dari pejabat tidak dikunjungi oleh Wahi. Pada hari tersebut Datuk Dolhi ada perjumpaan dengan Ramaco Consultant untuk membincangkan perubahan nama projek perumahan Rosaza Lia Villa kepada nama Melayu klasik seperti Vila Inderapura, Vila Cepu Kencana atau Vila Puteri Saadong atas cadangan Menteri dinyatakan oleh Raj Hussein. Manakala Emzita mencadangkan Lazurdi Villa, Vila Paksina dan Vila Utara. Datuk Dolhi beranggapan nama Vila Melayu tidak ada nilai Komersial dan menyerahkan kepada Emzita mencari nama yang sesuai dan menrujuk kepada DBP untuk mengesahkannya. Datuk Dolhi juga telah dijemput untuk berceramah kepada pelajar di Institut Perdagangan Kebangsaan bertajuk Membangunkan Usahawan Masa kini. Beliau turut memberi motivasi kepada masyarakat Melayu supaya rajin berniaga dan berfikiran positif. Datuk Dolhi telah meminta kertas kerja untuk berceramah yang telah disiapkan oleh Wahi yang memang cekap menulis pelbagai isu. Beliau juga telah membaca pelbagai buku asas sebelum berceramah seperti ”Powershiff” dan lain-lain. Tengahari Datuk Dolhi pulang ke rumah. Sambil menunggu jaudah dihidangkan beliau telah menelaah pelbagai buku strategi pengurusan seperti Vision and Action: Putting a Winning Strategy to Work karangan Benjamin B.Tregoe dan rakan-rakan serta lain-lain buku yang diminatinya. ”Siapakah yang masak hari ini lain baunya?”......................................


BAB 4
Sesi ceramah kepada usahawan muda bermula dan Datuk Dolhi mengalu-alukan hadirin yang memilih bidang perniagaan sebagai kerjaya yang sebahagian besarnya pelajar Institut Perdagangan Kebangsaan.
Datuk Dolhi menyampaikan pelbagai ilmu perniagaan kepada para pelajar yang hadir. Beliau telah memetik ucapan PM Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dalam kongres Ekonomi Bumiputera ”Para usahawan bumiputera perlu mempunyai cita-cita dan harapan yang besar yang munasabah”. Bagi beliau keyakinan dan tidak terlalu mengharapkan tongkat daripada kerajaan merupakan satu elemen penting untuk berjaya dalam dunia perniagaan. Kemudian Datuk Dolhi mengemukakan pandangan tokoh-tokoh dunia yang terkenal dari Jepun dan barat. Setiap kali menyampaikan ceramah Datuk Dolhi amat berbangga dan gembira kerana dapat menyuntik semangat kepada anak bangsa menceburi perniagaan. Pengalaman beliau telah dikongsi bersama-sama tanpa lokek walaupun hati kecilnya malu kerana gagal mendidik anak-anaknya berniaga. Dollah pemandu Datuk Dolhi telah membawa beliau pulang setelah menamatkan ceramah tersebut.
Apabila sampai di rumah Datuk Dolhi berehat di ruang tamu kerana terlalu letih dan dihidangkan air oleh pembantu rumahnya. Datin Tominah pula asyik bersiap untuk mengahadiri pertunjukkan busana Islam yang telah dilupai oleh Datuk Dolhi kerana tidak berminat dengan pertunjukkan itu tambahan pula beliau terlalu penat pada hari itu. Datuk Dolhi terpaksa akur dengan hasrat Datin Tominah kerana ada kerabat diraja turut berangkat ke majlis tersebut. Datuk Dolhi seorang yang mementingkan barang buatan Malaysia, buktinya beliau memakai batik kelantan ke Pertunjukkan itu berbanding Datin yang bangga dengan pakaian buatan luar negara. Berada di sebelah VIP sedikit sebanyak menghilangkan ”boring” beliau kerana tidak minat dengan fesyen. Manakala VIP itu seorang yang meminati dunia fesyen semasa berada 10 tahun di Paris yang sangat pesat berkembang dan mencadangkan Datuk membuka Butik. Cadangan itu ditolak tetapi Datin sangat berminat tetapi modal tidak mencukupi. Setelah pulang dari pertunjukkan tersebut Datin Tominah cuba memujuk suaminya supaya membuka sebuah butik untuknya. Jawapannya Datuk Dolhi enggan kerana tidak yakin akan kemampuan isteri dan rakan datin-datinnya yang tidak berpengalaman dalam bidang perniagaan. Beliau tidak mahu Butik itu akan jadi ”hidup segan mati tak mahu”. Namun Datin Tominah tidak berputus asa.


BAB 5
Malam di rumah Datuk Dolhi diwarnai dengan gelagat anak-anaknya yang sibuk dengan minat masing-masing. Dani asyik menyanyi bersama dengan gitarnya, ilham berpuisi seperti biasa untuk membela alam sekitar. Ilham cuba menasihati adiknya Dani supaya menyanyikan lagu yang mampu mendidik masyarakat menyanyangi alam sekitar. Dani tidak senang dengan cadangan tersebut, baginya lagu-lagu yang dinanyanyikan perlulah ringan dan mudah difahami maksudnya ”CINTA”. Tema alam sekitar kurang komersial dala kalangan peminat lagu di Malaysia. Walau bagaimanapun Ilham telah membaca dua puisi kepada Dani untuk ditukarkan kepada bentuk lagu-lagu pada masa akan datang. Dengan sinis Dani mengharapkan lagu itu akan meletup di pasaran. Ilham mahu rakyat Malaysia menjaga alam sekitar agar tidak dimusnahkan kerana hanya mengejar kekayaan atau kebendaan. Amera pula berharap Ilham berubah sikap supaya bekerja di pejabat ayahnya. Umur Ilham sudah melayakan dia bekerja, bukan lagi bergayut kepada kekayaan bapanya kelak rugi. Hasrat mulia Amera itu tidak diendahkan Ilham kerana yakin perjuangannya mempertahankan alam sekitar akan membauhkan hasil tidak lama lagi. Bagi Ilham kumpulan merekalah yang membangunkan negara pada hakikat sebenarnya kerana tidak menekankan aspek kebendaan tetapi pengekalan alam sekitar. Amera amat susah hati melihat gelagat adiknya yang payah untuk berubah...........


BAB 6:

Hasnol telah datang ke rumah bapanya yang terletak tidak berapa jauh dari rumahnya sejak pagi-pagi lagi. Dia menunggu di ruang tamu untuk berjumpa dengan Datuk Dolhi dan Datin. Wajahnya kelihatan rungsing seolah-olah ada maslah besar yang ingin diceritakan kepada orang tuanya. Apabila Datuk Dolhi dan Datin Tominah mendatangi Hasnol, seperti biasa soalan yang terpancar daripada bibir Datuk ialah bila Hasnol hendak letak jawatan dan mula bertugas sebagai pengurus di syarikatnya. Menurut Hasnol Datuk SUK memintanya berfikir semasak-masaknya sebelum meletak jawatan. Bagi bapanya itu Cuma alasan anaknya sahaja. Hasnol lebih gemar menjadi pegawai kerana banyak masa rehat, ada pencen, ada kuasa, disokong isterinya dan tidak mencabar seperti dunia pekerjaan. Pemikiran Hasnol dianggap ketinggalan zaman oleh Datuk Dolhi hanya sesuai pada zaman penjajahan dulu saja. Datuk Dolhi dan Datin Tominah meminta Hasnol fikir masak-masak sekali lagi supaya mengambil alih perniagaan bapanya itu. Datuk Dolhi tidak teragak-agak bahawa pernigaannya itu akan diwarisi oleh orang lain kelak, berikutan keengganan anak-anaknya menceburi bidang perniagan yang dasaskan olehnya itu. ”mungkin Amera boleh” bisik Datin Tominah. Ingatan Datuk Dolhi kembali kepada hasrat Albert Lee ingin menjodohkan Robert Lee dengan anak daranya itu setelah percubaan pertama mejodohkan Hasnol dengan Linda gagal. Datin Tominah menjangka ”ada udang di sebalik batu” akan hasrat Albert Lee itu, mungkin ingin menguasai kekayaan Datuk Dolhi?. Khabarnya Amera sudah ada pilihan sendiri, Datin Tominah mencadangkan Wahi sebagai calon suami Amera.
Datuk Dolhi tiba-tiba marah apabila mendengar nama Wahi disebut ”Tidak boleh. Barang yang dijauhkan”.

BAB 7
Di pejabat, Datuk Dolhi sedang menatap kertas kerja tentang Kawalan Mutu Menyeluruh (KMM) untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti syarikat Dolhi-Albert Holding yang telah difakskan oleh Wahi dari Jepun. Amalan ini ditiru daripada budaya perniagaan masyarakat Jepun. Datuk Dolhi kemudian cuba mendapat pandangan Setiausahanya, Rozie tentang idea Wahi itu, adakah wajar dilaksanakan dan bagaimana pelaksanaannya boleh diimplimentasikan. Walaupun masih muda Rozie seorang yang banyak mambaca dan cekap dalam perniagaan. Rozie menyokong seratus peratus pelaksanaan KMM di syarikat Datuk Dolhi, dengan mengimbau sejarah kebangkitan Jepun muncul sebagai kuasa ekonomi dunia setelah Hiroshima dan Nagasaki hancur dibom oleh pasukan Berikat yang diketuai Amerika Syarikat telah menyuntik semangat Datuk Dolhi. Rahsia kebangkitan Jepun itu berasaskan pelaksanaan ”Quality Control For the Foremen” dimana para pekerja didorong menggunakan jurnal sebagai buku panduan. Datuk Dolhi pun bersetuju dan berhasrat untuk melaksanakan KMM tiga bulan lagi setiba Wahi dari Jepun dan meminta Rozie memanjangkan cadangan tersebut kepada pihak pengurusan untuk difikirkan pelaksanaanya.
Rozie memberitahu agenda harian Datuk Dolhi pada hari tersebut menerima rombongan menteri negara Islam bekas Soviet untuk bertanya khabar peluang perniagaan di sana. Kemudian Datuk Dolhi terkenang akan Wahi di Jepun, seorang yang pintar dalam dunia perniagaan tidak macam anak-anaknya.
Mukhlis berpelajaran tinggi berkelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari USA tetapi menjadi pendakwah. Dia bergerak atas nama dakwah ke merata-rata tempat tanpa bekerja. Bagi Datuk Dolhi dengan imej berjubah, berserban dan berjangut tanpa bekerja telah mencalarkan imej islam itu sendiri. Menurut Datuk Dolhi, Nabi sendiri seorang usahawan dan baginda bersabda 99 peratus punca rezeki adalah perniagaan. Pada hari tersebut Mukhlis telah datang ke pejabat Datuk Dolhi untuk meminjam wang bagi membiayai kerja dakwahnya ke India. Namun Datuk Dolhi enggan membiayainya dan ingin Mukhlis berkerja sendiri kerana dia sering mengatakan perniagaan bapanya dunia (riba dan rasuah) belaka.


BAB 8
Pulang dari pejabat Datuk Dolhi disambut oleh Amera dengan senyuman yang melebar semacam ada sesuatu yang amat mengembirakannya. Ya, Amera akan menerima anugerah sebagai pendidik terbaik peringkat negeri. Datuk Dolhi dengan selamba mengucapkan tahniah kepada Ameera. Datuk Dolhi ingin mengetahui pendirian Amera tentang perniagaan dan lamaran Robert Lee. Maka jawapannya Amera tetap dengan minatnya sebagai pendidik mendidik anak bangsa dan Robert bukan pilihan sebagai suaminya. Kemudian Amera menjemput Datuk Dolhi dan Datin Tominah meraikan majlis penganugerahan yang akan diterimanya itu. Datuk Dolhi mengeluh kepada Amera akan kegagalannya melahirkan seorang usahawan dari keluarganya sendiri. Secara tiba-tiba sebuah kereta Mercedes Hijau muncul di hadapan rumah Datuk Dolhi, rupa-rupanya Mukhlis dan tiga orang rakannya daripada jemaah dakwah yang lengkap berjubah. Mereka cuba memujuk Datuk Dolhi supaya membiayai aktiviti dakwah Mukhlis ke India tetapi tetap ditolak dengan tegas. Malah Datuk Dolhi mahu mereka menukar pakaian untuk bekerja “berniaga” demi memperkasakan Islam. Namun pemuda itu tetap dengan alasan biasa iaitu “perniagaan zaman sekarang tidak sama dengan perniagaan pada zaman Rasulullah”. Selepas itu keempat-empat pemuda itu bertanya khabar ketua jemaah mereka yang lebih popular dengan panggilan “Tuk Guru”. Tok Guru sedang berdakwah di luar negara iaitu di Paris, Washington, Monte Carlo dan lain-lain. Isteri baru yang bernama Khalidah menemani Tuk Guru berdakwah manakala Hanisah telah diceraikan sebelum berkahwin dengan Isteri baharu itu. Sehubungan itu, Saiful Bahri, Mukhlis dan lain-lain terus memikirkan “bagaimana cara untuk mendapat wang untuk membantu Mukhlis itu. Sementara itu, Mukhlis pula mengenangkan kehidupan Datuk Dolhi dan Datin Tominah sebagai kehidupan sekular (kebendaan) apabila tidak mempedulikan kehidupan selepas mati.
Datuk Dolhi dan Datin Tominah terpaksa akur dengan jemputan anak perempuannya supaya menghadiri majlis penganugerahan tokoh pendidik terbaik peringkat negeri yang akan diterimanya. Anugerah tesebut akan disampaikan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas yang juga kenalan Datuk Dolhi suatu ketika dahulu. YB Menteri sempat bertanya khabar tentang perniagaan Datuk Dolhi yang sudah terkenal itu. Selepas itu majlis berlangsung dan Amera telah diumumkan telah menerima anugerah tersebut daripada YB Menteri itu.

BAB 9

Amera risau kerana menerima ucapan tahniah dan bunga misteri daripada seorang lelaki VIP selepas menerima anugerah tokoh pendidik cemerlang peringkat negeri baru-baru ini. Fikiran Amera mula meneka “adakah dia itu Robert?. Tidak! Kerana dia tidak meminati dunia pendidikan. Dia telah cuba mengorek rahsia melalui kedai bunga Mekar Florist namun gagal mengetahui siapa lelaki misteri itu. Bagi Amera cara semacam itu tidak gentlmen dan sudah ketinggalan zaman. Dani memberitahu Datin Tominah Kakaknya akan bersuamikan seorang ahli korporat dan datin sangat gembiran serta menerima siapa sahaja pilihan hati anak daranya itu. Dani terus mengusik jiwa kakanya itu berhubung soal perkahwinannya tidak boleh dilambatkan kerana bimbang kakannya itu menjadi anak dara tua ”andartu”. Datin Tominah dan Datuk Dolhi telah dipelawa oleh Dani menghadiri majlis pelancaran albumnya. Ibunya cuba menolak dengan pelbagai alasan kerana dunia hiburan untuk anak muda tidak sesuai dengan usianya yang sudah tua. Namun Dani mengungkit kenapa majlis Amera ibu bapanya hadir?. Nanti album kau tidak laku Dani, sinis Amera kepada adiknya. Jiwa Datin Tominah menjadi tidak tenteram apabila Inem orang gaji barunya secara tiba-tiba/tergesa-gesa memohon berhenti kerja. Tanpa memberitahu alasan yang kukuh membuatkan Datin Tominah memikirkan pelbagai kemungkinan seperti Apakah suaminya menganggu Inem atau anak-anak terunanya. Pening datin memikirkannya seorang diri. Selang beberapa lama kemudian persoalan di minda datin terjawab apabila membaca sepucuk surat dari Indonesia yang dihantar Inem. Ilham menjadi punca Inem berhenti kerana sering diganggu, sehingga biliknya mula diceroboh oleh anak lelaki datin itu. Demi menjaga nama baik keluarga Datuk Dolhi Inem terpaksa berhenti kerja kerana bimbang Ilham akan melakukan perkara terkutuk itu dengannya. Jantung Datin Tominah seolah-olah hendak tercabut membaca pengakuan Inem, dia idak menyangka Ilham yang berpelajaran tinggi dan sering memperjuangkan kehidupan berasaskan nilai-nilai murni itu sanggup melakukan perbuatan yang tidak bermaruah. Ketika itu, Ilham berada di luar negara, mungkin ingin merahsiakan perbuatan jahatnya itu daripada dicium oleh ibu bapanya.
Kesedihan Datin Tominah ditambah lagi dengan sikap Hasnol yang tidak menghormatinya ( dalam perbualan melalui telefon). Hasnol telah memarahi Datin Tominah kerana enggan meminjamkan sejumlah wang kepadanya. Sebaliknya Datin menasihati Hasnol supaya berjimat-cermat dan menceburi perniagaan di Dolhi-Albert Holding. Akhirnya, Hasnol menghempaskan gangang telefon dengan kuat dan Datin Tominah terkejut dengan perbuatan anaknya yang dijaganya dengan penuh kasih sayang sejak kecil lagi.

BAB 10

Datuk Dolhi dikejutkan dengan berita perkahwinan Mukhlis (dihubungi oleh rakan Mukhlis menerusi telefon) secara senyap-senyap dengan seorang janda kepada Tuk Guru (ketua jemaah dakwah). Perkara itu amat mengecewakan Datul Dolhi dan dia bimbang bagaimana Mukhlis hendak menyara hidup isterinya itu sedangkan dia tidak bekerja. Peristiwa ini sudah dua kali menimpa Datuk Dolhi dan Datin Tominah dimana suatu ketika dulu Hasnol berkhwin dengan Linda tanpa pengetahuannya. Datuk ingin melihat anak-anaknya diraikan dalam majlis perkahwinan yang meriah dihadiri oleh sanak-saudara dan rakan-rakan namun tidak kesampaian. Hati Datin Tominah berang bercampur sayu atas tindakan Mukhlis berkahwin sesuka hati tanpa berbincang terlebih dahulu dengan keluarga. Setelah berkahwin Mukhlis dan isterinya tinggal di Kampung Sungai Bakau perkampungan Jemaahnya, Datin Tominah tidak pasti macam mana Mukhlis menyara hidup rumahtangganya kerana tidak bekerja. ”Rezeki di tangan Allah” tetapi kalau kita malas, rezeki tidak datang bergolek semata-mata mengharapkan kemurahan orang lain. Datuk Dolhi pula telah menerima panggilan kecemacan daripada Albert Lee yang sedang berada di Sarawak untuk menguruskan projek pembalakan syarikatnya di sana. Malangnya Ilham telah menghasut orang asli di sana berdemontrasi menentang projek itu. Apa yang membimbangkan ada beberapa orang berkulit putih ”Mat Salleh” turut sama dalam demonstrasi itu. Perjuangan mengekalkan hutan berlaku setelah hutan di negara orang putih habis ditebang, bagi Datuk Dolhi itu satu agenda politik barat sahaja. Datuk Dolhi amat kecewa dengan perangai anak-anaknya yang sudah banyak dibantu akhirnya menyusahkannya pulak ”susu diberikan, tuba dibalas”. Hatinya menjadi tidak tenteram bebaur rasa malu yang menebal kepada rakan kongsinya itu. Akhirnya Datuk Dolhi menyerahkan kepada kebijaksanaan Albert menyelesaikan maslah tersebut. Sekiranya projek tersebut dibatalkan syarikat Dolhi-Albert Holding akan menangung kerugaian yang besar. Albert telah bekerjasama dengan pihak polis untuk menyuraikan perhimpunan masyarakat Ali membantah projek pembalakan itu.

BAB 11
Di pejabat Rozie memberitahu Robert (sedang berada di Sarawak) memaklumkan ada YB ingin membantu meyelesaikan maslah orang asli yang menentang projek pembalakkan di sana, tetapi oleh kerana Ilham (anak Datuk Dolhi) ada mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Datuk Dolhi ingin berehat kerana terlalu memikirkan masalah Ilham. Datuk Dolhi mengarahkan Rozie menguruskan percutiannya selama seminggu ke Jepun, dia ingin mendapatkan Wahi untuk berkongsi masalah. Datin Tominah dan Amera terkejut tetapi akur dengan hasrat Datuk Dolhi yang sedang berada dalam kesedihan akibat perangai anak-anaknya yang sentiasa menyusakkan hidupnya. Semasa dalam penerbagan fikiran Datuk Dolhi menrawang jauh mengingati pengalamannya cuba mencari rakan kongsi Jepun tetapi gagal. Beliau juga telah berkahwin dengan Mastura selepas setahun berkahwain dengan Datin Tominah. Hasil perkahwinan dengan Mastura Datuk Dolhi dikurniakan seorang anak tetapi ibunya meninggal dunia. Anak itu dibesarkan oleh mentuanya dengan pembiayaan daripada Datuk Dolhi. Mukhlis telah dilanda dengan konflik jiwa, dimana dia merasakan Saiful Bahri telah menipunya ”berkahwin janda kerja nabi” menyebabkan dia menerima Hanisah (bekas isteri Tuk Guru) yang telah beranak 3 orang sebagai isterinya. Mukhlis telah bekerja di kilang mee hanya dengan gaji RM 5 dan selebihnya disumbangkan kepada jemaah. Masalahnya itu telah diberitahu kepada Datin Tominah dan Amera tetapi mereka tidak dapat membantu kerana itu pilihan hidup Mukhlis.
Linda diminta oleh Hasnol meminjam wang daripada bapanya buat kali ketiga untuk membayar hutang bank. Linda malu sebaliknya meminta Hasnol meminjam daripada Datuk Dolhi tetapi dia telah tidak berjaya memujuk orang tuanya itu. Fikiran Hasnol mula menjadi tidak rasional kerana berhasrat ingin terlibat menerima rasuah kerana bebanan hutang begitu sekali menekan. Namun dia masih lagi dapat memikirkan keburukan rasuah.

BAB 12
Amera dalam gelisah kerana menerima undangan daripada lelaki misteri (VIP) untuk makan malam bersamanya di Kelab Mawar. Sukar untuk Amera membuat keputusan, dia terpaksa mendapatkan pendangan ibunya. Datin Tominah mengizinkan Amera menerima undangan untuk mengenali dengan lebih dekat lelaki tersebut. Rupa-rupanya VIP itu ialah seorang Timbalan Menteri (YB Wahab) yang telah kematian isteri dan mempunyai seorang anak berumur dua tahun.
Sekembali Amera ke rumah Datin Tominah cuba mendapatkan info berkenaan VIP itu. Maka segala-galanya diceritakan oleh Amera kepada ibunya dengan penuh keceriaan pada wajahnya. Amera seolah-olah sedang dilamun cinta dan perkara tersebut merupakan satu fitrah kehidupan manusia ”cinta dan mencintai”.
Dani pula sibuk dengan rakaman album Rocknya bersama ”Young Rock Band” yang bertajuk Rimba fikiran yang berkonsepkan Hard Rock dan Heavy Rock. Amera mahu adiknya menjadi seorang penyanyi Profesional dan berdisiplin setanding dengan penyanyi di Barat yang dapat bertahan lama kerana mereka mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang tersebut. Dani bercita-cita besar untuk merangkul anugeran Rocker of the year suatu hari nanti. Amera terdiam, gelisah dan berdebar apabila Dani menceritakan ada gossip terbaharu seseorang dengan YB WahabYassin yang baru berlaku malam tadi. Benak Amera menerawang jauh sekiranya gambarnya dan YB Wahab terpampang di akhbar pasti akan heboh diperkatakan orang ramai (Pengetua, PIBG, Ibu bapa pelajar dan rakan-rakan setugas). Ketika itu, Amera memikirkan juga sekiranya suaminya seorang ahli politik pastinya masa di rumah sangat singkat.

BAB 13
Datuk Dolhi tiba di lapangan terbang Narita (waktu pagi) untuk memulakan percutiannya di Jepun setelah 7 di perjalanan. Wahid an sahabatnya Mr. Gato telah terpacak awal di situ untuk menyambut kedatangan Datuk Dolhi. Setelah melalui pemeriksaan Datuk Dolhi telah di bawa ke rumah Wahi dengan sebuah kereta yang dipandu Mr. Gato kerana Wahi tidak mengetahui selok-belok jalan raya di Jepun.
Dalam kereta Datuk Dolhi telah menyanyikan beberapa lagu dalam bahasa Jepun seperti li Hi Tabidachi dan Burendi Gurasu, kemudian diterjemah oleh Wahi. Pada hari itu, Datuk Dolhi benar-benar mahu mengosongkan mindanya daripada memikirkan hal bisnes dan keluarga. Beliau ada satu perkara yang amat penting mahu diberitahunya kepada Wahi setiba di Hotel Tokyo Metropilitan.
Apabila sampai di hotel tersebut Datuk Dolhi berehat di bilik 506, fikirannya menerawang jauh sehingga tahun 1945 untuk menyingkap kebangkitan Jepun setelah musnah dibom oleh Amerika Syarikat. Datuk Dolhi juga menjadi serba salah untuk menerangkan kedudukan sebenar Wahi dalam keluarganya.
Sewaktu malam malam di Restoran Cina Datuk Dolhi telah mengambil kesempatan menceritakan segala-galanya tentang Wahi yang merupakan anak beliau setelah berkahwin dengan Mastura kekasih setia sejak di Universiti Malaya. Wahi sebenarnya telahpun mengetahui cerita itu daripada mulut nenek yang menjaganya selepas ematian ibunya. Pada malam itu Datul Dolhi mahu Wahi memanggilnya bapak seperti anak-anaknya yang lain. Datuk Dolhi memuji Wahi (pemuda bijak) berbanding anak-anaknya yang lain yang dibesarkan dengan segala kemewahan. Datuk Dolhi menghabiskan percutiannya dengan bersiar-siar di beberapa tempat menarik di sekitar Tokyo seperti di stesen Ikebukuro, Aoyama, Akasaka,Tanakawa, Stesen Shibuya dan tugu Hachiko. Hachiko merupakan seekor kucing peliharaan oleh seorang Profesor universiti pada tahun 1920-an. Apabila professor itu meninggal dunia kucing itu tetap setia menungu makam tuanya itu selama 11 tahun. Pada zaman sekarang amat sukar untuk mencari orang yang setia, keluh Datuk Dolhi.
Datuk Dolhi berjanji akan mendedahkan status sebenar Wahi kepada keluarganya sekarang khususnya Datin Tominah. Wahi bimbang dia tidak boleh diterima Datin Tominah, tetapi dia sanggup dimaki dan sekiranya dipuji itu suatu nikmat bagi hidupnya. Mereka berdua terus bergembira dan kebahgiaan terpancar di wajah Datuk Dolhi dan Wahi seolah-olah bermula satu episode baru dalam kehidupan mereka.

BAB 14
Hasnol telah menghadiri satu temujanji dengan seorang kerabat diraja yang bernama Tengku Munir. Pertemuan tersebut dilakukan secara rahsia kerana Tengku Munir ingin mempergunakan Hasnol untuk mendapatkan semua kontrak-kontrak daripada pihak kerajaan. Hal ini kerana Hasnol baru bertugas di bahagian kontrak lebih kurang 6 bulan yang lalu. Tengku Munir telah menawarkan saguhati (rasuah) yang lumayan kepada Hasnol sekirannya semua kontrak yang dimasukinya itu diluluskan seperti Projek Jambatan Kota bernilai RM 80 juta dan Hasnol akan menerima ganjaran sebanyak RM 300 ribu daripada Tengku Munir. Tugas Hasnol Cuma mempengaruhi pihak lembaga kontrak meluluskan kesemua projek kepada Tengku Munir. Fikiran Hasnol bercampur antara gembira, takut dan bimbang penglibatannya itu dapat dikesan oleh pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR). Tetapi Tengku Munir mengarahkan Dollah pegawainya menguruskan hal Hasnol supaya tidak dikesan oleh pihak BPR. Sekiranya Hasnol enggan membantu Tengku Munir mendapatkan kontrak itu, beliau bakal berdepan dengan tindakan serta-merta ditukar di daerah luar bandar. Hasnol tidak mahu ditukar kerana Linda isterinya tidak biasa tinggal di kawasan yang terpencil dan dia sedang kelilingi masalah kewangan yang sangat kritikal.
Manakala Ilham pula begitu bersemangat memujuk dan mendesak masyarakat pribumi di Sarawak membina benteng manusia untuk menghalang lori-lori balak daripada memasuki kawasan mereka. Para pemandu hanya dapat memerhati dari jauh sahaja. Setelah pihak pengurusan syarikat dan pihak Polis datang Bruni Manser serta Ilham telah melarikan diri yang tinggal hanya orang asli sahaja.
Di rumah Datin Tominah pula menerima kedatangan anaknya Hasnol. Hasnol datang untuk membayar hutang lama ibunya sebanyak RM 10, 000. Datin Tominah hairan kerana Hasnol sebelum ini dihimpit dengan masalah kewangan yang teruk. Di manakah Hasno mendapatkan wang yang begitu banyak itu? tanya Datin Tominah sambil menyimpan duit RM 10 ribu diberikan Hasnol tadi.

BAB 15
Keluarga Albert Lee sedang berehat di rumah mereka (Albert Lee, Eric, Robert dan Ealin) sambil membincangkan pelbagai isu seperti perniagaan, keluarga, agama dan politik. Perkara pokok menjadi topik perbualan mereka ialah dunia perniagaan dan keluarga Datuk Dolhi. Albert merancang untuk menguasai Dolhi-Albert Holding dengan menjodohkan Hasnol dengan Ealin tetapi gagal. Sekarang harapannya hanya kepada Robert supaya berkahwin dengan Amera pula. Namun sukar untuk Robert memikat Amera yang tidak sama dengan gadis-gadis lain yang mudah terpengaruh dengan wang.
Robert cuba mendapatkan info terkini tentang anak-anak Datuk Dolhi sama ada mereka akan sama-sama membantu ayahnya atau sebaliknya.Menurut Albert, Ilham sedang diburu oleh pihak polis kerana menjadi agen barat melancarkan gerakan antikerajaan di kawasan pembalakan di Sarawak. Manakala Mukhlis telah berkahwin dengan janda dan tidak bekerja. Anak-anak Datuk Dolhi semuanya berpelajaran tinggi tetapi lalai dengan kesenangan dan kemewahan.
Kemudian perbualan beralih kepada isu hendak menjadi seorang YB atau ahli perlimen. Apabila ditanya isterinya Albert Lee juga ingin menjadi YB sekiranya berpeluang tetapi, isterinya Eric tidak berkenan kerana banyak masa seorang YB berkahidmat untuk rakyat dan banyak duit akan habis sedangkan berniaga semua keuntungan akan menjadi miliknya.
Siapakah yang akan menerajui Dolhi-Albert Holding selepas ini kerana anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat dengan perniagaan. Peluang amat cerah untuk Robert menguasai syarikat kongsi ayahndanya itu. Namun Datuk Dolhi masih mempunyai waris yang tidak pernah dikenali oleh Albert tetapi hanya mendengar cerita daripada mulut orang sahaja.
Pada waktu malam Robert Lee telah menghubungi Amera melalui telefon untuk mengajak Amera keluar makan dengannya. Amera menolak pelawaan Robert dengan alasan banyak kerja hatta hari minggu sekalipun kerana mendidik anak bangsa. Robert ingin sangat mengambil (ikhlas) Amera sebagai isterinya walaupun dia mesti masuk Islam (biasa kawan dengan orang Islam). Dia menegenagkan saat dia bermain-main dengan amera sejak kecil dahulu dan tidak tahu kenapa Amera menjauhkan diri daripadanya sekarang.

BAB 16
Datuk Dolhi sangat gembira dan tenang setelah segala isi hatinya telah diluahkan kepada anaknya Wahi. Sehubungan itu, Datuk Dolhi telah menyatakan hasratnya untuk bersara daripada dunia perniagaan kerana dia sudah mempunyai seorang pengganti yang berkeliber iaitu Wahi. Namun Wahi masih memujuk ayahnya itu supaya terus berada Dolhi-Albert Holding kerana syarikat itu masih memerlukan kepakaran dan pengalaman beliau yang begitu luas sekali dalam dunia perniagaan.
Walau bagaimanapun Datuk Dolhi tetap dengan keputusannya untuk bersara dan ingin menumpukan kepada kerja-kerja kebajikan dan beramal ibadat. Beliau sedar usianya sudah berada di muara pencinpta atau hari sudah begitu senja yang sepatutnya beliau lebiah banyak mendekatkan diri kepada tuhan bukan sibuk dengan urusan perniagaan yang tidak pernah ada noktahnya.
Wahi menghantar Datuk Dolhi ke Lapangan Terbag Narita untuk pulang ke Malaysia setalah menghabiskan percutiannya di Jepun.Wahi memberitahu dia akan mengahwini Yuka seorang wanita Jepun anak kepada seorang askar Jepun yang pernah mengganas di Tanah Melayu (1941 – 1945). Benak Datuk Dolhi penuh dengan andaian, mungkin Wahi ingin menjepunkan budaya kerjanya untuk menjadi seorang tokoh perniagaan yang berkaliber.

BAB 17
Cerita Ilham yang terlibat dalam demonstrasi bersama Bruno telah melarikan diri ke luar negara dan gagal ditangkap oleh pihak polis (PDRM). Perkara tersebuat telah mencetus kebimbangan di hati Datin Tominah, sebaliknya Datuk Dolhi tidak akan membantu Ilham kerana ingin anaknya itu menyelesaikan sendiri masalah yang diciptanya itu (pengajaran). Datuk Dolhi terkejut dan kehairanan memikirkan dari mana Hasnol mendapat duit sebanyak RM 10 ribu membayar hutangnya, membeli kereta mewah baru dan melancong ke Eropah, mungkinkah rasuah?. Kesempitan hidup Mukhlis telah mendapat simpati ibunya tetapi Datuk Dolhi mahukan Mukhlis berusaha dengan tenaga empat kerat yang ada padanya lagipun selama ini dia menganggap kekayaan ayahnya tidak betul dengan agama. Begitu juga dengan Dani yang masuk ke ruang tamu dengan berpakaian compang-camping dinasihati Datuk Dolhi supaya lebih berdisiplin dan tidak terlibat dengan dadah. Bagi Dani kehidupan Rock ada gayanya yang tersendiri.
Pada malam itu Datuk Dolhi telah berterus terang dengan keluarganya tentang perkahwinannya dengan Mastura 28 tahun yang lalu dan Wahi adalah anaknya yang sah. Berita ini mengemparkan keluarga dan Datin Tominah mengambil sikap berkonfrantasi dengan Datuk Dolhi. Datin Tominah memujuk Hasnol supaya segera masuk ke syarikat bapanya sebelum jatuh ke tangan Wahi, namun Hasnol sudah selesa dengan amalan rasuahnya itu dia sudah kaya raya. Amera telah memujuk ibunya supaya tidak bersikap dingin kepada bapanya kelak ayahnya mencari isteri baru. Selepas itu Datin Tominah berbaik-baik semula dengan Datuk Dolhi.

BAB 18
Datuk Dolhi menerima panggilan penting, iaitu berhubungan rombongan pihak YB Timbalan Menteri akan datang ke rumahnya untuk merisik Amera. Datuk Dolhi dan Datin Tominah sangat gembira dengan berita itu. Cincin tanya telah menjadi penghubung antara kedua-dua pihak dan majlis berjalan lancar. YB ingin mempercepatkan perkahwinannya dengan Amera.
Berita Amera dilamar oleh seorang Timbalan Menteri telah heboh diperkatakan di akhbar, sanak-saudara, rakan-rakan sekerja dan lain-lain lagi. Tidak kurang pula ada yang mencercanya, biasalah manusia tidak pernah berpuashati dengan kegembiraa orang lain.
Dalam majlis perkahwinan Amera, Ustaz Hashim rakan lama Datuk Dolhi telah menceitakan tentang nasib malang yang sedang menimpa Mukhlis kerana mengikuti ajaran sesat di Sungai Bakau. Menurutnya Mukhlis menjadi sudah tidak siuman setelah ditinggalkan oleh isterinya yang balik semua kepada Tuk Gurunya. Datuk Dolhi sangat sedih dan tidak menyangka perkara itu menimpa anaknya. Semasa Datuk Dolhi pergi melawatnya, Mukhlis sudah tiada disitu dan dikatakan telah merayau-rayau dengan sebilah pedang. Datin Tominah amat sedih dan menangis apabila mengenangkan Mukhlis.

BAB 19
Minggu depan Hasnol bersama-sama Isteri dan anak-anaknya (Boy & Joy) akan bercuti ke Eropah. Mereka akan melawat saudara-mara yang tinggal di England, Paris dan Amerika Syarikat. Hidupnya sekeluarga bertambah senang dan mewah kerana menerima duit suapan ”Rasuah” daripada Tengku Munir setelah Hasnol berjaya mempengaruhi lembaga pengarah melluskan beberapa projek kepada Tengku. Ibunya (Datin Tominah) menragui kemampuan Hasnol kerana anaknya hanya pengawai kerajaan sahaja sedangkan dia akan bercuti selama sebulan di Eropah tentu banyak belanja diperlukan.
Tengku Munir menghubungi Hasnol untuk mendesak Hasnol mempengaruhi Lembaga Pengarah meluluskan 10 projek untuknya. Setakat ini hanya 4 projek sahaja menjadi miliknya, bagi Tengku Munir tidak berbaloi RM 500,000 dimasukkan ke akuan Hasnol di luar negara kerana gagal mendapatkan kontrak yang lain. Tengku Munir mengugut Hasnol supaya meluluskan juga projek yang itu kepadanya dan Hasnol enggan kerana dia tidak sanggup berdepan dengan exco serta Menteri Besar untuk tujuan itu.
Fikiran Hasnol menjadi berkecamuk sekali kerana memikirkan pelbagai masalah dan bimbang kecurangannya dapat dihidu oleh BPR. Walau bagaimanapun Hasnol tetap dengan keputusannya untuk bercuti ke Eropah atas desakan Linda , tetapi hatinya amat berat apabila memikirkan amaran Tengku Munir.
Akhirnya Tengku Munir dan seorang pegawainya telah pergi ke pejabat Menteri Besar untuk melaporkan kes rasuah melibatkan Hasnol. Kes itu telah diserah kepada BPR oleh pejabat MB untuk disiasat dengan segera. Sekali lagi Datuk Dolhi menerima tamparan hebat imej teruk tercalar kali ini dan segala maklumat telah digeledah oleh BPR dan dia akur dengan memberi kerjasama kepada pegawai BPR itu. Datin Tominah menangis dan memujuk supaya Hasnol balik ke Malaysia untuk membersihkan namanya walaupun dia telah mengaku kepada ibunya itu.

BAB 20
Dani dan kumpulannya ”Young Rock Band” telah menerima undangan untuk membuat persembahan pada malam Ekspo Perdagangan Pemuda anjuran persatuan belia. Kumpulan itu baru sahaja merakamkan album terbaru dan amat popular dalam kalangan muda-mudi. Pada malam itu Dani kelihatan tidak bermaya, gelisah dan muram. Sebenarnya dia ketagih dadah sehingga tidak mampu untuk membuat persembahan sekiranya tidak mendapat suntikan dadah terlebih dahulu. Pengurus kumpulannya terpaksa membenarkan Dani mendapatkan bekalan dadah terlebih dahulu supaya dapat menghiburkan penonton yang telah menunggu dan membeli tiket awal-awal lagi.
Pergerakan Dani telah dapat dicium oleh pihak berkuasa PDRM dan berjaya ditangkap semasa sedang mencari pembekal di sekitar pekan tersebut. Para penonton atau peminat marah dan berasa tertipu dengan kumpulan tersebut telah meminta pihak penganjur memulangkan wang tiket mereka. Berita Dani ditangkap kerana dadah telah tersebar luas di media massa menyebabkan Datuk Dolhi dan Datin Tominah sekali lagi mendapat malu besar. Pihak RTM bertindak mengamkan jualan album Young Rock Band akibat tindakan Dani itu.
Hasnol pula telah kembali ke tanah air selepas berkali-kali dipujuk oleh Datin Tominah. Ketibaannya di lapangan terbang telah disambut oleh Ibunya dan Pak Dollah (pemandu), sekumpulan pegawai BPR sudah menunggu Hasnol. Dia telah ditangkap kerana didakwa terlibat menerima rasuah untuk mempengaruhi pihak atasan meluluskan projek kepada seorang kerabat diraja. Hasnol bertekat akan mengheret Tengku Munir kemuka pengadilan kerana dia telah menikmati kekayaan di atas penderitaan orang lain.

BAB 21
Ilham telah bertindak memburukkan imej Malaysia di luar negara dengan mengadakan tunjuk perasaan ketika lawatan menteri kanan Malaysia ke London. Demonstrasi itu didalangi oleh Ilham yang anjurkan Pertubuhan Alam Sekitar Sedunia. Dia telah mengecam tindakan kerajaan Malaysia membiarkan pembalakan dilakukan secara berleluasa dalam satu wawancara dengan televisyen antarabangsa. Malah dia mendakwa tidak bersalah kerana dia sudah menjadi warganegara dunia sekarang ini.
Tindakan Ilham itu telah menyusahkan keluarganya apabila Datuk Dolhi, YB Wahab dan lain-lain disoal-siasat oleh Pegawai Polis Cawangan Khas untuk mengetahui kegiatan Ilham. Datuk Dolhi juga menerima kecaman yang hebat daripada Ilham kerana terlibat dengan penebangan hutan. Kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan Albert Lee kerana dia terlibat menguruskan projek pembalakan di Sarawan dan bimbang projek itu akan dibatalkan oleh kerajaan Sarawak.
Semasa Datuk Dolhi berdepan dengan pelbagai isu tentang anak-anaknya itu, Albert Lee telah diamanahkan menjalankan tugas Datuk Dolhi. Albert merasa tergugat apabila mendapati Wahi anak Datuk Dolhi kerana dia seorang yang pintar dalam perniagaan dan akan mengugat kedudukan anaknya Robert Lee.

BAB 22
Datuk Dolhi menerima berita bahawa Wahi akan pulang ke tanah air. Berita itu, telah melegakan fikiran Datuk Dolhi khususnya selepas imejnya begitu tercalar dengan perbuatan anak-anaknya itu. Hasnol telah dibebaskan dengan ikat jamin, begitu juga dengan Dani yang akan dihantar ke pusat serenti.
Di Tokyo Wahi dan Yuka (isterinya) bakal bertolak pulang ke Malaysia. Mereka berbual-bual tentang diri masin-masing khususnya tentang budaya baru yang akan ditempuhi oleh Yuka seperti penguasaan bahasa Melayunya dan lain-lain. Wahi cuba mengajak isterinya itu mengingati semula detik-detik pertemuan mereka yang berakhir ke jinjang pelamin iaitulah pada lagu Minna no Kokoro Ni .
Apabila kapal terbang mereka hampir mendarat Yuka telah menyanyikan satu lagu lagi iaitu Kyoo Ni Hi Wa Sayoonara dan Wahi melihat isterinya itu menangis
mungkin sedih meninggalkan kampung halamannya iaitu Okayama dan berada di tempat baru. Di lapangan terbang kepulangan Wahi disambut oleh Datuk Dolhi, Datin Tominah, Hasnol dan Amera. Datin Tominah telah berbaik dengan Wahi kerana sedar akan kegagalannya mendidik anak-anak untuk menjadi pengganti Datuk Dolhi. Malam itu penuh dengan kebahgiaan di rumah Datuk Dolhi dengan ketawa dan terhenti apabila Datuk Dolhi menerima penggilan Mukhlis sedang dirawat di hospital kerana kemalangan semasa merayau-rayau di Kampung Sungai Bakau.

BAB 23
Setelah beransur pulih Mukhlis akan dihantar ke pusat rawatan mental untuk mengelak gangguan fikirannya berulang lagi. Manakala Dani pula akan dihantar ke pusat pemulihan selepas kesnya selesai di mahkamah untuk memulihkan dirinya dan menjauhkan pergaulannya dengan penagih dadah yang lain. Kumpulan Young Rock Band telah berkubur setelah stesen televisyen menggantung persembahan mereka.
Selepas menguruskan hal berkaitan dengan kedua-dua anaknya itu Datul Dolhi telah ke pejabat Dolhi-Albert Holding untuk menghadiri mesyuarat lembaga pengarah. Prestasi syarikat telah menurun sejak Datuk Dolhi tidak berada di pejabat dan kritikan kepada Albert Lee daripada ahli lembaga pengarah mengamatkan mesyuarat itu. Akhirnya Datuk Dolhi mengisytiharkan Wahi sebagai penggantinya dan dipersetujui dengan sebulat suara oleh semua ahli lembaga pengarah syarikat kecuali Albert Lee yang mengambil tindakan keluar daripada mesyuarat tersebut kerana tidak setuju keputusan itu. Albert Lee menuduh tindak tanduk anak-anak Datuk Dolhi iaitu Ilham menyebabkan kntrak balak dibatalkan dan Hasnol terlibat rasuah menyebabkan BPR menyiasat kaedah Dolhi-Albert Holding mendapat tendernya, kehadiran YB Wahab pula tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada syarikat malah mendatangkan pelbagai kecurugaan. Persahabatan antara Datuk Dolhi dan Albert Lee berakhir begitu sahaja. Albert Lee merasakan kedudukannya terancam kerana Wahi seorang pemuda yang cekap telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada syarikat tersebut dan tindakkannya itu mesokong oleh Robert Lee yang bercita-cita mengambil alih tempat Datuk Dolhi itu.

BAB 24
Datuk Dolhi kini dapat meluangkan masa untuk berada dirumah dan beliau berasa sangat tenang kerana tidak perlu lagi memikirkan soal perniagaan, turun naik saham, tender, melawat projek dan masalah kakitangan. Segala-galanya diserahkan kepada anaknya Wahi manakala Yuka pula bertugas dibahagian sumber manusia dan diharapkan budaya kerja Jepun dapat diserapkan ke dalam pengurusan syarikat itu.
Datin Tominah sentiasa menemani Datuk Dolhi yang tidak seperti dahulu lagi sentiasa dikunjungi sahabat handai. Datuk Dolhi megembalikan semula ingatan Datin Tominah akan projek Butik Busana Islamnya itu. Datin Tominah bersyukur projek itu tidak menjadi kerana rakan-rakan datinnya adalah jenis manusia yang mementingkan diri sendiri dimana semasa keluarganya berada dalam kesusuhan tiada seorang pun datin-datin itu membantunya. Datuk Dolhi mengajak Datin Tominah bercuti ke luar negara seperti ke Paris, London atau New York manakala Datin Tominah mengajak Datuk Dolhi ke Makkah untuk mengerjakan Umrah dan ziarah. Hasrat datin itu dipersetujui oleh Datuk Dolhi. Pada waktu petang Datuk Dolhi sedang berehat mencari ketenangan sambil fikirannya mengenangkan kesemua anaknya Hasnol, Ilham, Amera, Mukhlis, Dani dan Wahi. Dia sedar kemewahan telah menyebabkan anak-anaknya lalai (zon selesa) walaupun berpendidikan tinggi berbanding dengan Wahi yang dibesarkan dengan kesusahan telah lahir sebagi pemuda yang berkaliber dan berwawasan. Kepada Wahi menjadi harapan Datuk Dolhi untuk megembangkan lagi empayar perniagaannya itu supaya menarik minat anak-anaknya yang lain terjun didalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi akhirnya sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t supaya mengurniakan hidayah (petunjuk) kepada keluarganya dan berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.

DITULIS OLEH:
EN. MOHD ZULKIFLI B. RAMLI
(SARJANA MUDA SASTERA DENGAN PENDIDIKAN)
USM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan