E-Bincang

Bacaan Ayat Al-Quran

Khamis, 19 September 2013

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013 Bahagian B [100 markah] [Masa dicadangkan 1 jam 30 minit]

Bahagian B 
[100 markah] 
[Masa dicadangkan 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.
 
1. Generasi remaja hari ini didapati kurang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti serta program keagamaan dan kemasyarakatan. Fenomena ini dikaitkan dengan kewujudan teknologi komunikasi.
Tuliskan satu rencana yang lengkap bertajuk ‘Mendekatkan Remaja dengan Program Keagamaan dan Kemasyarakatan melalui Teknologi Komunikasi’.

Cadangan jawaban

1. Format rencana – Tajuk dan nama pengarang.
 
Isi –

• Menggunakan alat komunikasi seperti internet untuk menyebarkan tips-tips yang berguna untuk diamalkan oleh remaja. Contohnya keburukkan mengambil dadah atau minum alkohol, seks bebas dan penyebaran fitnah. Remaja hari ini cenderung berhubung melalui twitter, muka buku (face book), skype, line, weechat, face time, yeepi (laman sosial Islam), linked in, dan sebagainya, oleh itu golongan dewasa boleh mengambil kesempatan dengan menghubungi remaja melalui laman sosial untuk menyalurkan dakyah agama.
 
• Menguar-uarkan melalui ruangan laman sosial aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang akan diadakan sama ada di peringkat kebangsaan maupun setempat
 
• Memuat turun ruangan keagamaan atau kemasyarakatan dalam ruangan seperti Youtube, clip video dan sebagainya.
 
• Mengadakan ruangan untuk pedebatan dan kemusykilan kerana ada remaja yang malu untuk mengutarakan masalah mereka secara berdepan dengan orang lain.
 
• Mengajak remaja menjadi ahli pertubuhan sukarela melalui pendaftaran atas talian (online) dengan memberi sijil-sijl keahlian dan penyertaan agar mereka merasakan diri mereka diiktiraf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan