E-Bincang

Bacaan Ayat Al-Quran

Khamis, 3 Oktober 2013

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013 Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden

Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang jadi ahli korporat nanti,”
 rayu Mikraj.
“Tak perlu!” Israk mengayun kata-kata.
“ Mengapa? Abang takut nyamuk? Agas? Atau seram dengan nyanyian cengkerik? Mengapa abang terlalu berlagak akhir-akhir ini? Suara Mikraj makin lama makin meninggi.
Israk menarik nafas dalam-dalam, dan berkata, “Mengapa kau terlalu menjaga tepi kain orang?”
Saya kasihan melihat Wah. Abang menghina, mengeji, menyakiti Wah. Paha kanan tercubit paha kiri turut berasa sakit. Abang sedar tak,
Wah lebih tua daripada abang!”
“Saya ajak pa dan ma bawa abang balik kampung semata-mata mahu abang mengenali Wah yang membela abang sejak berusia satu hari lagi. Abang tahu, Wah benar-benar terhiris sewaktu atuk ‘Perth’ bawa abang lari. Sejak itu abang langsung tak mengenali Wah. Saya mahu
abang belajar erti kepayahan, kekecewaan, dan ketabahan seorang wanita. Wah orangnya...,” butir bicara Mikraj diiringi mutiara mata.
“Sudah hujan,” perli Israk.
“Abang jangan terkejut kalau saya mampu membuatkan abang menangis nanti!”
Israk bersahaja. Dia mencapai gitarnya lalu lagu sumbang itu kembali beralun. Perasaan meluat mula bersarang dalam kalbu Mikraj. Kalau tersilap jolok, pasti terjolok sarang itu. Bahaya.
“Kalau bercakap dengan abang mesti ada kompromi,” katanya, memandang tepat ke wajah Israk. Fikirannya di awang-awangan.

(Dipetik daripada cerpen Israk
oleh Erda Roslan khairi, dalam Harga Remaja, DBP)

i. Apakah reaksi Israk apabila Mikraj mengajaknya ke kebun? [2 markah]

Jawapan 2 (b) Petikan Drama
i. Reaksi Israk apabila Mikraj mengajaknya ke kebun ialah menjawab secara sambil lewa, iaitu tidak perlu malah memarahi Mikraj yang dianggap terlalu menjaga tepi kain orang. Israk juga menyindir Mikraj dengan pertanyaan Mikraj sudah selesai berhujah dan bersahaja mencapai gitarnya lalu lagu sumbang itu kembali beralun. (2 m)
 
ii. Berikan beberapa cadangan untuk mendekatkan golongan muda agar berminat untuk menyertai
aktiviti-aktiviti yang melibatkan kegiatan kekeluargaan. [3 markah]

Jawapan 2 (b) Petikan Drama
ii. Beberapa cadangan untuk mendekatkan golongan muda agar berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang melibatkan kegiatan kekeluargaan ialah menyerahkan tanggungjawab mengelolakan sebarang aktiviti kepada kumpulan ini agar mereka merasakan tenaga mereka dihargai. Selain itu, aktiviti tersebut secara keseluruhannnya memerlukan penglibatan semua pihak agar hubungan lebih akrap dan sesetengah aktiviti boleh menggunakan komputer,telefon bimbit, dan pelbagai gajet kerana remaja kini lebih berminat pada aktiviti yang menggunakan perisian malah mereka boleh mengggunakan kepakaran masing-masing untuk mengajar keluarga yang telah berumur atau tidak mahir dalam ilmu komputer.
 
iii. Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan, dan satu pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]

Jawapan 2 (b) Petikan Drama
iii. Satu pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah kita janganlah biadap terhadap orang tua contohnya Israk yang kerap melukakan hati neneknya, Wah./Kita jangan lupa diri/asal usul, contohnya Israk yang enggan ke kebun apabila diajak oleh Mikraj kerana menganggap
dirinya berketurunan Inggeris. Pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ialah kita ...........................................................................................................................................................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan