E-Bincang

Bacaan Ayat Al-Quran

Rabu, 2 Oktober 2013

Ulang kaji SPM 2013 Pantun Lapan Kerat

PANTUN LAPAN KERAT
Harun Mat Piah (Penyelenggara)

Maksud
Rangkap 1
Kesabaran merupakan sebahagian daripada keimanan seseorang. Individu yang banyak bersabar tidak muda digoda oleh iblis. Individu seperti inilah yang biasanya berjaya dalam hidupnya.

Rangkap 2
Merujuk kepada kelahiran Utusan Allah. Baginda merupakan seorang individu istimewa yang berasal daripada keturunan Adam. Baginda lahir sebagai khalifah yang diamanahkan oleh Allah untuk membimbing manusia.

Rangkap 3
Warisan budaya nenek moyang kita semakin binasa kerana kecuaian kita sendiri. Budaya Timur yang murni dicemari budaya Barat. Kita juga semakin lalai dalam memelihara bahasa ibunda kita.

Tema dan Persoalan

Membawakan campuran pelbagai tema. Antaranya ialah kepentingan kesabaran, kemuliaan Rasulullah SAWdan kebinasaan warisan silam.

Antara persoalan yang terkandung dalam puisi ini ialah:

a. Kesabaran merupakan sebahagian daripada keimanan.
b. Kemuliaan Rasulullah SAW.
c. Pencemaran warisan budaya silam akibat pengaruh Barat.

Bentuk

Ini merupakan pantun lapan kerat dan berbentuk terikat. Ciri-ciri puisi ini ialah:
a. Setiap rangkap terdiri daripada lapan baris.
b. Tunduk kepada rima hujung abcdabcd
c. Empat baris pertama merupakan pembayang manakala empat baris terakhir merupakan maksud.
d. Setiap baris terdiri daripada tiga hingga lima patah perkataan.

Gaya Bahasa yang Ketara

Antara gaya bahasa yang ketara dalam puisi ini ialah

a. Inversi
Contoh
Baris 3/Rangkap 3
Menjadi riuh orang di darat
Sepatutnya
Orang di darat menjadi riuh.

b. Personifikasi
Contoh:
Baris 8/Rangkap 3
Bahasa ibunda hina terbiar

Nilai dan Pengajaran

Nilai yang ketara dalam puisi ini ialah kesabaran, kesyukuran dan bertanggungjawab. Pengajaran yang disampaikan melalui puisi ini ialah:

a. Kita harus mengutamakan kesabaran dalam menjalani kehidupan.
b. Kita hendaklah bersyukur dengan limpah kurnia Allah yang mengutuskan pembimbing yang mulia
    bagi membawa kita ke jalan yang benar.
c. Kita harus bertanggungjawab dalam memelihara budaya dan bahasa warisan bangsa kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan