E-Bincang

Bacaan Ayat Al-Quran

Khamis, 3 Oktober 2013

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013 Soalan 2 (c) – Petikan Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

Maka Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran pun tersenyum mendengar sembah bidadari itu. Maka ujar, tuan puteri, “Kita telah bermain-main semalam tadi dengan biti-biti itu. Maka kita tidur lalu bermimpi hampir dinihari juga rasanya. Maka datang seekor naga maka dipagutnya pinggangku, tiada lekat pada tubuhku rasanya dan aku lihat rupa naga itu terlalu indah-indah sekali. Seketika kita berselimut bau bunga rasanya, dan bau bunga itu pun datang sekarang kepada hidungnya kita rasanya. Hatta maka naga itu pun melancar ke atas kemuncak mahligai ini. Maka ditelannya gemala yang di atas kemuncak mahligai ini. Sebab itulah mukaku pucat ini.”Segala bidadari itu pun berdatang sembah seraya tertawa, “Segera rupanya tuan puteri ini akan kahwin dengan paduka kakanda itu Raja Dewa Lela Mengerna itu.” Tuan puteri pun tersenyum tunduk malu rupanya dan segala bidadari itu pun tertawa seraya ia berpantun demikian bunyinya:

Burung bayan terbangnya tinggi,
Terbang melayang berpangkat-pangkat;
Jikalau malam termimpi-mimpi,
Jika siang terlihat-lihat.


Setelah tuan puteri mendengar pantun itu adalah muka tuan puteri itu antara masam dengan tiada berseri. Maka tuan puteri pun berkata kepada inangdanya, “Hai inangda, bilamana kita akan pergi mandi ke Tasik Semendera Jin itu?” Maka sembah inangdanya, “Ya tuanku tuan puteri, esoklah kita akan pergi mandi.”

(Dipetik daripada cerita Hikayat Indera Nata dalam
Antologi Harga Remaja DBP

Soalan

i. Mengapakah muka bidadari pucat? [2 markah]

Cadangan jawapan
(i) Muka bidadari pucat kerana bidadari melihat naga yang melancar/meluncur di atas kemuncak mahligai telah menelan gemala yang terdapat di atas kemuncak mahligai itu. (2 m)

ii. Nyatakan gambaran naga yang terdapat dalam mimpi bidadari seperti yang diceritakan kepada
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran? [3 markah]

Cadangan jawapan
(ii) Gambaran naga yang terdapat dalam mimpi bidadari ialah rupa naga itu terlalu indah/cantik sekali dan apabila bidadari berselimut dia terbau bunga malah bau bunga itu seolah-olah melekat pada hidungnnya/masih terbau-bau. (3 m)

iii. Pada pendapat anda, apakah bekalan yang perlu ada dalam diri seseorang remaja untuk mengelakkan diri daripada diperdaya oleh orang yang tidak bertanggungjawab. [3 markah]







Cadangan jawapan
(iii) Bekalan yang perlu ada dalam diri seseorang remaja untuk mengelakkan diri daripada diperdaya oleh orang yang tidak bertanggungjawab ialah seseorang remaja itu perlu penuhkan ilmu dunia dan akhirat dalam dirinya agar dia dapat menapis perkara yang mendatangkan kebaikan atau keburukan. Selain itu, remaja juga perlu berkawan dengan orang yang baik tingkah lakunya atau dengan para ilmuan kerana sahabat yang baik akan membawa kita ke jalan yang benar/baik, malah seseorang remaja itu perlu pandai membawa diri agar tidak timbul perasaan marah atau dendam atau iri hati kerana kita mudah dieksploitasi sekiranya kita leka dengan kelebihan yang kita ada. (3 m)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan