E-Bincang

Bacaan Ayat Al-Quran

Khamis, 3 Oktober 2013

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013 Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh meyenaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Bendera-bendera yang berwarna-warni itu bertebaran di sepanjang jalan.

ii. Masalah yang institusi pengajian tinggi hadapi adalah kekurangan pendapat yang cerdas.

iii. Beliau sering diajak untuk membentangkan kertas kerja di dalam beberapa seminar.  [6 markah]

Jawapan (d)

(i) Bendera-bendera (bendera) yang berwarna-warni itu bertebaran (berkibaran) di sepanjang jalan.

(ii) Masalah yang institusi pengajian tinggi hadapi adalah (ialah) kekurangan pendapat yang cerdas. (bernas).

(iii) Beliau sering diajak (dijemput) untuk membentangkan kertas kerja di dalam (dalam) beberapa seminar.

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013 Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

i. Kebanyakkan pengguna memilih untuk berbelanja di pusat membeli belah berbanding di kedai runcit.

ii. Puan Halimah dan Encik Halim cadangan untuk menyambut ulangtahun perkahwinan mereka di Hotel Kasturi pada hari Ahad nanti.

iii. Di mana harus saya mengantungkan gambar pemandangan ini. Aqil bertanya kepada Irfan.

[6 markah]

Jawapan (c)

(i) Kebanyakkan (Kebanyakan) pengguna memilih untuk berbelanja di pusat membeli belah (membeli-belah) berbanding di kedai runcit.

(ii) Irfan sambut (menyambut) hari jadinya yang ke 17 (ke-17) secara sederhana sahaja pada tahun ini.

(iii) (“)Di mana harus saya mengantungkan (gantungkan) gambar pemandangan ini(”, ?) Aqil bertanya kepada Irfan.

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013 Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(b) Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian tentukan subjek dan predikat dalam ayat tanpa mengubah maksud asal.

i. Melukis telah menjadi kegemarannya sejak kecil lagi.

ii. Warna oren merupakan warna pilihan Hani untuk majlis perkahwinannya .

iii. Ibu pejabat syarikat tersebut terletak di Labuan, Sabah.                                  [6 markah]

Jawapan (b)

(i) Melukis (S) telah menjadi kegemarannya sejak kecil lagi (P). (2 m)

(ii) Warna oren (S) merupakan warna pilihan Hani untuk majlis perkahwinanya (P) (2 m)

(iii) Ibu pejabat syarikat tersebut (P) terletak di Labuan, Sabah (P) (2 m)

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013 Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(a) Tulis satu ayat bagi setiap kata kerja di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda boleh menambahkan imbuhan tetapi tidak boleh menggunakan perkata itu sebagai kata nama khas.

i. tonton
ii. tengok
iii. keluar
iv. terbit
v. halus
vi. teliti             [6 markah]

Contoh ayat:

(i) Drama percintaan itu saya tonton sehingga tamat. (1 m)

(ii) Pengasuh itu diminta menengok kanak-kanak itu sementara ibunya memilih sayur-sayuran. (1 m)

(iii) Peristiwa berkenaan kemalangan tersebut telah keluar dalam berita pada jam 12.00 malam. (1 m)

(iv) Matahari biasanya akan terbit seawal jam lapan pagi. (1 m)

(v) Anyaman tikar itu sangat halus dan kemas. (1 m)

(vi) Kita perlu melakukan sesuatu kerja dengan teliti agar segala tugasan yang diberikan berjalan dengan lancar. (1 m)

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013 Soalan 2 (d) Gurindam

Soalan 2 (d) Gurindam

Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan 
menggunakan ayat anda sendiri.

Gurindam 12 Fasal yang Keenam

Cahari olehmu akan sahabat, 
Yang boleh dijadikan ubat. 

Cahari olehmu akan guru,
Yang boleh tahukan tiap seteru.
 
Cahaya olehmu akan isteri,
Yang boleh menyerahkan diri.
 
Cahari olehmu akan kawan,
Pilih segala orang setiawan.

