E-Bincang

Bacaan Ayat Al-Quran

Khamis, 3 Oktober 2013

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013 Soalan 2 (d) Gurindam

Soalan 2 (d) Gurindam

Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan 
menggunakan ayat anda sendiri.

Gurindam 12 Fasal yang Keenam

Cahari olehmu akan sahabat, 
Yang boleh dijadikan ubat. 

Cahari olehmu akan guru,
Yang boleh tahukan tiap seteru.
 
Cahaya olehmu akan isteri,
Yang boleh menyerahkan diri.
 
Cahari olehmu akan kawan,
Pilih segala orang setiawan.

(Abu Hassan Sham (Penyelenggara)
Puisi-puisi Raja Ali Haji,
Dalam antologi Harga Remaja, 1993 DBP)

i. Apakan yang dimaksudkan dengan: 

Cahari olehmu akan sahabat
Yang boleh dijadikan ubat [3 markah]

Jawapan 2 (d) Puisi Tradisional
i. Maksud cahari olehmu akan sahabat, yang boleh dijadikan ubat ialah saranan supaya memilih sahabat yang akan bersama-sama kita sama ada dalam keadaan senang atau susah (3 m)
 
ii. Sahabat amat penting pada masa susah maupun senang. Cadangkan ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang sahabat yang setia. [3 markah]

 Jawapan 2 (d) Puisi Tradisional
ii. Ciri-ciri seorang sahabat yang setia ialah yang tidak akan menceritakan aib kita kepada orang lain. Mereka juga akan bersama-sama kita di kala kita susah maupun senang malah mereka jujur dan berterus terang sekiranya kita tersalah haluan serta memaklumkan perkara negatif yang kita lakukan kepada keluarga agar dapat dibetulkan sebelum jauh terpesong. (3 m)
 
iii. Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam gurindam di atas. [3 markah]
 
Jawapan 2 (d) Puisi Tradisional
iii. Dua nilai yang terdapat dalam gurindam di atas ialah kebijaksanaan iaitu bijak dalam memilih sahabat sejati. Ketaatan iaitu isteri yang taat kepadaa suaminya dan keiklasan iaitu seorang sahabat yang baik sentiasa ikhlas dengan rakannya. (3 m)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan