Bahagian i)
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji.
2 Isi, termasuk huraian dan contoh = 4 markah
Markah Bahasa (PWC/kosa kata/Tatabahasa) = 3 markah
Panduan ini bermakna pelajar perlu menyediakan dua isi utama berdasarkan kehendak soalan.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Bahagian ii)
Biasanya perbandingan dua buah novel yang anda kaji.
Bererti satu perenggan jawapan anda melibatkan perbandingan dua novel berdasarkan kehendak soalan.
3 isi termasuk huraian dan contoh = 6 markah
markah bahasa = 2 markah
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Ini hasil perbincangan semoga dapat menbantu anda semua pelajar SPM 2013. Terima kasih.
E-Bincang
Bacaan Ayat Al-Quran
Isnin, 4 November 2013
Soalan ramalan novel teks Melunas Rindu dan Kabus di Perbukitan
Hasil perbincangan guru-guru bahasa Melayu, kami menjangka soalan novel SPM Bahasa Melayu ialah tentang latar masyarakat. Oleh itu kami berharap pelajar dapat menguasai latar masyarakat bagi kedua-dua novel tersebut. Kami berharap pelajar juga sentiasa membuat kajian tentang analisis yang lain sebagai pengukuhan.
Pemarkahan Rumusan Bahasa Melayu SPM
Pemarkahan
- Bahagian ini diperuntukkan sebanyak 30 markah
- 20 markah untuk bahagian isi dan 10 markah untuk aspek bahasa
- Pengenalan – 2 markah
- Setiap isi tersurat dan tersirat – 2 markah
- Kesimpulan – 2 markah
- Aspek bahasa markah yang diperuntukkan ialah separuh daripada markah isi.
- Aspek bahasa seperti pengolahan bahasa, penggunaan istilah dan kosa kata, tanda baca dan sebagainya akan diteliti sebelum markah untuk bahagian bahasa diberikan.
Perenggan
- Pelajar bebas menulis perenggan sama ada dalam satu, dua, tiga, atau empat perenggan.sebenarnya, tidak ada peraturan khusus tentang bilangan perenggan. Pelajar dicadangkan supaya menulis rumusan dalam empat(4) perenggan seperti di bawah:
- Perenggan 1 – Pengenalan
- Perenggan 2 - 6 isi tersurat
- Perenggan 3 – 2 isi tersirat
- Perenggan 4 – Kesimpulan
Bilangan Perkataan
- Pelajar dikehendaki menulis rumusan antara 100 – 120 patah perkataan.
- Jika melebihi jumlah perkataan yang dinyatakan isi rumusan yang terdapat dalam perkataan atau ayat selebihnya tidak akan dibaca atau dinilai.
Langgan:
Catatan (Atom)