(Abu Hassan Sham (Penyelenggara)
Puisi-puisi Raja Ali Haji,
Dalam antologi Harga Remaja, 1993 DBP)

i. Apakan yang dimaksudkan dengan: 

Cahari olehmu akan sahabat
Yang boleh dijadikan ubat [3 markah]

Jawapan 2 (d) Puisi Tradisional
i. Maksud cahari olehmu akan sahabat, yang boleh dijadikan ubat ialah saranan supaya memilih sahabat yang akan bersama-sama kita sama ada dalam keadaan senang atau susah (3 m)
 
ii. Sahabat amat penting pada masa susah maupun senang. Cadangkan ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang sahabat yang setia. [3 markah]

 Jawapan 2 (d) Puisi Tradisional
ii. Ciri-ciri seorang sahabat yang setia ialah yang tidak akan menceritakan aib kita kepada orang lain. Mereka juga akan bersama-sama kita di kala kita susah maupun senang malah mereka jujur dan berterus terang sekiranya kita tersalah haluan serta memaklumkan perkara negatif yang kita lakukan kepada keluarga agar dapat dibetulkan sebelum jauh terpesong. (3 m)
 
iii. Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam gurindam di atas. [3 markah]
 
Jawapan 2 (d) Puisi Tradisional
iii. Dua nilai yang terdapat dalam gurindam di atas ialah kebijaksanaan iaitu bijak dalam memilih sahabat sejati. Ketaatan iaitu isteri yang taat kepadaa suaminya dan keiklasan iaitu seorang sahabat yang baik sentiasa ikhlas dengan rakannya. (3 m)

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013 Soalan 2 (c) – Petikan Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

Maka Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran pun tersenyum mendengar sembah bidadari itu. Maka ujar, tuan puteri, “Kita telah bermain-main semalam tadi dengan biti-biti itu. Maka kita tidur lalu bermimpi hampir dinihari juga rasanya. Maka datang seekor naga maka dipagutnya pinggangku, tiada lekat pada tubuhku rasanya dan aku lihat rupa naga itu terlalu indah-indah sekali. Seketika kita berselimut bau bunga rasanya, dan bau bunga itu pun datang sekarang kepada hidungnya kita rasanya. Hatta maka naga itu pun melancar ke atas kemuncak mahligai ini. Maka ditelannya gemala yang di atas kemuncak mahligai ini. Sebab itulah mukaku pucat ini.”Segala bidadari itu pun berdatang sembah seraya tertawa, “Segera rupanya tuan puteri ini akan kahwin dengan paduka kakanda itu Raja Dewa Lela Mengerna itu.” Tuan puteri pun tersenyum tunduk malu rupanya dan segala bidadari itu pun tertawa seraya ia berpantun demikian bunyinya:

Burung bayan terbangnya tinggi,
Terbang melayang berpangkat-pangkat;
Jikalau malam termimpi-mimpi,
Jika siang terlihat-lihat.


Setelah tuan puteri mendengar pantun itu adalah muka tuan puteri itu antara masam dengan tiada berseri. Maka tuan puteri pun berkata kepada inangdanya, “Hai inangda, bilamana kita akan pergi mandi ke Tasik Semendera Jin itu?” Maka sembah inangdanya, “Ya tuanku tuan puteri, esoklah kita akan pergi mandi.”

(Dipetik daripada cerita Hikayat Indera Nata dalam
Antologi Harga Remaja DBP

Soalan

i. Mengapakah muka bidadari pucat? [2 markah]

Cadangan jawapan
(i) Muka bidadari pucat kerana bidadari melihat naga yang melancar/meluncur di atas kemuncak mahligai telah menelan gemala yang terdapat di atas kemuncak mahligai itu. (2 m)

ii. Nyatakan gambaran naga yang terdapat dalam mimpi bidadari seperti yang diceritakan kepada
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran? [3 markah]

Cadangan jawapan
(ii) Gambaran naga yang terdapat dalam mimpi bidadari ialah rupa naga itu terlalu indah/cantik sekali dan apabila bidadari berselimut dia terbau bunga malah bau bunga itu seolah-olah melekat pada hidungnnya/masih terbau-bau. (3 m)

iii. Pada pendapat anda, apakah bekalan yang perlu ada dalam diri seseorang remaja untuk mengelakkan diri daripada diperdaya oleh orang yang tidak bertanggungjawab. [3 markah]







Cadangan jawapan
(iii) Bekalan yang perlu ada dalam diri seseorang remaja untuk mengelakkan diri daripada diperdaya oleh orang yang tidak bertanggungjawab ialah seseorang remaja itu perlu penuhkan ilmu dunia dan akhirat dalam dirinya agar dia dapat menapis perkara yang mendatangkan kebaikan atau keburukan. Selain itu, remaja juga perlu berkawan dengan orang yang baik tingkah lakunya atau dengan para ilmuan kerana sahabat yang baik akan membawa kita ke jalan yang benar/baik, malah seseorang remaja itu perlu pandai membawa diri agar tidak timbul perasaan marah atau dendam atau iri hati kerana kita mudah dieksploitasi sekiranya kita leka dengan kelebihan yang kita ada. (3 m)

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013 Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden

Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang jadi ahli korporat nanti,”
 rayu Mikraj.
“Tak perlu!” Israk mengayun kata-kata.
“ Mengapa? Abang takut nyamuk? Agas? Atau seram dengan nyanyian cengkerik? Mengapa abang terlalu berlagak akhir-akhir ini? Suara Mikraj makin lama makin meninggi.
Israk menarik nafas dalam-dalam, dan berkata, “Mengapa kau terlalu menjaga tepi kain orang?”
Saya kasihan melihat Wah. Abang menghina, mengeji, menyakiti Wah. Paha kanan tercubit paha kiri turut berasa sakit. Abang sedar tak,
Wah lebih tua daripada abang!”
“Saya ajak pa dan ma bawa abang balik kampung semata-mata mahu abang mengenali Wah yang membela abang sejak berusia satu hari lagi. Abang tahu, Wah benar-benar terhiris sewaktu atuk ‘Perth’ bawa abang lari. Sejak itu abang langsung tak mengenali Wah. Saya mahu
abang belajar erti kepayahan, kekecewaan, dan ketabahan seorang wanita. Wah orangnya...,” butir bicara Mikraj diiringi mutiara mata.
“Sudah hujan,” perli Israk.
“Abang jangan terkejut kalau saya mampu membuatkan abang menangis nanti!”
Israk bersahaja. Dia mencapai gitarnya lalu lagu sumbang itu kembali beralun. Perasaan meluat mula bersarang dalam kalbu Mikraj. Kalau tersilap jolok, pasti terjolok sarang itu. Bahaya.
“Kalau bercakap dengan abang mesti ada kompromi,” katanya, memandang tepat ke wajah Israk. Fikirannya di awang-awangan.

(Dipetik daripada cerpen Israk
oleh Erda Roslan khairi, dalam Harga Remaja, DBP)

i. Apakah reaksi Israk apabila Mikraj mengajaknya ke kebun? [2 markah]

Jawapan 2 (b) Petikan Drama
i. Reaksi Israk apabila Mikraj mengajaknya ke kebun ialah menjawab secara sambil lewa, iaitu tidak perlu malah memarahi Mikraj yang dianggap terlalu menjaga tepi kain orang. Israk juga menyindir Mikraj dengan pertanyaan Mikraj sudah selesai berhujah dan bersahaja mencapai gitarnya lalu lagu sumbang itu kembali beralun. (2 m)
 
ii. Berikan beberapa cadangan untuk mendekatkan golongan muda agar berminat untuk menyertai
aktiviti-aktiviti yang melibatkan kegiatan kekeluargaan. [3 markah]

Jawapan 2 (b) Petikan Drama
ii. Beberapa cadangan untuk mendekatkan golongan muda agar berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang melibatkan kegiatan kekeluargaan ialah menyerahkan tanggungjawab mengelolakan sebarang aktiviti kepada kumpulan ini agar mereka merasakan tenaga mereka dihargai. Selain itu, aktiviti tersebut secara keseluruhannnya memerlukan penglibatan semua pihak agar hubungan lebih akrap dan sesetengah aktiviti boleh menggunakan komputer,telefon bimbit, dan pelbagai gajet kerana remaja kini lebih berminat pada aktiviti yang menggunakan perisian malah mereka boleh mengggunakan kepakaran masing-masing untuk mengajar keluarga yang telah berumur atau tidak mahir dalam ilmu komputer.
 
iii. Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan, dan satu pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]

Jawapan 2 (b) Petikan Drama
iii. Satu pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah kita janganlah biadap terhadap orang tua contohnya Israk yang kerap melukakan hati neneknya, Wah./Kita jangan lupa diri/asal usul, contohnya Israk yang enggan ke kebun apabila diajak oleh Mikraj kerana menganggap
dirinya berketurunan Inggeris. Pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ialah kita ...........................................................................................................................................................