E-Bincang

Bacaan Ayat Al-Quran

Khamis, 19 September 2013

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013 Bahasa Melayu Kertas 1

Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan 45 minit]

Lihat gambar di bawah dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang tanggungjawab seseorang terhadap komuniti. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Contoh Jawapan : Bahagian A
 
[30 markah]
Tanggungjawab terhadap komuniti:

• Masyarakat perlu prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik seperti orang kurang upaya, hilang keupayaaan kerana kemalangan, orang yang ditimpa penyakit, anak yatim piatu atau yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa boleh mendidik anakanak agar simpati terhadap nasib golongan ini, memberi bantuan mengikut kemampuan dan tidak menghindari atau mengejek mereka.
 
• Masyarakat setempat perlu ambil tahu apa yang berlaku terhadap jiran tetangga mereka terutama apabila jiran ditimpa musibah seperti menghidap penyakit, kecurian, rumah terbakar, atau kemalangan dan banjir. Memberi bantuan berupa barang atau sokongan moral.
 
• Orang ramai juga boleh bergotong royong meringankan beban jiran yang memerlukan seperti membaiki rumah jiran yang kurang berkemampuan, membersihkan kawasan setempat agar bebas daripada penyakit dan binatang berbahaya dan sama-sama membantu dalam majlis-majlis yang diadakah di kawasaan berkenaan agar hubungan antara masyarakat bertambah erat tidak kira apa agama dan bangsa jiran kita.

Sumber : www.afterschool.my

1 ulasan:

  1. 3x titanium tube | baojititanium.blogspot.com
    1.2.5.1 : BaoJinNiBao-Siberian TAB TAB TAB TAB 천안 출장마사지 TAB 영주 출장샵 TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB baoji titanium TAB TAB 삼척 출장샵 TAB 양산 출장샵 TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB TAB

    BalasPadam