Fadhilat Surah Al-Baqarah
Imam al-Baihaqi dari Imam Shalshal berkata:
“Barangsiapa
membaca Surat Baqarah maka dipakaikan kepadanya mahkota disyurga.”
Imam
Ibnu Zanjawai dari Imam Wahab ibn Munabih menyatakan: “Barangsiapa
membaca Surat Baqarah dan Ali Imran pada malam Jumaat maka baginya nur
cahaya membentang antara Arsy dan dasar bumi.”
UNTUK PERLINDUNGAN DARI
SEGALA KEJAHATAN:
Abu Mas’ud Albadri r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda; “Barangsiapa membaca dua ayat dari surat Al-Baqarah,
maka cukuplah baginya (dari hal-hal yang membencikan. Dan menurut
sebahagian pendapat : sama dengan bersembahyang malam).” (Riwayat
Bukhari & Muslim)
UNTUK MEMOHON AGAR DIKABULKAN:
Ibnu Abbas r.a.
bercerita: Pada suatu ketika Malaikat Jibrail berada disisi Nabi
Muhammad SAW , tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka ia
mengangkat kepalanya dan berkata: “Ini sebuah pintu dilangit, pada hari
ini dibuka dan turun seorang malaikat memberi salam dan berkata:
“(Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah SWT kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelum
kamu iaitu: FATIHUL KITAB dan akhir SURAH AL-BAQARAH. Tiada engkau
membaca suatu huruf daripadanya melainkan pasti permintaanmu diberi).”
(Riwayat Muslim)
E-Bincang
Bacaan Ayat Al-Quran
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan