E-Bincang

Bacaan Ayat Al-Quran

Ahad, 8 September 2013

Nilai semangat setia kawan_Soalan latihan novel persediaan menghadapi peperiksaan spm Bahasa Melayu 2013


Soalan:
Berdasarkan novel Kabus di Perbukitan hasil karya Mohamad Kholid Hamzah,terdapat beberapa nilai semangat setia kawan yang ditonjolkan oleh penulis yang dapat dijadikan teladan oteh pembaca.

Cadangan jawapan

Antara nilai semangat setia kawan yang terdapat dalam novel ini ialah nilai semangat setia kawan antara rakan sepengajian/sekuliah (1m) yang dapat dilihat daripada watak Rahayu dan Azrul.Contohnya,Rahayu yang sanggup bangun pagi untuk bertemu Azrul di perpustakaan walaupun berasa kurang sihat. Mereka saling berbincang tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah serta program Kempen Save Our River yang akan dijalankan oleh Azrul di KLCC. (1 m) 

Selain itu,terselit juga nilai semangat setia kawan antara bekas rakan sejawat (1m) yang ditonjolkan oleh penulis melalui watak Buyung. Misalnya, Buyung bekas seorang askar tetap setia membantu Mejar (B) Kamaruddin mencari Faridah yang hilang di Bukit Kutu walaupun pencarian telah diberhentikan. Buyung menunjukkan semangat setiakawan dengan sanggup mengharungi hutan di Bukit Kutu yang pernah diisytiharkan sebagai kawasan merah akibat aktiviti komunis.(1m) 

Akhir sekali, penulis memaparkan nilai semangat setia kawan antara rakan niaga (1m) yang diperlihatkan menerusi watak Soleh Johnson dan Datuk Azrul.Sebagai contoh, Soleh Johnson sepakat dan berkerjasama dengan Datuk Azrul untuk membangunkan kawasan tanah tinggi Lojing di Cameron Highlands sebagai kawasan agro pelancongan.(1m)

Sumber : Guru-guru Bahasa Melayu SMK Tawau  
 

1 ulasan: