E-Bincang

Bacaan Ayat Al-Quran

Isnin, 9 September 2013

Pemeranan untuk menghidupkan cerita._Soalan latihan novel persediaan menghadapi peperiksaan spm Bahasa Melayu 2013

Soalan: 
Watak dalam novel berperanan untuk menghidupkan cerita. Huraikan dua perwatakan
watak utama dalam.novel yang telah anda pelajari.

Cadangan jawapan
Berdasarkan novel Kabus di Perbukitan hasil karya Mohamad Kholid Hamzah,
pengarang memaparkan Faridah sebagai watak utama. Antara perwatakan yang 
paling menonjol dalam diri watak utama ialah seorang yang tabah/cekal.
Faridah tabah dalam mengharungi dugaan hidup. Sebagai contoh, Faridah yang 
telah  kehilangan adik kembarnya, iaitu Rahayu akibat kanser paru-paru. Faridah 
juga telah kehilangan ibunya, Mak Salmah dan suaminya, Ghazali.  Walau 
bagaimanapun, dia  tetap tabah meneruskan kehidupannya sebatang kara ketika 
menyambung pengajiannya di New Zealand.

  Seterusnya, watak utama juga seorang yang memiliki jati diri yang tinggi. 
 Perwatakan ini dapat dilihat ketika Faridah hidup menetap di New Zealand. Faridah 
masih mengekalkan budaya Melayu seperti menanggalkan kasut ketika masuk ke  
rumah,memakai baju kurung  dan memasak masakan Melayu iaitu kari ayam. Hal 
ini membuktikan bahawa  Faridah tetap mengekalkan nilai-nilai kemelayuannya 
walaupun telah menetap di New Zealand selama 25 tahun.

Selain itu, watak utama merupakan seorang yang prihatin. Faridah bertugas sebagai  tenaga pengajar di PDK Suria, bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat . Faridah menganggap bahawa menjalankan khidmat kepada kanak­-kanak istimewa dianggap sebagai satu ibadah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan