E-Bincang

Bacaan Ayat Al-Quran

Khamis, 19 September 2013

Soalan 1 – Rumusan. SOALAN ULANGKAJI SPM 2013

Soalan 1 : Rumusan
[30 Markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan berkenaan langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu dan kekangan penggunaannya di Malaysia.

     Sejak beberapa dekad yang lalu, Malaysia telah melalui beberapa fasa pembangunan. Bermula daripada Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara, dan mutakhir Model Ekonomi Baru. Namun hakikat yang menyedihkan, perkembangan dan penggunaan bahasa Melayu seolah-olah dipinggirkan daripada pakej pembangunan tersebut. Walaupun pembangunan negara berjaya membawa perubahan dari aspek sosiopolitik, sosioaekonomi, dan tuntutan masyarakat, namun bahasa Melayu masih tidak berubah walaupun suatu ketika dahulu pernah menjadi bahasa sarwajagat terhebat di Nusantara.

Tuntutan ekonomi kapitalisme telah menghanyutkan perjuangan nasiolisme sehingga Universiti Kebangsaan Malaysia yang suatu ketika dahulu menjadi pemangkin dalam memartabatkan bahasa Melayu kini sama seperti universiti lain di Malaysia. Era digital dan globalisasi tanpa sempadan menyaksikan bahasa Melayu terpaksa bersaing hebat dengan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris. Aplikasi dan dasar liberalisasi sejak 1980-an melihat penggunaan bahasa Inggeris semakin meluas dan bahasa Melayu pula seolah-olah perlu bersedia untuk diturunkan ke liang lahat.

Melihat kepada senario yang berlaku pada hari ini, usaha bersepadu perlu dilakukan untuk mengembalikan semula semangat nasiolisme dan jati diri negara bangsa. Langkah pertama adalah dengan meletakkan keagungan bahasa dan sastera Melayu pada tempat selayaknya. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mempunyai kematangan, sumber, kepakaran, dan kemampuan perlu melaksanakan hasrat ini tanpa membataskan sasaran terhad kepada sekolah kerajaan semata-mata. Sekolah-sekolah persendirian, sekolah Cina dan sekolah Tamil yang mempunyai silibus bahasa kebangsaan yang berbeza dengan sekolah kerajaan sepatutnya diberi perhatian yang lebih dalam memantapkan penggunaan bahasa Melayu.

Dalam usaha negara mencapai status negara maju, adunan bahasa Kebangsaan dan jati diri bangsa perlu diacu serentak memandangkan usaha memartabatkan bahasa Melayu harus melalui satu anjakan paradigma. DBP sebagai badan induk yang bertanggungjawab perlu melipatgandakan promosi di segenap lapisan masyarakat, malah penglibatan semua kaum dalam usaha membudayakan bahasa Melayu perlu giat dijalankan bagi menyemai semangat dan rasa cinta terhadap bahasa Melayu kepada semua kaum

Penubuhan Bahagian Pengembangan Bahasa Pelbagai Kaum yang dilakukan DBP merupakan satu langkah awal yang sungguh baik kerana usaha mengembangkan bahasa Melayu, khususnya kepada masyarakat bukan Melayu perlu diperhebatkan. Antara isu pertama yang perlu diselesaikan ialah menangani 20% daripada kanak-kanak yang ketinggalan dari segi literasi. Ukuran bagi kejayaan ini dinilai dengan melihat keyakinan ibu bapa sebagai penanda aras untuk menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan dan bukan sekolah swasta.

“Satu Bahasa, Satu Malaysia” yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dilihat sebagai satu langkah yang meyakinkan untuk mengembalikan peranan Asia sebagai generasi dunia. Jepun sebagai contoh yang paling berjaya membentuk negaranya melalui acuan sendiri melalui budaya dan bahasa. Tidak mustahil Malaysia mampu mengikut langkah Jepun sekiranya rakyat berbilang bangsa di negara ini bersatu untuk memulihhara budaya bansa. Perlu ditegaskan bahawa bahasa Kebangsaan bukan milik mutlak DBP, tetapi milik bersama masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia kerana bahasa adalah jiwa bangsa.

(Dipetik daripada “Bahasa Melayu Hak Rakyat Malaysia”
Dewan Masyarakat, September 2010)

CONTOH JAWAPAN
Rumusan (30 Markah)

Markah penuh 30 
iaitu Isi = 20 
markah + bahasa = 10 markah
Isi – Pendahuluan = 2 markah
Tersurat + Tersirat = 16 markah
Kesimpulan/penutup = 2 markah

Pendahuluan
Petikan membincangkan cara-cara/usaha/ikhtiar untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat/ di Malaysia.

Isi tersurat
Cara-caranya ialah
• Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mempunyai kematangan, sumber, kepakaran, dan kemampuan perlu melaksanakan hasrat memartabatkan bahasa Melayu tanpa membataskan sasaran terhad kepada sekolah kerajaan semata-mata.
 
• Sekolah-sekolah persendirian, sekolah Cina, dan sekolah Tamil yang mempunyai silibus bahasa kebangsaan yang berbeza dengan sekolah kerajaan sepatutnya diberi perhatian yang lebih dalam memantapkan penggunaan bahasa Melayu.
 
• adunan bahasa Kebangsaan dan jati diri bangsa perlu diacu serentak memandangkan usaha memartabatkan bahasa Melayu harus melalui satu anjakan paradigma.
 
• DBP sebagai badan induk yang bertanggungjawab perlu melipatgandakan promosi di segenap lapisan masyarakat.
 
• penglibatan semua kaum dalam usaha membudayakan bahasa Melayu perlu giat dijalankan bagi menyemai semangat dan rasa cinta terhadap bahasa Melayu kepada semua kaum.
 
• usaha mengembangkan bahasa Melayu, khususnya kepada masyarakat bukan Melayu perlu diperhebatkan.
 
• menangani 20% daripada kanak-kanak yang ketinggalan dari segi literasi.
 
• “Satu Bahasa, Satu Malaysia” yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dilihat sebagai satu langkah yang meyakinkan untuk mengembalikan peranan Asia sebagai generasi dunia.
 
Isi tersirat

Kekangannya ialah
• masyarakat memandang rendah terhadap mutu bahasa Melayu/lebih memandang tinggi kepada orang yang tahu berbahasa Ingggeris.
 
• banyak agensi swasta lebih mengutamakan pekerja yang mahir dalam bahasa Inggeris.
 
• kedudukan bahasa Melayu itu sendiri yang kurang mantap.
 
• kurang pakar/tenaga/kurang usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu.
 
Kesimpulan, masyarakat/orang ramai perlulah menyokong usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu agar bahasa ibunda itu tidak hilang/pupus begitu sahaja.


Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
 
Soalan 2 (a) - Petikan Umum
 
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i. Berikan maksud mengembalikan peranan Asia. [2 markah]
 
ii. Nyatakan faktor-faktor bahasa Melayu dipinggirkan [3 markah]
 
iii. Cadangkan dua langkah untuk mermartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah. [4 markah]

Jawapan 2 (a) - Petikan Umum

i. Maksud mengembalikan peranan Asia ialah hidupkan semula maruah/jati diri/kepentingan masyarakat di benua Asia. (2 m)

ii. Faktor-faktor bahasa Melayu dipinggirkan ialah tuntutan ekonomi kapitalisme yang menghanyutkan perjuangan nasionalisme, bahasa Melayu terpaksa bersaing hebat dengan bahasa lain terutamanya bahasaa Inggeris, serta aplikasi dan dasar liberalisasi sejak 1980-an telah
menjadikan penggunaan bahasa Inggeris semakin meluas manakala bahasa Melayu seolah-olah telah terkubur. (3 m)

iii. Dua langkah untuk mermartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah ialah menempatkan guru pakar bahasa Melayu untuk setiap sekolah agar dapat memberi pendedahan yang betul kepada murid dan guru baru serta mengadakan aktiviti terancang yang menarik serta melibatkan penggunaan bahasa Melayu seratus peratus agar murid dapat belajar sambil menghayati bahasa tersebut dalam suasana yang gembira.

4 ulasan:

  1. tak boleh lebih daripada 120 p.p tapi saya punya asyik terlebih je.... Help me...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam