E-Bincang

Bacaan Ayat Al-Quran

Rabu, 2 Oktober 2013

Ulang kaji SPM 2013 Pantun Enam Kerat

ANALISIS PUISI DALAM DIRGAHAYU BAHASAKU

Pantun Enam Kerat
Md. Ali Bachik (ILADAM) (Penyelenggara)

Maksud
Rangkap 1
Ketabahan individu untuk menjalani kehidupan tanpa menghiraukan penderitaan yang menimpanya kerana kekuatan jiwanya.


Rangkap 2
Segala penderitaan yang menimpa seseorang itu merupakan suratan yang ditentukan oleh Tuhan. Tiada siapa yang boleh disalahkan
kerana penderitaan tersebut.


Rangkap 3
Seseorang yang menanggung kekecewaan kerana kekasihnya meninggalkannya setelah menemui kekasih baru.


Tema dan Persoalan

Puisi ini membawakan tema penderitaan dan kekecewaan yang ditanggung oleh seseorang individu yang gagal dalam percintaan.

Antara persoalan di dalamnya ialah:

a. Kekuatan jiwa untuk menghadapi kekecewaan dengan tabah.
b. Segala yang terjadi di dunia ini merupakan ketentuan Tuhan.
c. Ketiadaan kesetiaan dalam bercinta.

Bentuk

Puisi ini merupakan pantun enam kerat dan mempunyai bentuk yang terikat. Ciri-cirinya ialah:
a. Terdiri daripada tiga rangkap.
b. Setiap rangkap terdiri daripada enam baris.
c. Tunduk kepada rima hujung abcabc.
d. Tiga baris pertama merupakan pembayang manakala tiga baris berikutnya merupakan maksud.
e. Setiap baris terdiri daripada empat hingga lima patah perkataan.

Gaya Bahasa yang Ketara

Antara gaya bahasa yang ketara dalam puisi ini ialah

a. Penggunaan peribahasa
Contoh: Ibarat kaca jatuh ke lantai (Baris 4/Rangkap 1)
Ibarat melukut di tepi gantang (Baris 4/Rangkap 3)

b. Pengulangan

i. Anafora (Pengulangan kata pada awal baris)
Contoh:
Baris ke-5/6 Rangkap 2
Sudah takdir sudah suratan,
Sudah nasib jadi begini.

ii. Responsi (Pengulangan pada akhir baris)
Contoh:
Baris 2 dan 5/Rangkap 3
Gelama tiak berumpan lagi,
Yang lama tidak berkenan lagi,

iii. Repetisi
Baris5/Rangkap 2
Contoh : Sudah takdir sudah suratan

Nilai dan Pengajaran

Nilai-nilai yang terkandung dalam puisi ini ialah ketabahan menghadapi cabaran, redha kepada takdir Tuhan dan kesetiaan. Pengajaran yang disampaikan kepada pembaca ialah:

a. Kita harus tabah menghadapi musibah yang mendatang dalam hidup kita.
b. Kita harus redha dengan suratan takdir serta tidak harus menyalahkan orang lain di atas 
    penderitaan yang menimpa kita.
c. Kita harus setia kepada orang yang kita cintai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan