E-Bincang

Bacaan Ayat Al-Quran

Rabu, 2 Oktober 2013

Ulang kaji SPM 2013 Gurindam Tonggak Dua Belas

Gurindam Tonggak Dua Belas
Mohd Sidek Mohd Dollah (Mas Adeki) (Penyelenggara)

Maksud
Rangkap 1
Manusia harus menghargai masa dan tidak harus menangguhkan kerja.

Rangkap 2
Sifat tekun merupakan kunci kejayaan. Sesuatu pekerjaan itu haruslah bersesuaian dengan kemampuan diri.

Rangkap 3
Sifat ceria akan menyeronokkan suasana kerja. Oleh itu harus elakkan sifat bermuram dan bersedih semasa bekerja.

Rangkap 4
Kita harus mengamalkan keserhanaan dalam menjalani kehidupan dan bertindak dengan menggunaan akal.

Rangkap 5
Keperibadian mulia harus dijadikan amalan hidup. Keikhlasan harus dijadikan pegangan hidup.

Rangkap 6
Sifat bak hati, bertimbang rasa dan bersimpati merupakan kekuatan seseorang individu.

Rangkap 7
Pemimpin harus menunjukkan teladan yang baik. Kita juga harus membezakan baik dan buruk dalam menjalani kehidupan.

Rangkap 8
Kita harus memikul tugas dengan yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Tugas itu harus dipikul dengan sifat keserhanaan tetapi tegas.

Rangkap 9
Sifat berhemat harus diamalkan bagi mengelakkan pembaziran.

Rangkap 10
Sekiranya kita mengamalkan kesabaran dan berfikir dengan waras, maka segala permasalahan dapat diselesaikan dengan mudah.

Rangkap 11
Kita harus memberikan dorongan kepada mereka yang berbakat. Kita juga harus menunjukkan kebolehan kita agar menjadi perangsang kepada orang lain.

Rangkap 12
Daya kreativiti harus dijadikan budaya hidup kita.

Tema dan Persoalan
Puisi ini membawakan tema nilai-nilai murni yang harus dijadikan pegangan bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia.

Antara persoalan yang terkandung dalam puisi ini ialah:

a. Kepentingan menghargai masa.
b. Ketekunan tangga kejayaan.
c. Kemuliaan sifat sederhana.
d. Kepimpinan melalui teladan
e. Memberikan dorongan kepada orang lain

Bentuk

Gurindam merupakan sejenis puisi dengan bentuk terikat. Ciri-ciri gurindam ini ialah:
a. Terdiri daripada dua belas rangkap.
b. Setiap rangkap terdiri daripada dua baris.
c. Tunduk kepada rima akhir aa
d. Hampir kesemua barisnya terdiri daripada empat patah perkataan

Gaya Bahasa yang Ketara

a. Responsi (Pengulangan kata pada pertengahan baris) Contoh:
Ketinggian peribadi jadi amalan,
Ketelusan hati jadi bekalan

b. Kata-kata pinjaman dari bahasa Inggeris
Contoh:
Kreatif, aktif

Nilai dan Pengajaran

Puisi ini amat kaya dengan nilai dan pengajaran. Sebenarnya terdapat pengajaran yang berguna kepada kita dalam kesemua rangkap puisi ini. Sekadar contoh, nilai-nilai utama dalam puisi ini ialah menghargai masa, ketekunan, kesederhanaan, baik hati, bertimbang rasa, bersimpati, dan kesabaran. Antara pengajaran yang boleh disimpulkan daripada puisi ini ialah:

a. Kita haruslah menggunakan masa dengan sebaik mungkin dan tidak harus menangguh-nangguhkan sesuatu kerja.
b. Kita harus berusaha dengan tekun dan rajin bagi mencapai kejayaan.
c. Kita harus mengutamakan keserhanaan dalam mejalani kehidupan harian.
d. Pemimpin harus menunjukkan teladan yang baik kepada mereka yang dipimpinnya.
e. Kita harus sentiasa bersabar dalam menghadapi dugaan hidup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan