E-Bincang

Bacaan Ayat Al-Quran

Isnin, 4 November 2013

Pemarkahan Rumusan Bahasa Melayu SPM

Pemarkahan
  • Bahagian ini diperuntukkan sebanyak 30 markah
  • 20 markah untuk bahagian isi dan 10 markah untuk aspek bahasa
  • Pengenalan – 2 markah
  • Setiap isi tersurat dan tersirat – 2 markah
  • Kesimpulan – 2 markah
  • Aspek bahasa markah yang diperuntukkan ialah separuh daripada markah isi
  • Aspek bahasa seperti pengolahan bahasa, penggunaan istilah dan kosa kata, tanda baca dan sebagainya akan diteliti sebelum markah untuk bahagian bahasa diberikan.

Perenggan
  • Pelajar bebas menulis perenggan sama ada dalam satu, dua, tiga, atau empat perenggan.sebenarnya, tidak ada peraturan khusus tentang bilangan perenggan. Pelajar dicadangkan supaya menulis rumusan dalam empat(4) perenggan seperti di bawah:
  • Perenggan 1 – Pengenalan
  • Perenggan 2 -  6 isi tersurat
  • Perenggan 3 – 2 isi tersirat
  • Perenggan 4 – Kesimpulan

Bilangan Perkataan
  • Pelajar dikehendaki menulis rumusan antara 100 – 120 patah perkataan.
  • Jika melebihi jumlah perkataan yang dinyatakan isi rumusan yang terdapat dalam perkataan atau ayat selebihnya tidak akan dibaca atau dinilai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan